Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Berpuasa! esok puasa!

Selamat Berpuasa semua, bulan mulia ni marilah kita menggandakan lagi amal ibadah, jangan biarkan lapar dan dahaga kita pada bulan ini menjadi sia-sia.  

Tembak gambar ni kat masjid shah Alam ni bagus tau, boleh dengar kuliah subuh sekali ^_^
Untuk gambar yang "clean & clear" sila klik sini flickr




P/s - Bulan puasa bulan umat manusia terutama orang melayu untuk berdiet dan kurus, tapi kurus badan saja tak guna, apa kata kuruskan diri daripada dosa & gemukkan diri dengan pahala. haaaaa... baru betul. :D

Saturday, June 8, 2013

Cekik + Amerika KOMBO

Lambat membaca sesuatu keluaran bukan bermaksud kurang berminat dengan keluaran tersebut, dan lambat menghabiskan pembacaan satu-satu buku itu bukan bermaksud malas menghadam. 

Tidak menjejakkan kaki ke Pesta Buku Selangor minggu lepas bukan bermaksud aku tak suka pesta buku dan tak suka buku, tapi masa yang aku ada sangat terhad dan hanya diperlukan untuk memberi kualiti yang terbaik pada "kerjaya" dan "kerja" ditambah pula dilanda demam + cirit birit celaka + muntah. latihan untuk menyertai larian pun entah ke mana. Alhamdulillah masih hidup sampai hari aku tulis ni, ingatkan 3 hari demam tu last day aku, he heh.

Okay berbalik kepada topik! aku baru beli novel kombo duo ni sebenarnya, aku ada tengok review cekik, kurang berminat dengan yang ni sebab "ke-18sx-an" terlalu tinggi, memang kebanyakan novel, novela,novelo dan macam-macam lagi yang aku pun tak faham frasa gelaran yang mesti diklasifikasikan dengan terlalu banyak? mesti ada adengan-adengan macam "18sx-an", itu normal, tetapi yang ni macam sangat ketara malah seks di luar tabii yang songsang dah macam tonton cerita lucah. Jangan tanya aku pernah ke tengok cerita lucah "18sx-an", tanya akal. haa haa.. Walaupun dah lama novel Amerika ni keluar (tahun 2011) tapi aku baru beli sebab aku tak ada masa pun nak baca, sebab aku nak habiskan baca buku terjemahan tulisan Muhammad Qutb yang sangat kompleks dan banyak fakta psikologi Sigmund Freud dia pangkah! menurut islam tak boleh pakai katanya (Jadi buat apa aku belajar teori si Freud kat kelas psikologi dulu?- Universiti tepatan-heh. Bila baca buku Muhammad Qutb baru aku faham apa tu teori dangkal sigmund freud, sama taraf rupanya dia ni dengan charles darwin! lepas ni mesti pengikut-pengikut Darwin pula yang hack belog murah aku ni). Tapi dua orang anak murid Freud dah menambahbaikkan teori sifu dia tu, jadi mungkin anak0anak murid Freud yang lain dah bagus dan takkan hack blog aku ni, (mengarut). Aku beli novel ni pun kat pesta buku, kirim kat kawan aku yang jadi videographer untuk majlis tersebut, alang-alang dah murah kan, 2 in 1, bangang la kalau aku tak beli.

Berbalik lagi ke topik asal! Novel Cekik memang aku bagi 2.3 dari 5. plot boleh tahan tapi cerita masih dalam kelompok imaginasi dan dunia imaginasi Ridhwan Saidi yang kalau orang biasa baca mesti suka dan sesetengah penulis yang rasa mereka 'hebat' pula hanya gelar bahan bacaan porno semata-mata. Sesetengah "Orang biasa" yang dia gelar "belum jadi manusia" dan geng "kau-tahu-apa" (novel Amerika) juga kadang-kadang akan rasa karya ni hebat sebab ada unsur tersirat yang tak puitis. Bahasa slanga yang tak out sangat tu aku suka, dan plot yang boleh tahan tapi tak memenuhi nafsu jiwa aku untuk melahap novel ni dengan rakus dan aku masih bagi 2.3/5!



Novel Amerika pula aku bagi 4/5! Walaupun tahu plot novel ni dari secebis kisah dan pengalaman Ridhwan Saidi sebagai seorang pelajar senibina dan pembikin filem, tapi imaginasi yang dia masukkan tu sangat "MEGA", perincian watak yang hidup tengah kota berlumpur sangat realistik pada aku, walaupun para penulis "otai" yang lain cakap imaginasi yang merapu dan tak realistik serta tak logik (dah nama pun novel ala fiksyen) tapi bagi aku sebagai pembaca aku sangat suka watak Murshid. Sekurang-kurangnya aku faham cara kerja dan kehidupan Murshid yang seakan-akan sama dengan ronak kehidupan aku, kecuali budaya seks & halal haram yang dia kurang peduli yang lain sememangnya sama, terutamanya budaya tempat kerja kami. Yeah, Ridhwan berjaya menambat hati pembaca macam aku! yang sukakan falsafah kehidupan yang orang lain sukar faham. Pada aku novel ni bersifat surreal dan ditambah polemik yang bijak antara karektor, heehee.. Orang "Otai" akan cakap aku terpengaruh dengan novel murahan tapi memang itulah fungi novel wahai badigol-badigol "otai falsafah" sekalian! kalau tak, buat apa kita nak beli kan? 

Aku teringat Harry Potter bila baca novel ni, Lord Vondemort dan 'kau-tahu-apa' tu sangat menunjukkan Ridhwan pernah melayan Harry Potter (ada ke orang muda tak tengok?). Bahasa pula aku tak tahu la disengakan atau tak sengaja tapi sekejap AKU, sekejap SAYA memang sangat kelakar, aku pasti Ridhwan sengaja! dan satu lagi siapa tak kenal penulis novel sains fiksyen yang terkenal RAMLEE AWANG MURSHID, nama Murshid dan kawan-kawannya! ini satu lagi benda yang disengajakan! aku pasti! ha ha ha!






P/s- Ok banyak membebel kali ni, aku ni kat realiti berat mulut (kadang-kadang hahaahhaahh), tapi kat belog ni ringan pula tangan nak menaip. Aku rasa novel kombo ni layak dibeli, tapi AWAS 18SX-AN! SERIUS!



Monday, May 27, 2013

Standard Chartered Fun Run May 2013

Semalam bertempat di Dataran Gemilang Precint 4 Putrajaya telah berlangsung Standard Chartered Fun Run May 2013, Alhamdulillah dalam keadaan demam yang baru nak kebah pun aku dapat habiskan larian. Nak menang memang tak la, nak habiskan pun dah berbuih mulut. Apahal pun janji enjoy, hehe





eh poyonya! 

ada geng2 cosplay yang join berlari haha

Last skali sesi cooling down oleh Mr.Syukies hahahahh


P/s - Berlari sambil menahan cirit & demam yang belum betul2 pulih amat menyeksakan! -.-"

Tuesday, May 21, 2013

MILO Breakfast Run May 2013


MALAYSIA BREAKFAST DAY RUN  


Yeahhaaa, dah lama tak ter-update belog murahan ini, dah bersawang berhabuk berkurun lamanya, hehe :D biasa la semenjak bekerja ni masa untuk diri sendiri pun tak berapa nak ada inikan pula mahu meng-update belog ni.


Ahad 19th May 2013, tarikh bersejarah bila dapat join Milo Breakfast Run, lagi bersejarah bila sampai lambat. Malangnya, tapi nasib baik tag number ada sistem bib apa tah boleh check result masa dari awal sampai akhir, alhamdulillah rekod tak teruk sangat TAPI masih teruk la juga kalau dibandingkan dengan Michael Xenos,pemenang tempat pertama. 1st place memang hebat 26.17 minit je untuk 7KM. Walaupun tak dapat menang tapi dapat pengalaman yang berharga, janji enjoy gittuw. heee  ^ ^ 
Dah malas nak merepek, jom layan gambaq.

Michael Xenos - 1st Place!

 



Kanak2 Gigas Megas!

Lepas lari terus sepak bola, ngehehehh

Dzul Mega!


rakan yang banyak menyokong memberi semangat siap tolong masak breakfast pukul 4.30 pagi, tu yang lambat tu, haha tapi enjoy :) 


Nakama yang masih memperjuangkan minat sebagai seorang runner :)

Selangkah kedepan, ecewahh



P/s - Nanti kalau ada masa upload yang Deuter Trail Fun Run pula.. Semua ni sebagai latihan untuk Larian SCKLM nanti, insyaAllah Selamat :)

mencari segala hasil leteran aku di sini