Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Sunday, January 29, 2012

Kaya?

         "waiter sering bergelumang dengan duit orang kaya dan duit customer, mereka lama kelamaan percaya mereka juga layak untuk memiliki apa yang orang-orang kaya miliki, bukan macam Plongeur, tukang cuci pinggan." - George Orwell
digunapakai oleh Saifullizan Tahir dalam novel Kasino keluaran Fixi.

*George Orwell juga seorang writer.

Membaca Kasino sambil minum teh susu, headphone di kepala mendendangkan Mozart - Symphony No. 40 in G minor - I. Molto allegro... ecewaahhh ^ ^ aku memang suka layan music sambil membaca, alang-alang boleh lelap terus.. *selalu memang terus lelap.

Saifullizan Tahir

Bila sampai part George Orwell punya ayat ni terasa zaman aku dulu, boleh kira bergelumang dengan duit orang kaya juga, zaman jadi waiter dekat restoran kt resort ceruk hutan dulu, zaman lepasan SPM, zaman bangun pagi-pagi awal subuh memecut dengan JRD kaler oren buatan Jerman bersama Airil rakan dari sekolah. Zaman bermodalkan tips dari customer just nak tambah duit poket.. alang-alang customer kaya apa salahnya keluarkan tips sikit kat waiter, kadang-kadang saki baki duit bayaran dari customer pun boleh jadi tips yang banyak, gila kau, kalau baki rm40.++ dia tak mahu ambil, kalau hari-hari masuk macam ni memang boleh kalahkan duit gaji, awesome kot orang kaya ni boleh buang rm40 macam tu, memang boros atau nilai tu pada dia sangat kecil tu aku tak tahu. Gaji waiter part-time macam aku pun kadang-kadang tak sampai rm40 satu shift, dem orang kaya.. tu yang aku rasa zaman tu la, zaman baru habis sekolah.. So, boleh ke percaya kita boleh memiliki apa yang orang kaya miliki?  apa milik orang kaya tu? duit? err...emmm... duit je kot, tak penting pun sebenarnya.. err.. aha!  ketua chef tempat aku kerja dulu pernah cakap kalau kau hebat cuba dapatkan RM Sejuta sebelum umur 30... err.. cubalah korang kalau mampu...


Apa yang paling menarik ialah watak dalam novel ni Dato Mohd Narcissus tak pernah tinggal solat 5 waktu, walaupun cara hidup dia ni ditemani dengan kengkawan jahat, what i mean is dia berkawan dengan rasuah, perempuan, gangsterism, judi, arak, penipuan, sombong, taktik kotor politik, dan dah tentu la kawan sejati setan.. tapi penekanan penulis dalam pentingnya solat tu paling menarik yang jarang novelis lain buat.  *bukan penting semata-mata, WAJIB ok! tak faham apa tu wajib sila masuk taska balik. Bukan masalah "nak" atau "tak", tapi KENA.




P/s- Belum tentu jadi kaya boleh hidup bahagia, belum tentu bila miskin hidup tenang, it's up to you how you want to "sketch" your life, lebih baik bersederhana, tapi tak salah juga kalau berjaya dapatkan kaya di dunia dan kaya nun di sana nanti... :)

Oh lupa! sekarang AJL, Ustaz Azhar pun ada live streaming, yang mana entah yang dilayan malas cakap, hahaha.. sesekali pandang juga AJL, tengok sambil menaip..:)
Dan tak lupa, novel ni best! nak cari lagilah novel Fixi, lain dari yang lain, tak macam novel jiwang karat semata, walaupun aku memang jarang baca (tak pernah kot) novel jiwang..hahaha..^ ^

emm..kaya autie rossie sedap jugak kalau makan dengan roti..hehehh

2 comments:

Wadi AR said...

waaaaa. senanye memang nak beli buku ni. tapi tak cukup duit T___T

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad said...

beli la wadi, best!

mencari segala hasil leteran aku di sini