Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Monday, January 30, 2012

ALA, magazine for muslimah

Ala = Paling cantik..
Majalah fesyen turki ini adalah satu-satunya majalah yang lari dari konsep pornografi dan seks semata-mata. Diterbitkan oleh Ibrahim Burak dan Mehmet Volkan Atey.
Magazine yang vogue ni hanya memaparkan model bertudung dan mengiklankan pakaian yang sesuai dengan islam, Ibrahim percaya yang Fashion Design is not something yang hanya memaparkan watak model yang seksi dan mendedahkan tubuh, Sebaliknya Fashion ialah seni yang konsepnya masih boleh diterima pakai dalam islam asalkan tidak mendedahkan aurat. 

WOW! how awesome is that! ^ ^
Thumbs up for Turkey!

Magazine Elle, Vogue,  Marie Claire dah boleh bungkus la ye..
Glam, manga, apa lagi entah  kat Malaysia ni macamana lak? hehe








P/s- Kat Malaysia nak keluar magazine apa pula? hehe

Sunday, January 29, 2012

Kaya?

         "waiter sering bergelumang dengan duit orang kaya dan duit customer, mereka lama kelamaan percaya mereka juga layak untuk memiliki apa yang orang-orang kaya miliki, bukan macam Plongeur, tukang cuci pinggan." - George Orwell
digunapakai oleh Saifullizan Tahir dalam novel Kasino keluaran Fixi.

*George Orwell juga seorang writer.

Membaca Kasino sambil minum teh susu, headphone di kepala mendendangkan Mozart - Symphony No. 40 in G minor - I. Molto allegro... ecewaahhh ^ ^ aku memang suka layan music sambil membaca, alang-alang boleh lelap terus.. *selalu memang terus lelap.

Saifullizan Tahir

Bila sampai part George Orwell punya ayat ni terasa zaman aku dulu, boleh kira bergelumang dengan duit orang kaya juga, zaman jadi waiter dekat restoran kt resort ceruk hutan dulu, zaman lepasan SPM, zaman bangun pagi-pagi awal subuh memecut dengan JRD kaler oren buatan Jerman bersama Airil rakan dari sekolah. Zaman bermodalkan tips dari customer just nak tambah duit poket.. alang-alang customer kaya apa salahnya keluarkan tips sikit kat waiter, kadang-kadang saki baki duit bayaran dari customer pun boleh jadi tips yang banyak, gila kau, kalau baki rm40.++ dia tak mahu ambil, kalau hari-hari masuk macam ni memang boleh kalahkan duit gaji, awesome kot orang kaya ni boleh buang rm40 macam tu, memang boros atau nilai tu pada dia sangat kecil tu aku tak tahu. Gaji waiter part-time macam aku pun kadang-kadang tak sampai rm40 satu shift, dem orang kaya.. tu yang aku rasa zaman tu la, zaman baru habis sekolah.. So, boleh ke percaya kita boleh memiliki apa yang orang kaya miliki?  apa milik orang kaya tu? duit? err...emmm... duit je kot, tak penting pun sebenarnya.. err.. aha!  ketua chef tempat aku kerja dulu pernah cakap kalau kau hebat cuba dapatkan RM Sejuta sebelum umur 30... err.. cubalah korang kalau mampu...


Apa yang paling menarik ialah watak dalam novel ni Dato Mohd Narcissus tak pernah tinggal solat 5 waktu, walaupun cara hidup dia ni ditemani dengan kengkawan jahat, what i mean is dia berkawan dengan rasuah, perempuan, gangsterism, judi, arak, penipuan, sombong, taktik kotor politik, dan dah tentu la kawan sejati setan.. tapi penekanan penulis dalam pentingnya solat tu paling menarik yang jarang novelis lain buat.  *bukan penting semata-mata, WAJIB ok! tak faham apa tu wajib sila masuk taska balik. Bukan masalah "nak" atau "tak", tapi KENA.




P/s- Belum tentu jadi kaya boleh hidup bahagia, belum tentu bila miskin hidup tenang, it's up to you how you want to "sketch" your life, lebih baik bersederhana, tapi tak salah juga kalau berjaya dapatkan kaya di dunia dan kaya nun di sana nanti... :)

Oh lupa! sekarang AJL, Ustaz Azhar pun ada live streaming, yang mana entah yang dilayan malas cakap, hahaha.. sesekali pandang juga AJL, tengok sambil menaip..:)
Dan tak lupa, novel ni best! nak cari lagilah novel Fixi, lain dari yang lain, tak macam novel jiwang karat semata, walaupun aku memang jarang baca (tak pernah kot) novel jiwang..hahaha..^ ^

emm..kaya autie rossie sedap jugak kalau makan dengan roti..hehehh

Thursday, January 26, 2012

Leaves

Believe me, Not you,
I'm dreaming someone else..
I'm back so early just to clear all the things,
like I say..
if you can wait until I get my dream, maybe we can..
if not we are just nobody,
thanks for every words..:)
it's almost 4 years okay.


u should realize it darl...

pic from observando











P/s- nobody is nobody.. i'm still with my ambition & please don't interrupt me..
terus-terusan kerja nak kumpul balik apa yg dah hilang..
like's Derek, will be never give up until the finish line..
even in pain..
garisan penamat masih jauh lagi,
harus penuhkan masa dengan training & effort bukannya hanya ungkapan di mulut....:)
ok, lantak akulah nk entri feeling2 kejap..hahaha..peace..^ ^

Rebranding my blog

yeaaa..!
Blog ni dah di rebranding..
ni URL yang baru http://memories2dream.blogspot.com/
jangan malu-malu jangan segan-segan melayan kerenah merepek-meraban kat sini...^ ^
SELAMAT DATANG.




header baru









P/s- Header baru, url baru, layout baru, lepas rebranding ni harap-harap untung pun baru, in life & after life..harap-harap dapat dua-dua...:)

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday #3


P/s- hah! ambek! muka serabai letak kat belog.. lantak ah belog aku kot!..hahhaha...;p 
 kredit to samsung galaxy fazza...^ ^

Monday, January 23, 2012

Reset

Pergi Kinokuniya untuk habiskan balance voucher RM100, aku beli 2 magazine about graphic and illustration, dan 1 buku ilmiah kononnya, RESET..

buku ni mengemukakan analisis punca-punca yg mendasari krisis politik semasa dengan meneliti asas-asas sosio-politik kat Malaysia ni.. aku belum habis baca lagi, tak boleh nak bagi review sepenuhnya, tapi semua pendapat dan kajian dalam buku ni berdasarkan review-review yang lain macam nenembak semua parti dan tak memihak kepada mana-mana parti politik.. Harap-harap Suflan Shamsuddin ni tak menekankan mana-mana parti politik yang dia suka, sebab aku tak suka penulis yang memihak kepada mana-mana parti, seorang penganalisa dan penulis hal-hal macam ni pada aku seharusnya bekorban sedikit tanpa perlu memihak pada sesiapa... because for me, it is not about the party, but the people in that party we should analyze, aku yang cetek ilmu ni pun tahu tak perlu nak obses memihak pada sesiapa tanpa sebab,  buku ni keluaran kedua dalam versi bahasa Malaysia, sebelum ni dah keluar tahun 2008 dalam bahasa Inggeris.. aku bukan rajin sangat membaca, selalu yang aku rasa menarik baru aku akan beli walaupun harga mahal, contoh macam buku illustration, tapi kena membaca kalau tak jadi katak bawah tempurung dan jadilah manusia yang tak habis-habis nak buat demo jalanan, upsss... hehe..:)









P/s- There is something that I work to get since my study in degree level, but I can get it right now.. maybe because I am so childish right now, I want but I dont want it, urgghhh...hahaha..hopefully one day.. just not give up.. insyaAllah, my lord knows better..:)))

Sunday, January 22, 2012

Evening inspiration 4

AT-AT in Chicago
here is the original work
awesome illustration



     Bersusah payah membina akhirnya rosak juga, berhempas pulas kau kalau betul-betul jadi macam illustrasi ni, susah-susah keluar duit bina town macam Chicago ni, last-last kena hancur dengan machine, hehe.. Life actually is easy but people always make it become hard, hard and harder, aku pun kena berhempas pulas mencari nafkah, nak bayar rumah sewa yang tinggal 3 orang nak cover semua benda, terima sajalah masing-masing mahu senang dengan tujuan dan agenda tersendiri, dah berjaya dengan agenda tu baguslah, hopefully dapat gembirakan semua orang, buat apa nak berkeras, walau apa pun janji hanya sekadar di mulut, rakan datang dan pergi,..kih3...gila sadis (konon), nasib baik aku dah prepare semua awal-awal sebab dah dapat agak cara rakan2 yang macam ni, *thanks to my experience before this.. cuma kesiankan another two housemate, bukannya depa tu anak orang kaya.. last-last kurang duit simpanan yang tak ke mana.. nasib baik diorang matured juga pandai cari alternatif sendiri nak sara hidup, mpp asyik memekak sorang-sorang sebab panas hati, hahaha...pulang ke kampung nanti nak travel dengan family and friends, juga perlukan duit tahu, tapi awesome kalau keluar duit sendiri untuk travel..:) janji travel tu dengan niat yang baik, bukan niat nak ''berjimba'' dengan rakan-rakan atau kekasih semata-mata... tak payahlah minta peruntukan pada parents, bukan semua benda mudah macam nak minum milo ais, umur dah boleh kata kalau kahwin insyaAllah dapat keturunan, takkan tak malu asyik bergantung dengan parents, kan? kalau perempuan lainlah, sebelum diijabkabulkan masih lagi di bawah tanggugjawab parents, so biaq p la depa nak mintak duit pun kan?, hehe, sebagai lelaki mesti tahu berdikari..lain la kalau aku anak jutawan, kahkahkah, "daddy, i nak ferarri nak bawak gelpren i jalan2, lepas tu nak beli macam2 bagi kat gelpren i, tiap2 kali dating mesti kena belanja dan bagi hadiah, hihihi.. lepas tu nak belanja membe2 i makan, lepas tu bla bla bla... bole kan daddy? hehe", kepala hotak kau macam tu!!

Enjoy your life, not enjoy the money..so chill everybody, dont misunderstanding semua benda, sebab otak kita masing-masing belum matured, walaupun umur dah 32 years old pun belum tentu matured kan (this is one of my friend gonna married bulan 3 ni, alhamdulillah dapat juga jodoh dia pada umur 32 *kalau x silap , dah tak boleh menggila la lepas ni Wais, hehe).. harap-harap you can hire me as a OP in your wedding.. of course la kan..hehe...mata bling2 nampak duit.. rezeki maybe... ^ ^

Orang tanya buat apa share inspirasi ni? illustration la bagai, biar la diorang search sendiri, google, yahoo kan ada...my answer is apa salahnya sekadar share inspirasi, tak salah kan? kadang-kadang bukan semua artist bole jumpa senang-senang walaupun guna search enjin, ambil masa juga kan? so, jimat masa dan sama-sama dapat something from this awesome artwork, banyak lagi nak kena belajar, tak mungkin nak kerja dengan pengalaman dan ilmu yang tak seberapa, awesome kan kalau dapat jadi copceptual artist...owwhhh berangan..hehe..
Ok sudah merepek, sambung baca buku RESET by Suflan Shamsuddin... babai..:)


P/s- kata-kata semangat dari orang yang tak cukup semangat *sama-samalah kita berusaha jadi insan yang lebih baik *, tak salahkan share something macam ni? kan beloggers sekalian alam kan? ni just pendapat aku, tak semesti betul dan diterima semua korang, so anonymous yang komen pelik-pelik dan tak puas hati macam hari tu terpaksa la kena delete ya, sori.. hehe...:-D

Hugh Jackman in the Wolverine the origins 2


Hugh jackman sebenarnya dilahirkan di Malaysia, sebab tu tak perlu casting untuk watak wolverine ni, watak ni memang naturally sesuai dengan beliau..
hehehe..




P/s- Jangan marah, jumpa di pawagam nanti..hahahahahh...:)

Friday, January 20, 2012

Nikmat

Bersyukur...
benar-benarkah seseorang manusia tu cukup bersyukur?
sedangkan tidak pernah berinteraksi dengan pencipta..
lima kali sehari..
beberapa minit pun dikira rugi,
letih alasannya..

bersyukur...
di kata-kata saja..
tak faham dan tak pernah pun nak bersyukur pada zahir dan batinnya..
dapat apa yang dikejar dengan mudah..
sedihnya ia dikira dah berjaya..
zahirnya dilihat bersyukur..
tapi sebenyarnya tidak..
teruskanlah membina saham..
saham berpura-pura..


tolong berubahlah mereka & kita yang two faces 


P/s- control diri anda sebab anda dilahirkan MEMANG untuk dicontrol, insyaallah..we as a muslim have rules & terms in our life right...beware....^ ^

Jumpa rakan tempat praktikal dulu, dah kahwin rupa2nya, hehe, tapi still ngan pegangan agama yang kuat!! Designer yg awesome imannya.. Insyaallah industri digital arts & design akan  terus maju, as long as we have strong muslim designer like him...:)))

In the morning

breakfast di pagi sebelum bertegur sapa dengan rakan-rakan di tempat praktikal..
breakfast seorang diri dalam rumah sewa yang kosong. sedih pulak..-__-"


almond rising roll by rotiboy ^ ^




P/s- Esok kena balik kampung...yay..^__^

Monday, January 16, 2012

Life as a student

Terpaksa memerah otak study disebabkan esok first and last exam paper untuk semester ni...
semester yang hanya ada 9 subjek dan 1 paper..
semester yang paling memenatkan fizikal dan mental...

haaa.. konon2 study dengan nota2 yang tengok pun dah serabut  perut..err.. motif makcik google kt blakang tu? hehe






P/s- Tahu sesuatu yang tak patut tahu... habislah terganggu akal fikiran waktu exam ni...alahai dunia, fake belaka..zzzzzzzzz

Saturday, January 14, 2012

hope, faith and passion

one boy ask a question..
wow, is it sweat? like taking bath..
no, maybe its tears..




keep running...


P/s- not everyone have passion as you were, keep aware... and continue running on the track~ this morning is awesome as always^^

Friday, January 13, 2012

Vaucer buku 1 Malaysia


Benda-benda yang  dibeli dengan menggunakan baucar 1 Malaysia..hehehe
memandangkan aku student graphic yang 'cemerlang', buku-buku yang dibeli juga mestilah cemerlang hendaknya..

1- Al-Quran (mini saiz) - sesuai untuk dibawa ke mana saja, walaupun telefeon bimbit dah canggih dan boleh isi 30 juzuk al-quran siap ada cara bacaan lagi, tapi tetap tak puas hari, dan lagi boleh hendak yang berbentuk buku yang betul.

2- Pasport Musafir - Selaku seorang traveler ataupun musafir yang suka menjelajah, haruslah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal, terutama tentang persediaan, cara-cara hendak berjalan jauh , adab musafir,kiblat dunia, makanan halal, solat di atas kenderaan, kedutaan Malaysia, Jamak Qasar dan macam-macam lagi ada dalam buku ini. Sesuai sebagai panduan untuk aku memulakan segala impian untuk menjadi seorang traveler yang beriman dan berjaya.

3. Popcorn - Selaku seorang student design, haruslah aku membeli buku-buku berkaitan illustration dan graphic, dan popcorn adalah majalah inspirasi yang terbaik, lagi-lagi isu ini ada illustration Puppetter yang dah lama aku tak mengadap. Buku ilmiah yang sesuai dengan cara ilmiah seorang bakal designer. hehe.

4. Urban Papier Noir - Buku sketches yang bewarna hitam, sesuai untuk mengeluarkan ilham dalam bentuk kreatif. Dah bosan dengan melakar akar kertas putih? so cubalah dengan cara lain, mungkin atas recycle paper ataupun kertas hitam seperti ini.

5- Novel Kasino - Santapan jiwa juga perlukan sesuatu untuk dibaca, Novel terbitan FIXI sememangnya menjadi pilihan aku. Bukan novel jiwang semata-mata, novel FIXI kali ini ialah Kasino yang dah lama aku nak beli, sebenarnya aku seorang yang pemalas untuk membaca novel terutamanya novel yang panjang berjela, tetapi lain bagi novel terbitan FIXI, bahasa yang santai dan kadang-kadang terlampau  complicated dan idea yang jauh lebih lebih hebat dari kebanyakan novel melayu versi lama.

6- Alat Tulis - Alat tulis untuk exam nanti..:)




P/s- Semua ni menghabiskan RM100 vaucer buku yang aku dapat.. lagi RM100 haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya, nak beli buku berkaitan bidang aku banyak-banyak memang tak mampu dengan Rm200, tetapi haruslah bersyukur, sekurang-kurangnya dapat membeli dengan percuma...terima kasih..hehehe.
untuk entry dalam blog berbahasa orang putih boleh la kesini..hehe >> momentkebal

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #2


Motorcycle accident





P/s- habis koyak rabak seluar dan baju.. sweater yang banyak memori semasa di UiTM Kedah juga koyak rabak dan juga kaki injured sampai tak dapat nak join IOI run yang dah ditunggu-tunggu selama 2 bulan..beri kesan sampai sekarang...:"(......
tapi hadapi dugaan dengan smile...:)

Future

Mengikut keadaan sekarang,
banyak pelan untuk 4 tahun akan datang macam dah pudar,
tapi bukan terus terpadam,
masih ada ruang untuk diusahakan,
cuma mungkin terbalik kaedah dan sifat,
usaha sudahpun dilaksanakan walaupun makin memburukkan,
solat hajat dan istiqarah jangan dilupa,
sekarang memang seronok waktu mengenal,
bila dah tersungkur baru tahu mencari yang esa,
mungkin jalan terbaik terpaksa mengikut pelan orang yang melahirkan kita..:)
tapi pelan yang terbaik hanya pada yang maha Esa...^^

kau tunggu la wahai grand canyon.. lagi 4 tahun insyaallah aku sampai!! lepas tu kita dating puas-puas!




P/s- Presentation final kelas professional development langsung tak cerita pasal peribadi dan future macam orang lain sebab nanti komfem semua orang menangis, biarlah aku jadi joker yang nampak bodoh buat orang gelak ketawa dari bagi orang sedih tak tentu pasal sebab nanti aku pun sama-sama sedih...kaki oh kaki....:)

Tuesday, January 10, 2012

Sharing is really really means I am so caring!

Ramai wanita yang menunaikan solat , tapi tidak menutup aurat.. 

Allah terima kah solat itu ? TIDAK !!! 

Jangan sia2 kan amalan anda.. 

Ramai wanita beranggapan, apabila sudah berkahwin, sudah dikira bnyk amalannya kerana mendengar kata suami. Tetapi tidak menutup aurat.

Adakah cukup amalan anda itu? TIDAK !!! 

Jangan sia2 kan amalan anda..

hukuman wanita tidak menutup aurat, rambutnya akan diikat keatas hingga mendidih otaknya! kulit badan habis dibakar dan akan tumbuh semula, dan akan dibakar lagi. Begitulah seksaan api neraka. Akan berlanjutan selamanya. Kerana diakhirat, tiada istilah MATI !












P/s- dicopy dari facebook wall, tak ingat kat mana.. apa salahnya berkongsi kan..macam lecturer aku cakap, hubungan dengan pencipta kena jaga juga..kita ni hanya hamba! mahukah hidup hanya sia-sia walaupun dapat semua benda kat dunia? please take note!... :)

Friday, January 6, 2012

Perkongsian tentang Istidraj

Istidraj- dicopy dari blog Efa Nur berkenaan Istidraj dan orang yang tak solat tetapi berjaya. terima kasih Efa Nur..:)

Aku hanya berkongsi cerita yang menarik dan berguna, aku bukanlah orang yang terlalu arif ilmu agama, juga bukan seorang ustaz, bukan pula mahu menunjuk pandai, tetapi jika boleh dapat sedikit pahala hasil dakwah yang sekecil ini apa salahnya kan? sekurang-kurangnya boleh menampung sedikit dosa-dosa yang bertimbun selama ini..:) be positive okay..:)

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

" Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa"

ALLAH menjawab,

" Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya"

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

" Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…"

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.




P/s- kadang-kadang mungkin sama dengan keadaan sekeliling. Kita tahu sesuatu itu wajib dan jika tak buat memang berdosa besar tapi masih malas nak lakukan, contohnya solat. Solat itu tiang agama, walaupun kita tahu dosa meninggalkannya sangat besar kerana merupakan amalan wajib, melenggah-lenggahkan solat pun dosanya di dalam kubur akan dibelit dengan ular besar sehingga hancur tulang, apatah lagi meniggalkannya.. tak mungkin tak takut langsung dengan siksa kubur? belum lagi di ashirat.. manusia sekarang kadang-kadang kelakar, dosa yang sudah pasti balasan yang sangat azab di kubur dan akhirat tidak dihiraukan.. langsung tak gerun, tetapi cuba lihat mereka yang dimarahi sesama manusia, diganggu makhluk halus, menonton movie seram, ditinggalkan kekasih dan macam-macam lagi boleh pula rasa takut, kadang-kadang menangis ketakutan, emosi yang melampau-lampau.. tetapi lihatlah bila mereka tinggalkan solat dengan sengaja langsung tidak tahu rasa takut walau sedikit pun.. mereka seolah-olah yakin dosa mereka dapat diampunkan sekelip mata jika mereka bertaubat.. umat melayu islam terutama remaja sekarang berapa ramai yang menunaikan solat? cuba lihat sekeliling, rakan serumah, rakan sebilik, tunaikah solat mereka? atau hanya dibuat-buat? berani aku cakap dalam rumah aku pun walau dah mencuba mengajak mereka sama-sama bersolat pun sangat susah, bukan mahu menjaja aib, tetapi sekadar berkongsi situasi.. mahukah solat kita hanya dikira sekadar solat? sedangkan rakan terdekat tidak menunaikannya, cubalah mengajak mereka, sekurang-kurangnya itu tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi dan sebagai seorang rakan.. contohnya jika kita bangun subuh dan orang sebelah masih tidur, kejutlah mereka, cukuplah sekadar sekali kejut kerana langkah seterusnya adalah hak mereka.. walaupun kadang-kadang gagal tetapi itulah cara terapinya.. takkan tidak rasa bersalah langsung bila melihat rakan serumah tidak menunaikan solat? apa guna solat jika mahu mengajak orang lain secara ikhlas pun tidak mampu..
jadi jika sengaja meinggalkan solat seharusnya hidup tidak akan tenang, jika langsung tidak rasa gentar kerana tidak bersolat sudah tentu kamu adalah golongan yang hidup di bawah payung ISTIDRAJ, itu belum lagi kes aurat, masyaallah, banyaknya dosa kita. Aurat aku sebagai lelaki sewaktu bersukan pun dah mula risau, inikan pula wanita-wanita yang jelas terdedah aurat tanpa rasa malu dan takut.. insyaallah harap kita semua berubah, tiada alasan lagi...:)


Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012

Happy New Year..
Azam tahun baru?
just want to be a better man..
become a better khalif and get the real iman..
dan tak lupa juga nazar tahun lalu..
mungkin jadi satu kesinambungan untuk tahun 2012..





P/s- Berdiri teguh dan tempuh dengan berani, isyaallah semoga tercapai hajat dan nazar yang semakin pudar...:)

mencari segala hasil leteran aku di sini