Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Friday, January 6, 2012

Perkongsian tentang Istidraj

Istidraj- dicopy dari blog Efa Nur berkenaan Istidraj dan orang yang tak solat tetapi berjaya. terima kasih Efa Nur..:)

Aku hanya berkongsi cerita yang menarik dan berguna, aku bukanlah orang yang terlalu arif ilmu agama, juga bukan seorang ustaz, bukan pula mahu menunjuk pandai, tetapi jika boleh dapat sedikit pahala hasil dakwah yang sekecil ini apa salahnya kan? sekurang-kurangnya boleh menampung sedikit dosa-dosa yang bertimbun selama ini..:) be positive okay..:)

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

" Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa"

ALLAH menjawab,

" Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya"

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

" Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…"

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.




P/s- kadang-kadang mungkin sama dengan keadaan sekeliling. Kita tahu sesuatu itu wajib dan jika tak buat memang berdosa besar tapi masih malas nak lakukan, contohnya solat. Solat itu tiang agama, walaupun kita tahu dosa meninggalkannya sangat besar kerana merupakan amalan wajib, melenggah-lenggahkan solat pun dosanya di dalam kubur akan dibelit dengan ular besar sehingga hancur tulang, apatah lagi meniggalkannya.. tak mungkin tak takut langsung dengan siksa kubur? belum lagi di ashirat.. manusia sekarang kadang-kadang kelakar, dosa yang sudah pasti balasan yang sangat azab di kubur dan akhirat tidak dihiraukan.. langsung tak gerun, tetapi cuba lihat mereka yang dimarahi sesama manusia, diganggu makhluk halus, menonton movie seram, ditinggalkan kekasih dan macam-macam lagi boleh pula rasa takut, kadang-kadang menangis ketakutan, emosi yang melampau-lampau.. tetapi lihatlah bila mereka tinggalkan solat dengan sengaja langsung tidak tahu rasa takut walau sedikit pun.. mereka seolah-olah yakin dosa mereka dapat diampunkan sekelip mata jika mereka bertaubat.. umat melayu islam terutama remaja sekarang berapa ramai yang menunaikan solat? cuba lihat sekeliling, rakan serumah, rakan sebilik, tunaikah solat mereka? atau hanya dibuat-buat? berani aku cakap dalam rumah aku pun walau dah mencuba mengajak mereka sama-sama bersolat pun sangat susah, bukan mahu menjaja aib, tetapi sekadar berkongsi situasi.. mahukah solat kita hanya dikira sekadar solat? sedangkan rakan terdekat tidak menunaikannya, cubalah mengajak mereka, sekurang-kurangnya itu tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi dan sebagai seorang rakan.. contohnya jika kita bangun subuh dan orang sebelah masih tidur, kejutlah mereka, cukuplah sekadar sekali kejut kerana langkah seterusnya adalah hak mereka.. walaupun kadang-kadang gagal tetapi itulah cara terapinya.. takkan tidak rasa bersalah langsung bila melihat rakan serumah tidak menunaikan solat? apa guna solat jika mahu mengajak orang lain secara ikhlas pun tidak mampu..
jadi jika sengaja meinggalkan solat seharusnya hidup tidak akan tenang, jika langsung tidak rasa gentar kerana tidak bersolat sudah tentu kamu adalah golongan yang hidup di bawah payung ISTIDRAJ, itu belum lagi kes aurat, masyaallah, banyaknya dosa kita. Aurat aku sebagai lelaki sewaktu bersukan pun dah mula risau, inikan pula wanita-wanita yang jelas terdedah aurat tanpa rasa malu dan takut.. insyaallah harap kita semua berubah, tiada alasan lagi...:)


mencari segala hasil leteran aku di sini