Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Friday, April 29, 2011

dah TAmAT

     Alhamdulillah, syukur sangat2 aku telah berjaya habiskan semester 4 ni dengan selamat... hehehh.. setelah aku berjaya menempuh cabaran yang menggunung, hahahh, ciss, cabaran la sangat, asyik tidoq je aku sem ni, ahahaha... Ok, disebabkan aku mula bosan bila dok kat umah sedara aku ni, aku nak merepek kat sini la ye, tak salah kan? blog aku, sukati la kan.. hehee... tak sabar aku nak balik rumah ni, ingat nak ke merbok kedah sekejap, jumpa bangsat2 merangkap membe2 kat kedah, hahahaa... paling dirindu mestilah roomate2 aku dulu... kalo jumpa aku nak pukul sorang2 kasi hensem, kah3... betul, kalo jumpa aku nak tumbuk  korang sorang sekali je, boleh tak mr. H... hahaha.... kao orang 1st weyh, coz kao ada 6pack (konon), lepastu rompak, deen, aka, ren, sepet n bla bla blaaa... bnyk sangat kot roomate aku? hahahaa....

Heeee, bosan kan aku membebel? macam makcik2 punya BELOG kan, yo la, bila kat umah sedara aku kena jaga tingkah laku aku ni, konon macam lelaki melayu nusantara terakhir, diam je control macho, tu yang aku banyak merapu dalam blog aku hari ni, hehehh biasa la anak bujang mak yang paling henshheeemm... apa? aku tak hensem? (eh, makcik umah sebelah sedara aku ni datang melawat semalam, dia siap cakap muka aku macam FAHRIN AHMAD! sumpah tak tipu!) hahaha... sumpah kembang bontot aku... siap dia kata kalo anak dia besar nk kawin kan ngan aku, ngehehehehhh.. Aaaarrgghhhh.. persetan semua durjana ni... realitinya aku tau dia saja nak ambik hati aku.. hahahaa.. (tapi telinga aku memang comel, tak dapat dinafikan, memang kalah si Fahrin tu)

Ok, berkenaan masalah bagai dalam otak aku 2 3 hari ni aku dah buang, balik kampung ni mungkin aku akan bersua dengan masalah (minah) ni balik.. tp aku da ada jalan pnyelesaian, buat2 macam bodo je... kah3... keluar main bowling sama2 mungkin, tapi just sebagai kawan la, tamau lebih2 lagi, mampos la hang dah macam mana skrang ni.. nanti aku yang merana macam celaka!...Alamak duit aku dah nak kering, harap2 sahabat baik aku supply kt aku kali ni.. hahahahh... wahh, banyak aku merepek kali ni.... tak puas lagi ni... banyak aku nak merapu sebelum aku bertolak balik ke rumah, bila dah sampai nanti kompem2 aku tak lekat kat rumah nanti... yang pasti aku nak camping ngan sahabat2 aku selama mungkin, maybe nak panjat gunung kot.. kah3... macam tak sempat je... tapi sumpah aku rindu nak camping dalam hutan lagi... buangkan benda2 yang jiwang2 ni.. (bak kata kening la...).. aku nak buang jauh2 dalam hutan belukar tu.. hahahaa...

Banyak betul benda jadi sem ni, yang happy banyak sebenarnya, dan yang perit tu sikit je, tapi lumrah manusia la kan kurang bersyukur, hehehh... banyak benda yang buat aku hilang sabar semester ni, naseb baik iman masih ada dalam dada ni... dan yang terbaru ada orang pertikaikan title aku dan membe aku sebagai ANAK KAMPUNG, wth, wtf and wwf... apa dia ingat orang kampung sekarang macam dulu2 ke? dia ingat kalau kampung ni kolot sangat ke? weyh, even kat kampung pun ada tenet la, nenek aku pon dah pandai online nak sembang ngan cucu2 dia... kalo dia nak kata orang kampung ni kolot sebab ramai yang miskin tu lagi la aku panas, aku tengok ramai je orang kat area yang konon bandar ni merempat, rumah je besar tapi penuh masalah kewangan, orang kampung aku ramai kaya-raya la beb, rumah sebelah aku tokey lori la bhaii... lori 2 3 bijik, tanah luas, kau orang bandar apa je ada? tanah sewa? rumah bayar tak habis? kah3.. lawak la brader... tapi kat rumah aku tak ada la lori 2 3 bijik, mak aku bukan tokey beras... kah3.. tapi setakat ni hidup tak ada la nak merana bagai pon.. cukup je makan, dapat je enjoy, hepi je memanjang... lu orang perasan bandar kao macam london je la brader...bikin orang panas je.. bapak takpun datuk ko dulu pon aku rasa orang kampung sebelum tempat korang jadi bandar yang kononnya terlebih maju... perasan je lebey... orang macam ni patut aku pukul je puas2, tu kalau ikutkan hati yang penuh dengan setan durjana ni la, kalau aku pukul dia pun dah tentu patah riuk dia... huahahahhh... malas nak layan orang macam ni, nanti tak pasal2 aku terbunuh orang, baran aku ni jangan dibawak main walaupun aku ni muka comel2 cool gitew... ahakssss....

Btwy...bila hari ibu? aku tak pernah tau bila hari ibu? mother's day tu bila sebenarnya... SUMPAH AKU TAK MAU TAU... sebab bagi aku SETIAP HARI MERUPAKAN HARI IBU bagi aku!!! walaupun aku tak perbah menzahirkan kat bonda aku tapi realitinya memang macam ni... hari2 memang hari ibu bagi aku... setakat setahun sekali nak meraikan ibu apalah sangat, hari2 mak hang raikan hang, tapi dalam doa la, tak percaya? tanya la sendiri.... aku bukan ibu, bapa pon belum..hehehh... hari bapa? aku tak payah raikan la kot, korang je lahh.. aku tak pernah belajar apa2 pun dari dia... hehehh.. full stop here...

Ok, cuti ni aku kena cari inisiatif lain untuk cari duit lebih, memandangkan aku kena praktikal dan tak dapat buat duit macam biasa, wedding yang aku kena cover pon kena waktu aku praktikal, urggghhhh.. duit tu duittttt.... baru ingat nak sambar bagpack national geographic sebijik cuti ni... harap2 cuti 2 bulan lepas internship ni ada wedding nak aku shoot lagi... eh eh eh eh eh.... baru aku perasan yang aku dah terlebih sangat merepek kat sini.. wahhh.. sapa yang baca entry aku ni dari awal sampai habis memang thebest la korang.... aku pon nak baca balik dah ngantok.. hahahaha... selamat maju jaya... semester ni berakhir dengan aman walaupun sedikit kucar-kacir disebabkan mulut2 durjana manusia celaka... hahaha..


P/s- walau apa pun yang jadi aku tetap tak malu mengaku aku BUDAK KAMPUNG.... lisa surihani tak pernah pon kesah, korang lak nak sebok lebih2... harraaaaaaaaaammmmmmmmmmm.....:D

No comments:

mencari segala hasil leteran aku di sini