Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Monday, May 23, 2011

Alien abduction

Pernah dengar orang hilang tiba2?
pernah dengar alien?
pernah dengar UFO?
selalu benda2 ni popular kat area negara2 barat...
tahu tak apa tu alien abduction?
alien abduction ni macam penculikan manusia la, orang2 barat ni percaya yang manusia2 yang hilang ni selalunya diculik oleh alien...
dan selalunya orang2 yang hilang ni akan muncul balik dan orang ingat alien la yang culik...
bwahahahaha.. sangat lawak...

selalunya kalau kes macam ni jadi kat orang melayu ni selalunya disabitkan dengan makhluk halus, lebih tepat lagi bunian, biasa la manusia termasuk ke alam ghaib, cerita orang2 melayu...
betul ke tak tu wallahualam la... aku pon tak tau...
tapi yang pasti kita orang islam kena percaya perkara2 ghaib, tak payah aku terangkan, p buka balik buku agama, tanya ustaz dan ustazah, pergi ceramah, pergi usrah... eh?...ok, sudah... nanti aku cerita terus terpesong akidah korang.. hahaha


tapi yang pasti dalam tv series Roswell pon ada cita pasal alien abduction ni..
hahahah.. *aku paling minat tv series roswell ok..
sebenarnya Roswell ni terletak kat New Mexico, tempat konon2nya ufo terhempas...


ok, sebenarnya alien abduction ni hanyalah title untuk gambo yang aku sunting ni... hehe.. sunting ialah makna bagi ayat yang orang selalu pakai, 'edit'... aku nak sebut sunting apa hal la sangat kan, konon nak kemelayuan la...hehe..

gambo ni shoot dah lama, sunting baru tadi dalam office... hehee
semalam layan balik roswell seasons 3... time kerja tadi kat office tersangat-sangat la free... langsung tak ada job hari ni, nak hilangkan bosan asyik surf tenet je, naik bosan gak, terus cari godek gambar lama, lepas tu jumpa gambar ni, terus sunting  dan dapat title ni dan terus upload ke flickr dan balik rumah terus upload ke entri blog dan terus la korang tengok kat sini dan memang banyak perkataan terus kat sini... hehehe...:)




P/s- bila budak praktikal tak ada kerja dalam office, konon macam bekerjaya, hehehe... ops esok da pindah ke office lain, kat i-city, dah tak lepak kat main office....:)





mencari segala hasil leteran aku di sini