Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Saturday, April 30, 2011

mari buat duit dengan jayanya

        Ok, hari ni aku bangun lagi awal2... sebab apa? tentu la nak solat subuh.. apa ke bangang nya, tu pon tak tau? haaiiissshhhh, jahil betul la.... ok, ilek2, cool, jangan pangkah kotak kecik kat atas belah kanan tu lagi... ada hal aku nak bagitau korang....

ok... aku rasa blog aku dah makin menyepi semenjak aku jarang update ni... tapi jangan risau....hehe...Ok, berhenti merepek, sekarang aku nak kenalkan kat korang satu benda best, aku rasa ramai yang dah tahu benda ni...


yeahhh.. says.my... aku rasa ramai yang da tahu apa kegunaan says.my ni... ok, untuk yang tak tahu lagi senang cakap says.my ni macam nuffnang la, orang klik korang dapat duit...  tapi tak semestinya nak letak kat blog je, korang boleh post kat facebook, twitter dan macam2 lagi... so, silalah klik dan daftar, mudah kan tak keluar sesen pon, peluh pon tak keluar, duit pon masuk... nak daftar klik je kat gambo kat atas tu....

ok, ni aku petik sikit dari says.my tu...

SAYS.my is a community of social media users in Malaysia who love to share!

We love sharing cool stuff on Facebook, Twitter, and blogs... and if we get some extra money for doing so, even better! We also get to chat and connect with other Malaysian social media users too. Any Malaysian who uses social media can join us!


 p/s-petik kepala hut, aku kopi dan pasta saja... keh3.. so, jangan segan2 klik dan daftar.... kita share n dapat duit... senang kan.. sambil share sambil dapat duit... senang hati....:)

Friday, April 29, 2011

dah TAmAT

     Alhamdulillah, syukur sangat2 aku telah berjaya habiskan semester 4 ni dengan selamat... hehehh.. setelah aku berjaya menempuh cabaran yang menggunung, hahahh, ciss, cabaran la sangat, asyik tidoq je aku sem ni, ahahaha... Ok, disebabkan aku mula bosan bila dok kat umah sedara aku ni, aku nak merepek kat sini la ye, tak salah kan? blog aku, sukati la kan.. hehee... tak sabar aku nak balik rumah ni, ingat nak ke merbok kedah sekejap, jumpa bangsat2 merangkap membe2 kat kedah, hahahaa... paling dirindu mestilah roomate2 aku dulu... kalo jumpa aku nak pukul sorang2 kasi hensem, kah3... betul, kalo jumpa aku nak tumbuk  korang sorang sekali je, boleh tak mr. H... hahaha.... kao orang 1st weyh, coz kao ada 6pack (konon), lepastu rompak, deen, aka, ren, sepet n bla bla blaaa... bnyk sangat kot roomate aku? hahahaa....

Heeee, bosan kan aku membebel? macam makcik2 punya BELOG kan, yo la, bila kat umah sedara aku kena jaga tingkah laku aku ni, konon macam lelaki melayu nusantara terakhir, diam je control macho, tu yang aku banyak merapu dalam blog aku hari ni, hehehh biasa la anak bujang mak yang paling henshheeemm... apa? aku tak hensem? (eh, makcik umah sebelah sedara aku ni datang melawat semalam, dia siap cakap muka aku macam FAHRIN AHMAD! sumpah tak tipu!) hahaha... sumpah kembang bontot aku... siap dia kata kalo anak dia besar nk kawin kan ngan aku, ngehehehehhh.. Aaaarrgghhhh.. persetan semua durjana ni... realitinya aku tau dia saja nak ambik hati aku.. hahahaa.. (tapi telinga aku memang comel, tak dapat dinafikan, memang kalah si Fahrin tu)

Ok, berkenaan masalah bagai dalam otak aku 2 3 hari ni aku dah buang, balik kampung ni mungkin aku akan bersua dengan masalah (minah) ni balik.. tp aku da ada jalan pnyelesaian, buat2 macam bodo je... kah3... keluar main bowling sama2 mungkin, tapi just sebagai kawan la, tamau lebih2 lagi, mampos la hang dah macam mana skrang ni.. nanti aku yang merana macam celaka!...Alamak duit aku dah nak kering, harap2 sahabat baik aku supply kt aku kali ni.. hahahahh... wahh, banyak aku merepek kali ni.... tak puas lagi ni... banyak aku nak merapu sebelum aku bertolak balik ke rumah, bila dah sampai nanti kompem2 aku tak lekat kat rumah nanti... yang pasti aku nak camping ngan sahabat2 aku selama mungkin, maybe nak panjat gunung kot.. kah3... macam tak sempat je... tapi sumpah aku rindu nak camping dalam hutan lagi... buangkan benda2 yang jiwang2 ni.. (bak kata kening la...).. aku nak buang jauh2 dalam hutan belukar tu.. hahahaa...

Banyak betul benda jadi sem ni, yang happy banyak sebenarnya, dan yang perit tu sikit je, tapi lumrah manusia la kan kurang bersyukur, hehehh... banyak benda yang buat aku hilang sabar semester ni, naseb baik iman masih ada dalam dada ni... dan yang terbaru ada orang pertikaikan title aku dan membe aku sebagai ANAK KAMPUNG, wth, wtf and wwf... apa dia ingat orang kampung sekarang macam dulu2 ke? dia ingat kalau kampung ni kolot sangat ke? weyh, even kat kampung pun ada tenet la, nenek aku pon dah pandai online nak sembang ngan cucu2 dia... kalo dia nak kata orang kampung ni kolot sebab ramai yang miskin tu lagi la aku panas, aku tengok ramai je orang kat area yang konon bandar ni merempat, rumah je besar tapi penuh masalah kewangan, orang kampung aku ramai kaya-raya la beb, rumah sebelah aku tokey lori la bhaii... lori 2 3 bijik, tanah luas, kau orang bandar apa je ada? tanah sewa? rumah bayar tak habis? kah3.. lawak la brader... tapi kat rumah aku tak ada la lori 2 3 bijik, mak aku bukan tokey beras... kah3.. tapi setakat ni hidup tak ada la nak merana bagai pon.. cukup je makan, dapat je enjoy, hepi je memanjang... lu orang perasan bandar kao macam london je la brader...bikin orang panas je.. bapak takpun datuk ko dulu pon aku rasa orang kampung sebelum tempat korang jadi bandar yang kononnya terlebih maju... perasan je lebey... orang macam ni patut aku pukul je puas2, tu kalau ikutkan hati yang penuh dengan setan durjana ni la, kalau aku pukul dia pun dah tentu patah riuk dia... huahahahhh... malas nak layan orang macam ni, nanti tak pasal2 aku terbunuh orang, baran aku ni jangan dibawak main walaupun aku ni muka comel2 cool gitew... ahakssss....

Btwy...bila hari ibu? aku tak pernah tau bila hari ibu? mother's day tu bila sebenarnya... SUMPAH AKU TAK MAU TAU... sebab bagi aku SETIAP HARI MERUPAKAN HARI IBU bagi aku!!! walaupun aku tak perbah menzahirkan kat bonda aku tapi realitinya memang macam ni... hari2 memang hari ibu bagi aku... setakat setahun sekali nak meraikan ibu apalah sangat, hari2 mak hang raikan hang, tapi dalam doa la, tak percaya? tanya la sendiri.... aku bukan ibu, bapa pon belum..hehehh... hari bapa? aku tak payah raikan la kot, korang je lahh.. aku tak pernah belajar apa2 pun dari dia... hehehh.. full stop here...

Ok, cuti ni aku kena cari inisiatif lain untuk cari duit lebih, memandangkan aku kena praktikal dan tak dapat buat duit macam biasa, wedding yang aku kena cover pon kena waktu aku praktikal, urggghhhh.. duit tu duittttt.... baru ingat nak sambar bagpack national geographic sebijik cuti ni... harap2 cuti 2 bulan lepas internship ni ada wedding nak aku shoot lagi... eh eh eh eh eh.... baru aku perasan yang aku dah terlebih sangat merepek kat sini.. wahhh.. sapa yang baca entry aku ni dari awal sampai habis memang thebest la korang.... aku pon nak baca balik dah ngantok.. hahahaha... selamat maju jaya... semester ni berakhir dengan aman walaupun sedikit kucar-kacir disebabkan mulut2 durjana manusia celaka... hahaha..


P/s- walau apa pun yang jadi aku tetap tak malu mengaku aku BUDAK KAMPUNG.... lisa surihani tak pernah pon kesah, korang lak nak sebok lebih2... harraaaaaaaaaammmmmmmmmmm.....:D

Tuesday, April 26, 2011

Speaker yang unik untuk iPhone

Speaker yang mudah digunapakai untuk iPhone yang canggih manggih ni, rekaan sangat unik dan sesuai untuk suasana yang moden gituw.. hahahhh... siapa yang ada iPhone tu mari la tengok... heyy yooohhh...


#Bone collection horn stand


#Phonofone III





#Griffin Aircurve Play



#Koostik




#Tembo Trunks




#Arkcanary







P/s- semua lawa2 meh... nasib baik aku tak ada iPhone.. hehehhh.....:)

Saturday, April 23, 2011

Mari selamatkan bumi!

Setiap hari:


  • Toxic gases are emitted
  • Forests are burnt
  • Endangered animals are skinned
  • Mountains are blasted
  • Ice caps melt away
  • The ozone layer thins

22nd April 2011 - begin Earth Day with an urgency.
Our common home is deteriorating under the destructive hands of mankind. Not one day goes by without the earth suffering from a new high rise building or suffocating gases.
Find out what events are happening near you today and start walking the talk!
As Michael Jackson sings it best :
"I'm starting with the man in the mirror, i'm asking him to change his ways, no message could have been any clearer! If you wanna make the world a better place, take a look at yourself, and make the change...
untuk lebih informasi sila klik di -sini-

Friday, April 22, 2011

Samseng tembak, culik depan 50 pelanggan

berita ni dicopy dari bharian online....


ULU TIRAM: “Saya mahu Lam Seng”! jerit seorang lelaki dalam bahasa Kantonis, ketika dia bersama dua rakannya, masing-masing bersenjatakan pistol menyerbu masuk kedai kopi dipenuhi 50 pelanggan dekat Puteri Wangsa, semalam.

Tindakan penjenayah yang memakai balaclava itu melepaskan tembakan secara rambang ke siling kedai ketika mendekati meja yang diduduki lima lelaki, membuatkan pelanggan tergamam sebelum bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari di Jalan Beladau 19 itu, tiga penjenayah terbabit kemudian mengheret seorang lelaki yang duduk di meja berkenaan mengikut mereka.

Seorang pekerja kedai kopi itu yang enggan namanya disiarkan, mendakwa empat rakan mangsa cuba menghalang penjenayah terbabit tetapi tindakan suspek melepaskan tembakan membuatkan mereka tidak berani melawan.

“Mangsa diheret seorang suspek yang merangkul lehernya, manakala dua lagi mengacu pistol ke arah rakan mangsa supaya tidak cuba melakukan sesuatu.

“Mangsa dipaksa masuk kereta Proton Gen2 berwarna perak yang diletakkan selang satu kedai dari kedai kopi ini. Pemandu kereta itu kemudian memecut melarikan mangsa,” katanya. 
Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan yang tiba di lokasi itu kemudian mengambil salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kedai bersebelahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, turut meninjau lokasi kejadian itu jam 4 petang enggan mengulas mengenai kejadian itu kerana kes masih dalam siasatan. 




P/s- aku rasi ni pengaruh movie ni, tengok la movie2 gangster yang makin lama makin banyak kat malaysia ni, macam orang kita tak mampu nak lahirkan movie yang bertauliah dan ada isu yang kreatif,,.. otak manusia yang tak seberapa ni kalau diserap elemen2 gangsterism ni habislah... takkan nak tunggu negara kita jadi macam negara niggar tu...  kesian aku tengok orang2 yang nak jadi gangster ni, eh, baik korang ikut aku p camping lagi bagos la dari buat benda2 macam ni.....:(

Perasaan

     Kali ni post ni bersikap peribadi sikit,, kalo bosan,tak payah baca aku merepek ni sebab tak mendatangkan faedah kat sapa2 pon...tapi ada aku kesah? hahahahhh...memandangkan aku tak suka cerita problem aku kat orang (sebab bukan boleh setel pon, lagi beban ada lah), so aku post la kat sini... minggu ni aku macam ada masalah yang langsung tak besar bagi orang lain, tapi sangat besar bagi aku, memang mengganggu pemikiran.. macam kisah lama aku nak mula balik.. perasaan ni sebenarnya mat2 bunga je yang tahu, hahahahhh... bukan golongan aku.. sebenarnya otak aku penuh dengan ex aku yang sekarang dah makin hot tu, (cis, persetan dengan hot, kat neraka lagi hot)... sebab entah macam mana aku dapat contact number dia balik, lepas tu benda2 lama ni asyik main2 kat otak kusut aku ni..ni je pon...macam lawak..otak aku terlebih memikir....asyik terbayang2...tak nak abeskan kredit aku jawab benda2 typo dalam fon kolot aku ni, arrgghhhhh... malas betul aku nak memikir benda2 yang tak berfaedah macam ni.. dalam keadaan otak memikir benda macam ni aku terus bangun pagi2 buta terus berlari satu tasik! yeahhh..dua round je pon dah semput, dah lama aku tak berlari,, macam ni la cara aku nak hilangkan stress, lari laju atau naik moto laju2 sampai tempat yang jauh..., (jangan tiru, baik korang solat dan berdoa, terus hilang stress)...hehehh... bahaya kot...walaupun dah janji dengan rakan2 nak berbasikal kat taman pertanian... dari malam tak makan terus berlari selaju mungkin kat tasik lepas tu ke cerakah berbasikal yang memang advanture dan terus ke puchong teman rakan cari company praktikal... penat sangat, nasib baik ada rakan yang sangat baik memasak dan makan sama2 kat cerakah.... sangat sedap dan seronok walau ada benda bersarang dalam otak...yela otak aku dah bersarat dengan benda2 perasaan ni, kepala hotak aku memang lembab sikit nak terima benda2 yang khas untuk mat bunga ni.. hehehh... sebenarnya aku takut nak memulakan balik benda2 macam ni, malas nak cari pasal...sampai kan mungkin ada hati yang aku terlepas pandang... mungkin yang dekat dengan aku... pergghhh.. ayat macam dalam novel yang aku tak pernah baca... hahahahhkkhh... aku nak cerita lebih2 nanti ada yang tak suka.. tapi ada aku kesah? hehhh!




P/s- aku pun tak tau apa yang aku tulis ni..... terus taip tak fikir apa2... nak luahkan kat sini je kot yang boleh, kat orang memang tak mungkin la aku nak cerita lebih walaupun sahabat baik aku, jarang aku nak cerita benda2 karat macam ni...kantoi kat dua tiga sahabat aku yang ada follow aku...hahahh so, sapa yang baca ni bertuah la kononnya... kah3... udah2, letih aku mengarut banyak2... baik aku layan Roswell lagi baekk........

Make Malaysia as the Facebook capital of the world

     Adakah korang semua tahu, Malaysia merupakan negara yang rakyatnya paling ramai menghabiskan masa di Facebook. Rakyat Malaysia juga merupakan yang terbanyak mempunyai rakan di facebook. Sertailah gerakan ini untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat Facebook sedunia. Semuanya melalui LIVE FB PARTY yang dibawakan oleh DIGI.... Sila klik di sini untuk maklumat lanjut... -klik-


Wednesday, April 13, 2011

sebab buat blog

       Ada orang ni tanya aku kenapa buat blog? hahaha.. lawak.. gelak je aku boleh bagi..

Nak cerita kisah hidup? macam la aku baru lepas sampai ke angkasa macam angkasawan yang hensem2 tu nak jaja cerita kat orang,
Nak bagitau orang kisah cinta? memang haprak la, aku kapel konon bercintan mintan ni pun tak sampai dua bulan, biasa la orang tak pandai ayat bunga-bunga ni, tak hensem lak tu...hehehh..
Nak cari duit lebih? nuffnang? hahahahah.. berapa banyak sangat la boleh dapat dengan tunggu orang kelik2 ni.. tapi kalau dapat bagus la.. keh3
Nak cari ramai kawan? ciss, facebook lagi senang dapat kawan la.. lawan senang la dapat... hahahaha
Nak share informasi dengan orang lain? aku sendiri pun tak cukup informasi...
Nak buat blog lucah? ohh sori.. aku tak reti nak lucah2 bagai ni.. ahaks
Nak buat cita lawak? alamak, aku buat lawak orang marah ada la kot...

So, apa sebab aku buat blog ni?? aku pun masih blur lagi... pendek kata aku buntu!!!
dan bila aku buntu aku pun pergi dekat member baik aku, encik Google...
aku taip buntu dan apa yang keluar? ni yang keluar..............
...........................saksikan............................
..................................


Pergghhhh.. terus terliur aku, bukan buntu yang keluar, sup buntut yang keluar, ada lagi benda lain yang keluar, biasa la encik Google ni memang lucah kan... taip apa2 pun dia keluar yang 18sx....... 

P/s: nanti bila aku ingat kat awek lama aku nak taip nama dia la, maybe keluar dia dalam bentuk 18sx kot... bwahahahahahahahahhaha.....ok, joke~:D


Sunday, April 10, 2011

Projek Akuma production~ teaser

    mari-mari melawat kami... jom tengok proses2 asignment group Akuma yang best ni... jangan lupa follow blog kami dan like facebook Akuma production ok....:)

watak utama~ Hiro.. ni preview only.. so, jangan lupa tengok trailer yang akan siap nanti...



Balaci2 jahat dalam animation kitorang.. hehe..^ ^


P/s; jangan lupa ya, Follow blog kitorang dan like facebook kitorang gak... terima kasih semua...:D

mencari segala hasil leteran aku di sini