Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Sunday, May 1, 2011

usia...

Usia semakin tua...

pok cik tua dari google....
satu hari nanti semua lelaki yang kacak macho macam mana pon akan jadi macam ni...
so, bersyukur la dengan apa yang ada...:)

      Sekarang baru aku sedar yang umur aku semakin meningkat dewasa, ok... aku rasa dalam ramai2 follower yang follow blog ni, just 20% saja yang kenal aku kat dunia luar.. bagi sesetengah orang kat luar maybe aku ni annoying la kot.. hahaha.. suka kacau orang, bergurau tak kena tempat, pandai berdikari, bijak pandai, kerajinan yang teramat sangat serta kecomelan yang melampau... kah3, terima kasih kerana membaca...  ngehehehehhh...

Ok, sudah2...sekarang ni aku dah mula risau, yolahh.. usia dah makin tua, muka dah ada jalur2 garisan yang orang kata nampak makin hensem  dewasa konon.. misai dengan janggut jangan cakap la.. letih aku nak shaving... kadang2 aku biar je berjambang muka aku ni, baru orang kata muka aku macam Hugh jackman, ni tak asyik macam fahrin ahmad je... bosan aku... kah3... ok, aku merepek lagi... sebab aku mula risau ialah sem ni aku ada internship training, praktikal yok.. aku memang suka kerja waktu cuti2 semester ni, tapi kali ni aku rasa risau yang amat sangat, yelah, company yang aku nak praktikal ni company yang buat advertising dalam motion graphic, so diorang nak aku belajar adobe after effect dalam masa cuti ni,, adoii, cuti berapa hari la sangat... aku pon tanya lah encik google yang bijaksana, nasib baik jumpa tutorial kat video copilot... boleh belajar basic sikit.. masalahnya tutorials ni bosan.. hahhaha. tapi aku terpaksa la bersengkang mata... (sengkang la sangat, baru tadi ko pergi karok)

sekarang aku tengah bertungkus lumus tengok tutorial nak belajar software ni, dengan usia yang makin tua baru la aku sedar otak aku makin lembab, selembab lappy aku yang da berusia 3 tahun ni, maybe aku kena luangkan masa dengan alam semula jadi.... baru la otak menjadi-jadi... hahahah...tak boleh jadi ni... ingat nak pegi camping cuti ni, tapi ramai lak sahabat2 yang belum balik.... semua tengah final.. aku je yang sesat balik awal.. hahahhahah... member aku suh training otak, dia suruh tengok video clip drama swasta Anwar Ibrahim, hahahaha.. aku google, tak jumpa la pulak... ngehehehehhh.. bukan apa, dia cakap perut anwar ada 6pack.. kah3... muntah hijau aku gelak...bodoh betul... best kan main politik.. agama ke mana, siap kucar kacirkan hidup orang, lepastu siap orang tolong buat video lucah celaka lagi.. hahahhaa... opss... hahahahhh...

Baru sekarang aku sedar susah nak kerja dengan company advertising ni, praktikal pon macam2 dia mintak, kalau dah mula kerja nanti macam mana pon aku tak tau la... udah la elaun sikit... ngahaahhaahhh... ni baru praktikal, kalau dah grad nanti nak ke kerja makan gaji lagi? setakat rm1k lebih2 sikit tu... memang cukup2 makan je la... so, aku kena buat sesuatu before nasik jadi bubur... banyakkan la skill (skill apa tu)... yang pasti banyakkan kerja part-time nuffnang ... pendek kata banyakkan duit... baru dapat superbike baru, camera baru... dan nanti nak kahwin tak payah mintak duit dengan orang tua... kah3...


p/s- entri ni dibuat masa aku tengah mengelamun bosan tengok tutorial celaka, esok nak lari... kasut rosak la pulakkk,,, arggghhhh!!! i need moneeeyyyy!!!!.....:)

mencari segala hasil leteran aku di sini