Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Saturday, May 5, 2012

Melawat ke sekolah pendidikan khas (penglihatan)

   Hari jumaat, dalam pukul 7a.m lagi aku dah keluar naik KTM menuju ke Bank Negara, lepas tu ke SOGO dan menuju ke Sekolah.. hehe.. lambat sampai sekolah lepas tu kena marah dengan cikgu kena pukul kat punggung..hehe.. ok joke*

Let's the picture tell the story.. 






sedih tengok mereka yang hampir hilang dan yang dah pun hilang deria melihat, tambah-tambah lagi semuanya masih kanak-kanak.. sedih tak terkata tapi cool kan diri jugak nak terus shoot..

Faris dan Chat...kawan baik boleh berkongsi makan.. nak shoot moment ni aku suruh Faris bagi tembikai kt Chat, tembikai tu ada kt depan dia, tak tahu pula yang Faris ni langsung tak boleh melihat, rasa mcm nk nangis (cool tahan) bila Faris tanya balik "mana tembikai tu bang" sambil senyum.. ya Allah! sedihnya, Chat nak ambik tembikai tu pun susah sebab tak tahu arah.. rasanya Chat boleh nampak sikit-sikit...."(






haa.. inilah sekolahnya yang aku lupa nama, dekat dengan SOGO je.


P/s- macam mana kalau tiba-tiba kita ditakdirkan hilang keupayaan melihat.. kita dikurniakan pancaindera yang sempurna tapi digunakan untuk melihat benda-benda yang tak patut, agak-agak patut ke kita ni boleh melihat? mereka ni baru nak melihat dunia tapi dah ditarik balik keupayaan untuk melihat, sangat besar cabaran mereka sampai dewasa nanti.. so, kita ni yang sempurna kononnya kena la banyak-banyak bersyukur..

No comments:

mencari segala hasil leteran aku di sini