Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Tuesday, May 3, 2011

10 benda yang anda boleh buat sebelum MATI

     Semua orang dalam dunia ni mesti mati... yeahh.. mesti... mati merupakan satu kemestian... so, sebelum seseorang tu mati dan dah tahu yang dia nak MATI, ni aku suggestkan korang buat benda2 ni....

1. Panjat gunung yang tertinggi dan tercabar di dunia... kan best sebelum mati dapat dok tempat yang tinggi dan mencabar...

2.Masuk hutan... hidup secara primitif dalam sebulan tak pun 2 atau 3 minggu... rasakan pengalaman hidup dengan nature gituww...

3. Travel 1 dunia dengan basikal... kenapa dengan basikal? sebab senang nak angkut kalau nak ke negara lain...

4. Makan segala makanan kat tempat paling mahal kat dunia... kalau ada duit la...

5. Habiskan saki baki duit dalam bank... ni pun kalau ko tu sorang diri la... kalau ada anak2 buat macam ni memang aku terajang...

6. Buat kerja amal... derma darah... tolong orang gali kubur, mandi jenazah.. ehekksss...

7. Bergaduh dengan singa, tak pun harimau... hehehe... baru nampak macam worrior... aku suggest tiger kat zoo negara.. kat situ jinak la sikit kot... kalo kat hutan garang2 bhaii.. hahahha

8. Hisap seberapa banyak rokok yang korang nak... ko dah nak mati, tak kesah la hisap makanan jin tu banyak2 pun kan? hahahhaahhh

9. Tulis segala benda yang korang dah buat dalam 1 diari.. mana tau nanti boleh jadi jurnal.. anak cucu cicit korang boleh jual takpun tulis blog... dapat untung... bwahahahahhhh

10. Ok, ni yang sebenarnya patut korang buat...BERIBADAH... dah tau diri nak mampos tu pandai2 bertaubat.. jangan nak enjoy sangat... ingat tuhan... mati tu nak jumpa sapa kena ingat... bukan keseronokan duniawi yang nak bawa pergi, amalan yang nak kena bawak... so, selamat beramal la yeahh.. chill...






P/s- sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan....:) (peringatan untuk semua dan aku sekali...:D)

No comments:

mencari segala hasil leteran aku di sini