Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Friday, November 25, 2011

Caplong / Bamboo Pump Gun

     Caplong? hehhehe.. aku tahu ramai yang tak tahu apa itu caplong...
caplong ialah sejenis permainan kanak-kanak zaman dulu (zaman aku), kanak-kanak sekarang dah tak main caplong ni, sekarang budak-budak ni main psp dan xbox..haha
disebabkan oleh keperluan assignment branding, so I need to do a research, dan mula shooting photo budak-budak around 7-12 tahun..  mula-mula sedikit penat nak melayan sebab upah yang aku tawarkan untuk budak2 ni untuk jadi actor ialah waffer coklat.. so budak-budak ni sangat agresif bila dengar perkataan upah dan coklat..hahaha..habis kotor kasut aku kena race dalam lumpur dengan diorang...

sangat seronok layan budak-budak sampai masa dihabiskan sangat lama dengan mereka, waahh.. time paling best untuk semua umat sebenarnya ialah zaman kanak-kanak, nak buat apa pun tak payah fikir panjang, sekarang kalau tak fikir memang mampus...haha







biar abang tunjuk macam mana nak tembak..haha


kakak kening yg seronok kena puji dengan budak2

abang hidung yang pemalu dengan budak2

last sekali aku rasa sangat muda boleh buat macam tu..hahaha


semua gambar dikreditkan kepada kakak kenin .. good job! haha



P/s- aku ada dengar budak2 ni cakap abang hensem... eh betul aku tak tipu, err...  atau aku salah dengar........kah3

Tuesday, November 22, 2011

Bangun

Bangun pagi ini
dengan harapan keajaiban akan muncul

bangun pagi esok
berharap tetap ada keajaiban

bangun pagi lusa
berharap ada sedikit keajaiban

Tapi lepas bangun tengahari tadi
rupa-rupanya aku dah lambat ke kelas.

OMG!


nak buka mata pagi2 terus nampak grand canyon , baru ohhseemmm!!





















P/s- wake up every morning with the tought that something wonderfull is about to happen...-___-"

interaksi antara bunyi dan fizikal manusia


Experimental film.
The main idea is to show how sound can change objects form and structure including human mental state.

140 dB from Tadas Svilainis on Vimeo.






P/s- selit-menyelit, ubah-mengubah, lari-berlari, sembunyi-menyembunyi tak pernah terlintas langsung, semua pencipta dah siapkan, kita memang memakai apa yang ada sebab kita memang mampu setakat itu sahaja...;)

Monday, November 21, 2011

Lawak Pesilat Indonesia

Adik-adik Abang-abang fighter tu jangan tiru aksi macam ni ok,
sangat lawak.
menang pun tak guna..
hahahaa





P/s- Eh, betul la, baru2 ni aku rajin lah pulak ber belog..hehe..:)

Sunday, November 20, 2011

Berharap

Dear god
tolonglah bagi aku lebih kerja

Dear God
tolonglah bagi aku lebih income

Dear God
bagilah aku lebih rezeki
supaya aku boleh beli sepasang cincin
sebab mak aku cakap umur dah cukup kalau nak kahwin
calon dah beratur mak cari.








P/s- urrgghh.... terus korek poket tengok yang tinggal benang2 bukan wang kertas...:((

Rupa sebenar angry bird! real!

Hehehehhe...
betul ke ni?
gila gempak! nak bela seekor la...





P/s - kerja yang bertimbun tak siap2... assignment yang berlambak tak sentuh2... test yang langsung tak prepare, kerja part time yang tak dapat join.. kaki dalam keadaan injured, demam siap batuk berdarah (euuww), wallet yang semkin nipis (tak boleh blahh), terpaksa melayan perangai manusia dan macam2 dugaan semester ni... hahaha... perit tapi itu yang best tu..hehe...:))

Saturday, November 19, 2011

Nite Run tribute to Palastine 2011

Larian untuk Palestine di UiTM Shah Alam..
Ramai runner dan marathoner yang datang...
aku salah seorang si loser yang demam join larian ni..
dengan training yang hampeh dan kesihatan yang teruk dapat jugak selesaikan larian walaupun kalah..:)
larian disertai oleh ribuan pelajar UiTM Shah Alam termasuk non-resident dan pelajar2 kolej kediaman UiTM..
semua gambar kreditkan kepada meenaawesome..

para photographer merangkap penyokong yg lewat dtg...cess

peserta pertama yg sampai kategori staff


bergambar bersama mpp.. hehe.. beta yg tengah dan si Dzul yg kanan  member runner yg  sama2 hebat..:)












sangat penat malas nak tengok kamera

ending yang last mestilah bergaya dengan baju.. 50 orang yang sampai untuk non-resident je yg dapat baju ni, haruslah berbangga..muahahaha

Untuk kategori keseluruhan beta dapat nombor 57, non resident pulak,, hehe.. top 10... 
walaupun kalah tapi memang berbaloi,
lepas ni ada larian untuk fakulti, larian di stadium shah alam dan larian untuk non resident (maybe tak dapat join sebab kena pergi trip ke singapore...aarrrghhhh)






P/s- beta rasa makin tua makin lembab...hahahaha...terlepas IOI run kat Puchong,  lutut beta injured tiba2 disebabkan mengalami kemalangan jalan raya yang memalukan...isk2..sangat memilukan dan terus terasa sangat emosi telah down sampai sekarang... tapi tetap happy macam biasa... :))

Friday, November 18, 2011

Saiful Nang Talk di Uitm Shah Alam

Gambar diambil dari Facebook Saiful Nang..
Talk percuma dari jutawan fotografi..
nak jugak degar macam mana jutawan bercakap..
pada yang belum kenal siapa Saiful Nang bolehlah klik sini



aku biasalah, dalam dewan pun haruslah bersongkok lebai...hehehe...lebai ke?





P/s- baru2 ni macam sangat palat! tapi best...zzzzzzzzzzz

Thursday, November 17, 2011

Trip to Melaka & Port Dickson

Secebis gambar tanda ingatan ke bandar Melaka dan PD untuk assignment yang tak ke mana...
the moment sangat ohsemmm!!
trip untuk semester yang dah nak hujung2..
nnati semua dah kerja entah2 dah tak dapat jumpa..
nak pergi lagi kalau berduit..haha
sebab tak sempat nak merasa makanan melaka yang sedap-sedap.
nak tengok gambar lagi silalah ke photo blog nih...momentkebal :)










tiba2 kena jadi penjaga pintu muzium..haha

kawan-kawan yang baik hati..:)

gelak besar di PD tanda penamat untuk semua ini..:)




Wednesday, November 9, 2011

Give a Wall Street Banker Enough Rope and He Will Hang Himself


Karya kontroversi yang disiarkan pada setiap malam di berita CBS, NBC dan FOX.
jom tengok apa komen diorang... hehe
sangat "ohsem" ok! 





P/s- sekarang ni kat mana2 pon ada je protes, hehe.. baru je ingat nak tutup blog nak protes sesuatu, tapi tak jadi la kot..hahaha..

Monday, November 7, 2011

sesi ceramah untuk akhlak terpuji!

     waaahhhh... sesi ceramah la pula...hahaha... *konon perasan ustaz..

     Orang paling bodoh, eh bukan! kawan paling bodo bila dia cerita kisah memalukan kat aku..haaa... teman wanita.. *aku pakai ayat baku na..hehe*... Ok, Teman wanita dia muntah masa tengah dating kat city plaza Aloq Setaq...hehe.. ni lawak ke sedih? ke memalukan? panas tak? panas tak? boleh pula dia cakap awek dia memalukan dan jijik.. macam BODO lah.. sepatutnya tak boleh macam ni... sebelum nampak aib dia bukan  main kau usung ke sana sini, konon awek kau tu paling cantek kat malaysia! tapi bila muntah sikit dah bising2 cakap jijik la apa la... memang buat aku panas hati.. memalukan je ada kawan macam ni...ni belum diijabkabulkan, kalau dah lepas bersama nanti tak tahu la apa nasib teman wanita dia, entah2 hari2 kena belasah sebab jijik! tak boleh la brader... kalau dah suka tu, baik buruk dia kau kena jaga, buruk jijik dia kau kena hadapi, segala aib dia kau kena simpan, sakit derita dia kau kena tolong pulihkan.. aku harap pasangan ni terus putus la, kesian kat teman wanita dia dapat teman lelaki yang BANGANG macam tu... ok.. sesi luahan kegeraman dah selesai...:) 

kalau isteri kamu muntah macam ni rasa2 jijik tak? pergi terjun bangunan la kalau rasa jijik!
sakit, perit, dugaan, derita, ajal, maut semua di tangan tuhan, bukan dia yang mintak,
so take care la pasangan kamu baik2...
jaga aib setiap pasangan isnyaallah hidup aman...:))


Eh! SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA...:))
lupa pula nak wish hari raya ni, buzy sangat makan rendang.....:))


p/s- hari ni gua nak luah perasaan... bagi ceramah sikit... agak2 gua ada bakat jadi ustaz tak? penceramah bebas mungkin?

mencari segala hasil leteran aku di sini