Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Thursday, October 11, 2012

How I miss Penang

Rindunya nak jalan2 makan pasemboq Penang, dengan kawan-kawan :)

just a random shoot in penang


P/s - dah lama tak update, buzy bekerja... yeah sekarang pekerja bukan student lagi, tapi still belajar tak habis2 :)

Saturday, September 1, 2012

Instagram



Bestnya guna Instagram untuk upload gambar, sangat pantas..
tapi macam mana nak tengk instagram menggunakan pc?
selalu upload guna phone tak tahu kat mana temapt store nya..
hmm.. biarlah, not so important..hahaha ^ ^

this picture using istagram,   http://instagram.com/p/O8cazXHg6M/ ,boleh view kat pc tapi macam mana nak follow kat pc? kadang2  xperia aku ni buat hal juga hahahh..


P/s - Lapaq pulak tengok roti ni, sedap tau roti kat The Loaf...^ ^
Eh, Selamat menyambut Hari Merdeka! MERDEKA MERDEKA MERDEKA!
janji2 tu pandai2lah kita tepati yea..hehehe

Friday, August 24, 2012

RUN RUN RUN



I want to run again, but my leg & my waist will not allow.
But I want to!




paksa diri is one of my best skill.. hehehh

Dah ada kat sini memang la akan dating dengan tasik seksyen 7 Shah Alam hari-hari la nampak gayanya.. hehe


P/s- Hate fighting like this. no need to tell. just wanna share. :)
lalalalaaaa~ hey juddeee~ me sing a song while running* lalalaaa~ pfftttt..

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya

kad raya murah-murahan dan design pemalas...:)
utk lisan yg tak terjaga, utk hati yg berprasangka, utk sikap yg menyakitkan, aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, semoga hidup kita sentiasa diberkati -NYA... amin. :D
 








P/s - Rayaaaa.......... ^_^

Wednesday, August 15, 2012

When I have money....

When I have money, I have nothing to buy. when I don't have money, I want everything... sighh -.-"


Nakkkk...

P/s- Need to work harder! but warned myself,  kerja itu satu ibadah, bila dah ikhlas mesti ada ganjaran di sana nanti.. salary ni anggap la macam bonus kat dunia je, gunapakai untuk sementara.. :)

Tuesday, August 14, 2012

Perompak. Penjenayah. Pendosa.

           Rumah kat kampung terchenta dipecah masuk, alhamdulillah, nasib baik family aku tak diapa-apakan.. -.-"... Geram tak terbayang, bila aku berjauhan ada pula nak buat hal, polis cakap kemungkinan budak-budak kampung aku je, diorang dah dapat fingerprint perompak tu, harap-harap polis dapat la tangkap perompak bermasalah tersebut... harap-harap la brader-brader polis yang 'sado' tu buat kerja sungguh-sungguh...banyak juga kerugian, kebanyakan barang-barang yang dirembat kepunyaan big bro aku,.. dah nak dekat raya ni ada je hal jadi...alahai.. perompak masuk waktu orang tidur, kurang ajaq sungguh.. kalau aku dapat tahu budak-budak kampung aku yang buat benda bodoh ni memang siap la aku nk bagi ceramah + penampar!


wahai perompak, kau dah rasa awesome sgt ke dpt pecah masuk rumah aku? -.-"   








P/s- Nothing to say to damn thief, semoga Allah s.w.t merahmati pencuri/perompak tersebut, harap mereka mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka..  Alahai la, sedihnya budak-budak zaman sekarang, nak duit pergilah kerja, buat something kalau dah tahu duit tak ada.. aku pun dulu bukan la dari family senang kaya-raya bagai.. Alhamdulillah tahu la juga nak cari duit cara halal...pemalas sungguh orang sekarang -__-" merompak tu rajin la pula... adoi.

Tuesday, July 31, 2012

masa itu singkat

sampai masa kena tinggalkan juga apa yang ada.
penuhkan diri dengan amalan.
harap-harap selamatlah.
tak perlu bersedih lagi.
bersedia dengan senyuman.

gambar dari mr google. senyum sampai ke telinga kalau boleh.  



p/s- makan, tidur, gelak, bermain, pelajaran, semua dah dapat. kadang-kadang kena tingalkan juga, eh ke memang dah nak kena tinggalkan. yang tak sempat buat tu kenalah minta tolong orang. harap-harap berkat dunia akhirat, tenangnya uncle itu :)

Monday, May 28, 2012

GUNUNG DATUK, REMBAU NEGERI SEMBILAN

26 & 27 hb, ekspedisi ke gunung datuk.
Menurut legenda terdapat tapak kaki Laksamana Hang Tuah kat puncak gunung.. so, Team Kaki Henjut yang terdiri dari lelaki-lelaki gantang ni pun dengan penuh keberanian pergi mendaki dan camping di puncak.. ni 1st time camping kat puncak gunung, selalu camping kat kaki bukit je..hehe... overall is awesome! the best sebab laluan mendaki sangat mencabar, mula-mula dah nak 70-75 degree dah kecuraman dia, ada jugak yang injured tapi alhamdulillah semua selamat pergi dan selamat pulang..

Never ending memories! Dari Shah Alam ke Gunung Datuk! memori untuk anak cucu cicit!






















p/s - bahu & belakang cedera, ada rakan yang cedera sebab terjatuh dan macam2 lagi, dugaan =)

Saturday, May 5, 2012

Melawat ke sekolah pendidikan khas (penglihatan)

   Hari jumaat, dalam pukul 7a.m lagi aku dah keluar naik KTM menuju ke Bank Negara, lepas tu ke SOGO dan menuju ke Sekolah.. hehe.. lambat sampai sekolah lepas tu kena marah dengan cikgu kena pukul kat punggung..hehe.. ok joke*

Let's the picture tell the story.. 






sedih tengok mereka yang hampir hilang dan yang dah pun hilang deria melihat, tambah-tambah lagi semuanya masih kanak-kanak.. sedih tak terkata tapi cool kan diri jugak nak terus shoot..

Faris dan Chat...kawan baik boleh berkongsi makan.. nak shoot moment ni aku suruh Faris bagi tembikai kt Chat, tembikai tu ada kt depan dia, tak tahu pula yang Faris ni langsung tak boleh melihat, rasa mcm nk nangis (cool tahan) bila Faris tanya balik "mana tembikai tu bang" sambil senyum.. ya Allah! sedihnya, Chat nak ambik tembikai tu pun susah sebab tak tahu arah.. rasanya Chat boleh nampak sikit-sikit...."(






haa.. inilah sekolahnya yang aku lupa nama, dekat dengan SOGO je.


P/s- macam mana kalau tiba-tiba kita ditakdirkan hilang keupayaan melihat.. kita dikurniakan pancaindera yang sempurna tapi digunakan untuk melihat benda-benda yang tak patut, agak-agak patut ke kita ni boleh melihat? mereka ni baru nak melihat dunia tapi dah ditarik balik keupayaan untuk melihat, sangat besar cabaran mereka sampai dewasa nanti.. so, kita ni yang sempurna kononnya kena la banyak-banyak bersyukur..

Thursday, April 26, 2012

Sunday, April 22, 2012

Sehari dalam kehidupan

      Untungnya rakyat kelantan, ada pemimpin nombor 1...:)
 ketepikan hal politik, ketepikan hal parti.. just tengok kehidupan pemimpin.. bukanlah masalah beliau seorang ulama, bukan sebab beliau seorang tok guru, bukan sebagai pemimpin parti Islam, tetapi sebagai seorang muslim.





kagumnya dengan tok guru, beruntunglah rakyat kelantan...:)



Tengoklah yang ni pula, aurat, kemewahan melampau2, bersentuhan dengan bukan muhrim.. er.. aku lupa, Malaysia ni negara islam ke? hehe lupa la.. -__-"




Orang islam kenalah ikut acuan islam, islam ni the way of life, dah complete asalkan ikut al-Quran dan Hadis... buat apa nak ikut the way of life orang barat? nak tunggu perang armagedon baru nk tergedik cari panduan? nak tunggu hidayah datang bergolek? kepala hotak? contoh macam orang yang nak pakai tudung, tapi tak terpakai sebab nak tunggu hidayah, kepala hotak, hidayah bukan datang bergolek, memang datang dari Allah s.w.t, tapi kena berusaha..  kalau dah 1 hari tak nampak pun rukun islam yang 1 tu tertunai, ni kan pula seminggu.. nak ke pemimpin macam ni? wallahualam la, x pasti dia tunaikan rukun islam ke tak, sebab video bukan penuh 1 hari pon, kan? tak baik menuduh, tapi video ni pun dah faham yang mana baik yang mana buruk... *lagi sekali tak ada kena mengena dengan politik ok! hehe



P/s- ni baru sehari belum seminggu.. bukan nak mengata bukan nak buka aib orang, tapi sebagai santapan mata, buka minda.. nak orang yang bodoh sombong memimpin negara? nak orang yg diktator kukubesi? nak yang putar belit? ketepikan hal parti, ketepikan hal politik, tengok pemimpin. Er.. lagi satu kita sembah Allah s.w.t, bukan sembah islam, islam tu pakaian kita nak jumpa tuhan nanti, bersih ke, kotor ke pandai-pandailah ok..beringat untuk diri sendiri dan semua...peace no war hehehe...:)

Tipu?

Sekali lagi tertipu aku bunuh diri..
sekian terima kasih..:)







P/s- uiskkk gilanya statement?

Sunday, April 15, 2012

Marvel’s The Avengers

 what superhero would you be if you could create a new member for The Avenger’s team and how would you save the world?


Hehehehheehh..

superhero ??
haruslah wolverine!! 
sebab muka aku sebijik macam hugh jackman wolverine sangat cool ok!
dah la ada power kuku besi adamantium, ada pulak healing power, tak ke power tahap power ranger tu?
hehehe, apa-apa pun nanti jangan lupa layan movie yang buat aku tertunggu-tunggu ni.. 
the avangers..hehe




opss.. lupa lak, macamana nak selamatkan dunia bila jadi wolverine? hehehe
haruslah bila dah ada super power mestilah guna power tu nak lawan watak jahat, hehe konon-kononnya hero la.. owhh tiba-tiba rindu zaman kanak-kanak~



eh yang ni kenal tak?
tak kenal memang bukan warganegara Malaysia..hehe




P/s-  jadi keluangman bole tak? agak-agak avangers boleh tak terima keluangman? keluangman cool kot~


Saturday, April 14, 2012

cycling = mission complete

cycling, cycling, cycling~
sesi mengempiskan perut hari ini telah berjaya.. yay!





arghh.. gambaq aku blur, x focus..hehe






P/s- misi hari ini complete juga..hehe.. esok petang main bola.. lusa joging.. tulat gym.. tuli bla bla bla.. insyaAllah perut ini akan kembali kempis seadanya..hehehh :D

Thursday, April 12, 2012

Gegaran? Tsunami?

Ramai betul kecoh bila ada gegaran ada tsunami..
ramai pula yang kononnya suruh bertaubat kat laman sosial..
Marah, Kutuk, Benci, Sedih, Takut, simpati semua keluar...
Tak salah semua tu..
aku selaku pemerhati..
tengok sajalah diam-diam..
hehe.







P/s- Paper, radio, internet bagi amaran bencana mungkin awal sehari dua, semua dah kecoh, tapi al-Quran & hadis dah bagi amaran bertahun-tahun dulu ada kita nak ambil kisah?   hmmpphh...manusia memang tetap manusia...:))

Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday #5






P/s- Pic lama, waktu zaman-zaman diploma di Kedah...ok, rasa diri dah tua..tak perlu sembunyi angka yang akan genap 22 tak lama lagi.... zzzz

Sunday, April 1, 2012

Wedding

Wedding of one of my friend & my teacher in martial art.. awesome babe..:)




P/s- Photographer lain yang shoot, tapi aku diminta me-touchup semula.. hehe, sori sebab tak dapat shoot hang boss..
err.. dah lama x hupdate belog...hehe =)

Friday, March 2, 2012

Trip ke Jerantut Pahang

     Agak busy dengan kerja part time dan sedikit coret-coret illustrasi digital untuk interview halatuju major part 6 nanti, sampai tak ada masa malas nak update blog ni.. tapi walau macam mana busy dan sengkek nya poket sekalipun aktiviti travel haruslah dilakukan demi nak mengumpul pengalaman, chewaahh.. konon..hehe.. kali ni aku ke Jerantut selama 3 hari, nak tawan taman negara dan gunung senyum..hehe... taman negara sangat awesome ok.. puas hati dapat masuk hutan, kalau dapat camping kat sana lagi puas hati, tapi memandangkan duit yang semakin kekurangan terpaksalah menunmpang rumah sahabat..^ ^


haaa.. ni ada la sikit gambar2 yang tak senonoh..haha








credit to dzul hani - ini nakama2 (sahabat2) yang sanggup ikut ideologi travel aku ni..hehe tQ guys

credit to dzul hani- kat gunung senyum ni hehe


P/s- Travel kali ni buat aku dapat banyak pengalaman dan banyak shoot2 yang menarik, puas hati dari segi photojournalism dan keseronokan tahap maksima, haha, banyak lagi gambar waktu kat dalam hutan, kelapa sawit, gunung senyum yang seram, kebun kat rumah azhan, dalam kandang kambing, burung puyuh, lawan pingpong, air terjun dan macam2 lagi..hahaha keseronokan travel tak terhingga...:)

mencari segala hasil leteran aku di sini