Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Friday, January 13, 2012

Vaucer buku 1 Malaysia


Benda-benda yang  dibeli dengan menggunakan baucar 1 Malaysia..hehehe
memandangkan aku student graphic yang 'cemerlang', buku-buku yang dibeli juga mestilah cemerlang hendaknya..

1- Al-Quran (mini saiz) - sesuai untuk dibawa ke mana saja, walaupun telefeon bimbit dah canggih dan boleh isi 30 juzuk al-quran siap ada cara bacaan lagi, tapi tetap tak puas hari, dan lagi boleh hendak yang berbentuk buku yang betul.

2- Pasport Musafir - Selaku seorang traveler ataupun musafir yang suka menjelajah, haruslah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal, terutama tentang persediaan, cara-cara hendak berjalan jauh , adab musafir,kiblat dunia, makanan halal, solat di atas kenderaan, kedutaan Malaysia, Jamak Qasar dan macam-macam lagi ada dalam buku ini. Sesuai sebagai panduan untuk aku memulakan segala impian untuk menjadi seorang traveler yang beriman dan berjaya.

3. Popcorn - Selaku seorang student design, haruslah aku membeli buku-buku berkaitan illustration dan graphic, dan popcorn adalah majalah inspirasi yang terbaik, lagi-lagi isu ini ada illustration Puppetter yang dah lama aku tak mengadap. Buku ilmiah yang sesuai dengan cara ilmiah seorang bakal designer. hehe.

4. Urban Papier Noir - Buku sketches yang bewarna hitam, sesuai untuk mengeluarkan ilham dalam bentuk kreatif. Dah bosan dengan melakar akar kertas putih? so cubalah dengan cara lain, mungkin atas recycle paper ataupun kertas hitam seperti ini.

5- Novel Kasino - Santapan jiwa juga perlukan sesuatu untuk dibaca, Novel terbitan FIXI sememangnya menjadi pilihan aku. Bukan novel jiwang semata-mata, novel FIXI kali ini ialah Kasino yang dah lama aku nak beli, sebenarnya aku seorang yang pemalas untuk membaca novel terutamanya novel yang panjang berjela, tetapi lain bagi novel terbitan FIXI, bahasa yang santai dan kadang-kadang terlampau  complicated dan idea yang jauh lebih lebih hebat dari kebanyakan novel melayu versi lama.

6- Alat Tulis - Alat tulis untuk exam nanti..:)




P/s- Semua ni menghabiskan RM100 vaucer buku yang aku dapat.. lagi RM100 haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya, nak beli buku berkaitan bidang aku banyak-banyak memang tak mampu dengan Rm200, tetapi haruslah bersyukur, sekurang-kurangnya dapat membeli dengan percuma...terima kasih..hehehe.
untuk entry dalam blog berbahasa orang putih boleh la kesini..hehe >> momentkebal

No comments:

mencari segala hasil leteran aku di sini