Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Saturday, May 7, 2011

Burning calories(kalori) in the fast way

Tamau merepek banyak, kali ni aku nak share tips baik punyaaa... enjoyyy....

Apa itu kalori/calorie? 
-Kalori adalah tenaga yang disimpan dalam makanan... tenaga ini yang diukur dalam unit kalori... pembakaran kalori amat diperlukan oleh tubuh yang normal... pengambilan kalori haruslah seimbang dalam kehidupan seharian... lemak makanan sangat sukar dihadam jika kalori yang diambil dalam badan berlebihan, ini yang menjadikan seseorang itu bertambah berat badannya...

Adakah kalori berbahaya?
kalori tidak berbahaya, badan kita memerlukan kalori sebagai tenaga..tapi jika kalori yang diambil dalam badan berlebihan ia boleh menyebabkan pertambahan berat badan... orang yang melakukan aktiviti sukan membina badan memerlukan kalori yang berlebihan... dan juga protin serta air yang secukupnya...

5 cara membakar kalori dengan pantas
kalori dapat dibakar dengan mudah jika kita tahu mengambil cara yang betul.. ini dapat mengelakkan pelbagai masalah kesihatan dan masalah obesiti... meh usha tips2 ikhlas dari aku...:D

1. Membina otot.
Cara yang paling pantas untuk membakar kalori dan lemak dalam badan ialah dengan latihan membina otot... latihan beban merupakan cara yang paling efektif untuk membakar kalori... tak perlu terlalu banyak, hanya 3 kali seminggu melakukan latihan beban selama 20 minit sudah cukup untuk membakar kalori dan menghapuskan 'lemak tepu' di samping dapat membina otot... badan korang juga akan menjadi bertambah cantik... tak semestinya korang mesti ke gym untuk latihan otot, gunakan segala benda sekeliling korang jika boleh, botol air pun boleh digunapakai... untuk latihan tanpa ke gym, meh tengok video ni... untuk gadis2, latihan ni boleh juga dilakukan, tak hilang lah korang punya kewanitaaan tu, lagi cantik badan adalah.. haha..:)


2. Sentiasa bergerak
badan yang sentiasa bergerak akan membuat otot sentiasa bekerja, ini boleh meningkatkan jumlah pembakaran kalori... set kan otak korang untuk sentiasa bergerak... contoh latihan yang membuatkan korang sentiasa bergerak walaupun sedang berehat ialah seperti hentakkan kaki, gerakkan kepala dari sisi ke sisi, sentiasa bertukar kedudukan semasa duduk, gunakan toilet tingkat atas, parking kereta di tempat yang jauh, selalu berjalan, berdiri semasa bercakap telefon, gerakkan jari2 seperti bermain drum, dan banyak lagi... dan yang paling penting ialah set dalam otak untuk selalu bergerak..

3. makan makanan pedas
ada kajian yang menunjukkan bahawa makanan pedas terutama cili dapat meningkatkan kadar metabolisme hingga 50% selama masa 3 jam selepas korang makan makanan pedas.. sama lah seperti minuman yang mengandungi kafein, sebelum latihan senaman elok minum kopi dan waktu pagi rajinkan diri minum teh terutama teh hijau...

4. Latihan aerobik
latihan aerobik juga amat mudah untuk membakar kalori dengan cepat dan banyak untuk beberapa jam, cubalah latihan berjalan kaki secara cepat, langkah aerobik, jogging, berbasikal atau berenang sekuran2nya 3 kali seminggu...

5. Makan sedikit tetapi makan secara kerap...
ini untuk makanan ringan sahaja, kalau makanan berat yang berkalori tinggi mungkin agak sukar untuk dihadam walaupun untuk jangkamasa panjang bergantung kepada jenis badan manusia, diet manusia berlainan ok... tak semestinya diet seseorang yang berjaya kurus atau bina badan dapat diikut oleh orang lain secara berkesan...



P/s- jagalah kesihatan diri anda, pesanan bersama untuk korang dan juga aku (kalo ada salah silap sila betulkan yea otai2 fittness )...:D

No comments:

mencari segala hasil leteran aku di sini