Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Wednesday, March 30, 2011

Jackie Chan meninggal dunia









NEW DELHI: Aktor terkenal Hong Kong, Jackie Chan, menjadi mangsa terbaru penipuan kematian menerusi Twitter apabila dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung. 

‘RIP Jackie Chan’ antara topik paling popular dalam perbualan menerusi Twitter dan Google, semalam.Semuanya berpunca daripada laporan palsu yang difail menggunakan artikel Cable News Network (CNN) yang juga dipalsukan pemilik blog bernama Skiphopz sekali gus mencetus khabar angin kematian pelakon berusia 56 tahun itu.
Malah, ia juga menggunakan ulasan Presiden Barack Obama memberi penghormatan terakhir kepada aktor itu. 

“Jackie Chan berbakat besar dan mengingatkan kita mengenai kekuatan sifat kemanusiaan. Beliau akan kekal di hati kita, memberi inspirasi kepada generasi akan datang.” 

Artikel itu dibuat menggunakan perkhidmatan tanpa nama percuma secara online, membenarkan pengguna mencatat kod HTML code dan mencipta semula sebuah laman web tanpa identiti. 

Apapun, pelakon aksi terkenal itu nyata masih hidup dan bakal menemui peminat menerusi filem 1911 lewat tahun ini. – Agensi 







P/s- sumber ni dari berita harian... hahaha.. lawak la orang yang sebarkan berita palsu ni.. kempunan la aku nak tengok aksi-aksi martial artist lagenda ni nanti, aku memang suka skil jackie chan bukan chibi maruko chan....:D

5 comments:

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

banyak sangat orang menipu kematian skrng ni..ish2

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad said...

betul tu... ramai juga yang percaya bulat2...:(

[a r n e e f a r z a n a] said...

sian cik jackie. btw ade entri bru kat blog .check la :) http://kickmystomach.blogspot.com/

Bakri Hussin said...

follow sini malam nie jgn lupa follow balik ok

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad said...

arnee: sian dia kan..:D

bakri: insyaallah...:D

mencari segala hasil leteran aku di sini