Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Tuesday, May 3, 2011

Iklan jawatan kosong (khas untuk anda)









JAWATAN KOSONG (TEMUDUGA TERTUTUP)





Temuduga Sebagai “CALON JENAZAH”

Semua Calon Sama Ada Berminat Atau Tidak berminat Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian.

Kekosongan Jawatan:

1. Ahli Syurga Dari Awal.
2. Ahli Neraka Dari Awal.
3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)

1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.

Tarikh Temuduga:

Bila-Bila Masa Secara Terus Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.

Lokasi Temuduga:

Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).

Kelayakan:

Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.

Panel/Penemuduga:

Mungkar Dan Nakir.

Enam Soalan Persediaan (BOCOR):
1. Siapa Tuhan Anda?
2. Apa Agama Anda?
3. Siapa Nabi Anda?
4. Apa Kitab Anda?
5. Di Mana Kiblat Anda?
6. Siapa Saudara Anda?

Cara Memohon:

Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.

Kepada Para Calon Dikehendaki Bersiap Sedia Dari Awal Kerana Mungkin Anda Calon Seterusnya!!! 


P/s- entry ni dicopy tanpa segan silu dari mindproject.... benda baik itu haruslah dikongsi bersama...:)

No comments:

mencari segala hasil leteran aku di sini