Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Saturday, June 8, 2013

Cekik + Amerika KOMBO

Lambat membaca sesuatu keluaran bukan bermaksud kurang berminat dengan keluaran tersebut, dan lambat menghabiskan pembacaan satu-satu buku itu bukan bermaksud malas menghadam. 

Tidak menjejakkan kaki ke Pesta Buku Selangor minggu lepas bukan bermaksud aku tak suka pesta buku dan tak suka buku, tapi masa yang aku ada sangat terhad dan hanya diperlukan untuk memberi kualiti yang terbaik pada "kerjaya" dan "kerja" ditambah pula dilanda demam + cirit birit celaka + muntah. latihan untuk menyertai larian pun entah ke mana. Alhamdulillah masih hidup sampai hari aku tulis ni, ingatkan 3 hari demam tu last day aku, he heh.

Okay berbalik kepada topik! aku baru beli novel kombo duo ni sebenarnya, aku ada tengok review cekik, kurang berminat dengan yang ni sebab "ke-18sx-an" terlalu tinggi, memang kebanyakan novel, novela,novelo dan macam-macam lagi yang aku pun tak faham frasa gelaran yang mesti diklasifikasikan dengan terlalu banyak? mesti ada adengan-adengan macam "18sx-an", itu normal, tetapi yang ni macam sangat ketara malah seks di luar tabii yang songsang dah macam tonton cerita lucah. Jangan tanya aku pernah ke tengok cerita lucah "18sx-an", tanya akal. haa haa.. Walaupun dah lama novel Amerika ni keluar (tahun 2011) tapi aku baru beli sebab aku tak ada masa pun nak baca, sebab aku nak habiskan baca buku terjemahan tulisan Muhammad Qutb yang sangat kompleks dan banyak fakta psikologi Sigmund Freud dia pangkah! menurut islam tak boleh pakai katanya (Jadi buat apa aku belajar teori si Freud kat kelas psikologi dulu?- Universiti tepatan-heh. Bila baca buku Muhammad Qutb baru aku faham apa tu teori dangkal sigmund freud, sama taraf rupanya dia ni dengan charles darwin! lepas ni mesti pengikut-pengikut Darwin pula yang hack belog murah aku ni). Tapi dua orang anak murid Freud dah menambahbaikkan teori sifu dia tu, jadi mungkin anak0anak murid Freud yang lain dah bagus dan takkan hack blog aku ni, (mengarut). Aku beli novel ni pun kat pesta buku, kirim kat kawan aku yang jadi videographer untuk majlis tersebut, alang-alang dah murah kan, 2 in 1, bangang la kalau aku tak beli.

Berbalik lagi ke topik asal! Novel Cekik memang aku bagi 2.3 dari 5. plot boleh tahan tapi cerita masih dalam kelompok imaginasi dan dunia imaginasi Ridhwan Saidi yang kalau orang biasa baca mesti suka dan sesetengah penulis yang rasa mereka 'hebat' pula hanya gelar bahan bacaan porno semata-mata. Sesetengah "Orang biasa" yang dia gelar "belum jadi manusia" dan geng "kau-tahu-apa" (novel Amerika) juga kadang-kadang akan rasa karya ni hebat sebab ada unsur tersirat yang tak puitis. Bahasa slanga yang tak out sangat tu aku suka, dan plot yang boleh tahan tapi tak memenuhi nafsu jiwa aku untuk melahap novel ni dengan rakus dan aku masih bagi 2.3/5!



Novel Amerika pula aku bagi 4/5! Walaupun tahu plot novel ni dari secebis kisah dan pengalaman Ridhwan Saidi sebagai seorang pelajar senibina dan pembikin filem, tapi imaginasi yang dia masukkan tu sangat "MEGA", perincian watak yang hidup tengah kota berlumpur sangat realistik pada aku, walaupun para penulis "otai" yang lain cakap imaginasi yang merapu dan tak realistik serta tak logik (dah nama pun novel ala fiksyen) tapi bagi aku sebagai pembaca aku sangat suka watak Murshid. Sekurang-kurangnya aku faham cara kerja dan kehidupan Murshid yang seakan-akan sama dengan ronak kehidupan aku, kecuali budaya seks & halal haram yang dia kurang peduli yang lain sememangnya sama, terutamanya budaya tempat kerja kami. Yeah, Ridhwan berjaya menambat hati pembaca macam aku! yang sukakan falsafah kehidupan yang orang lain sukar faham. Pada aku novel ni bersifat surreal dan ditambah polemik yang bijak antara karektor, heehee.. Orang "Otai" akan cakap aku terpengaruh dengan novel murahan tapi memang itulah fungi novel wahai badigol-badigol "otai falsafah" sekalian! kalau tak, buat apa kita nak beli kan? 

Aku teringat Harry Potter bila baca novel ni, Lord Vondemort dan 'kau-tahu-apa' tu sangat menunjukkan Ridhwan pernah melayan Harry Potter (ada ke orang muda tak tengok?). Bahasa pula aku tak tahu la disengakan atau tak sengaja tapi sekejap AKU, sekejap SAYA memang sangat kelakar, aku pasti Ridhwan sengaja! dan satu lagi siapa tak kenal penulis novel sains fiksyen yang terkenal RAMLEE AWANG MURSHID, nama Murshid dan kawan-kawannya! ini satu lagi benda yang disengajakan! aku pasti! ha ha ha!






P/s- Ok banyak membebel kali ni, aku ni kat realiti berat mulut (kadang-kadang hahaahhaahh), tapi kat belog ni ringan pula tangan nak menaip. Aku rasa novel kombo ni layak dibeli, tapi AWAS 18SX-AN! SERIUS!



3 comments:

Wadi AR said...

macam best je buku ni

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad said...

18sx wadi! 18sx! hahahahh

Amira Zura said...

Best sangat cerita ni.. Buatkan saya nak baca tiap hari..
Tumpang Iklan
Abang sangat hebat..
Kalau macam ni lah.. hari2 pun sayang nak..
>>>Enlargexl:Besarkan Zakar <<<

mencari segala hasil leteran aku di sini