Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Friday, April 22, 2011

Samseng tembak, culik depan 50 pelanggan

berita ni dicopy dari bharian online....


ULU TIRAM: “Saya mahu Lam Seng”! jerit seorang lelaki dalam bahasa Kantonis, ketika dia bersama dua rakannya, masing-masing bersenjatakan pistol menyerbu masuk kedai kopi dipenuhi 50 pelanggan dekat Puteri Wangsa, semalam.

Tindakan penjenayah yang memakai balaclava itu melepaskan tembakan secara rambang ke siling kedai ketika mendekati meja yang diduduki lima lelaki, membuatkan pelanggan tergamam sebelum bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari di Jalan Beladau 19 itu, tiga penjenayah terbabit kemudian mengheret seorang lelaki yang duduk di meja berkenaan mengikut mereka.

Seorang pekerja kedai kopi itu yang enggan namanya disiarkan, mendakwa empat rakan mangsa cuba menghalang penjenayah terbabit tetapi tindakan suspek melepaskan tembakan membuatkan mereka tidak berani melawan.

“Mangsa diheret seorang suspek yang merangkul lehernya, manakala dua lagi mengacu pistol ke arah rakan mangsa supaya tidak cuba melakukan sesuatu.

“Mangsa dipaksa masuk kereta Proton Gen2 berwarna perak yang diletakkan selang satu kedai dari kedai kopi ini. Pemandu kereta itu kemudian memecut melarikan mangsa,” katanya. 
Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan yang tiba di lokasi itu kemudian mengambil salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kedai bersebelahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, turut meninjau lokasi kejadian itu jam 4 petang enggan mengulas mengenai kejadian itu kerana kes masih dalam siasatan. 




P/s- aku rasi ni pengaruh movie ni, tengok la movie2 gangster yang makin lama makin banyak kat malaysia ni, macam orang kita tak mampu nak lahirkan movie yang bertauliah dan ada isu yang kreatif,,.. otak manusia yang tak seberapa ni kalau diserap elemen2 gangsterism ni habislah... takkan nak tunggu negara kita jadi macam negara niggar tu...  kesian aku tengok orang2 yang nak jadi gangster ni, eh, baik korang ikut aku p camping lagi bagos la dari buat benda2 macam ni.....:(

No comments:

mencari segala hasil leteran aku di sini