Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Wednesday, March 30, 2011

Jackie Chan meninggal dunia









NEW DELHI: Aktor terkenal Hong Kong, Jackie Chan, menjadi mangsa terbaru penipuan kematian menerusi Twitter apabila dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung. 

‘RIP Jackie Chan’ antara topik paling popular dalam perbualan menerusi Twitter dan Google, semalam.Semuanya berpunca daripada laporan palsu yang difail menggunakan artikel Cable News Network (CNN) yang juga dipalsukan pemilik blog bernama Skiphopz sekali gus mencetus khabar angin kematian pelakon berusia 56 tahun itu.
Malah, ia juga menggunakan ulasan Presiden Barack Obama memberi penghormatan terakhir kepada aktor itu. 

“Jackie Chan berbakat besar dan mengingatkan kita mengenai kekuatan sifat kemanusiaan. Beliau akan kekal di hati kita, memberi inspirasi kepada generasi akan datang.” 

Artikel itu dibuat menggunakan perkhidmatan tanpa nama percuma secara online, membenarkan pengguna mencatat kod HTML code dan mencipta semula sebuah laman web tanpa identiti. 

Apapun, pelakon aksi terkenal itu nyata masih hidup dan bakal menemui peminat menerusi filem 1911 lewat tahun ini. – Agensi 







P/s- sumber ni dari berita harian... hahaha.. lawak la orang yang sebarkan berita palsu ni.. kempunan la aku nak tengok aksi-aksi martial artist lagenda ni nanti, aku memang suka skil jackie chan bukan chibi maruko chan....:D

Sunday, March 27, 2011

Minum air putih berbahaya

        Tak percaya? aku pun tak berapa nak percaya, hehe.. tapi bila baca kat sini baru aku sedar, tengah belek2 blog orang lain baru aku perasan. Sebenarnya air putih sangat bagus tapi jangan minum sambil berdiri dan jangan minum dengan terburu-buru... ingat, kalo tak ingat meh baca kat blog akak ni ZieyZain, tak rugi pun kita berkongsi ilmu sesama umat....^ ^

P/s- Dalam tengah sibuk2 pun sempat lompat2 ke blog orang lain.. so bloggers yang tak sibuk tu meh la lompat2 ke blog aku...:D

Friday, March 25, 2011

Masih sibuk

    Wahh, minggu ni sangat tak ada masa, asyik dengan assignment yang menggunung, urrghh... sempat je nak update blog tapi kemalasan melanda diri ni, ni yang payah ni jadi manusia ni, baik aku jadi alien macam dalam siri Roswell tu.. hahhahaha.. da lah alien hensem + lawa... hehehe... Ok, sapa dah tengok Hikayat Merong Mahawangsa? aku macam tak sempat pun lagi nak tengok, dengar cita best meletop sangat, ada gak yang cakap bosan, hehe.. aku tak tau so, jangan cita, aku nak tengok sendiri... tapi macam tak sempat je minggu ni... adooiii.. banyak betul tugasan ni, mati la aku!!! rindu nak travel dengan motor kesayangan aku ni.....:)

Suzuki Hayabusa: 248 mph (397 km/h)
orang kata moto ni paling laju kat dunia ni, aku tak tau pun, aku main beli je.. hahahahaa

P/s- maksud travel aku tu dalam mimpi je.. jom tido petang, nanti boleh gila sama-sama...:D

Tuesday, March 8, 2011

Movie baru yang patut dilayan!

Red Riding Hood


Hikayat Merong Mahawangsa


Black Swan


Pirates of The Caribbean : On Stranger Tides


Fast and Furious 5


Transformers 3- Dark of The Moon


Real Steel


Kungfu Panda 2




P/s- sebenarnya bnyk lagi... spiderman, underworld 4, terminator 5, captain america, the mechanic, the fighter dan banyak lagi....:D

Sunday, March 6, 2011

Blog yang best...

    Ok, kali ni aku nak promote blog abang aku, blog yang agak baru tapi sedang meningkat naik, hehe,, dekat blog ni korang boleh download movie-movie yang direkomen oleh beliau... sekali klik je da boleh download.. blog ni juga tak kurang dengan macam-macam info, jangan lupa ke blog beliau dan follow sekali la.. klik je kat sini firdakoz...
fir dak oz

Dalam blog ni juga ada dipromosikan blog baru aku dan  kawan-kawan.. akuma production, marilah follow dengan rela hati di sini akumaproduction.. masih lagi dalam proses permulaan, blog ni sebenarnya adalah salah 1 tugasan dari pensyarah kitorang, so, nak minta jasa baik bloggers sekalian tolong follow.. markah kami di tangan anda... hehe.. tak paksa ok, just nak promote... untuk page di facebook sila klik di sini akuma.. silalah like dengan seikhlas hati...terima kasih.

akuma production

P/s- Terima kasih semua yang follow blog dan like page kami... kalau korang tak follow pun ada aku kesah... huuahahahhaha....:)

Friday, March 4, 2011

Star Wars Episode 1: The Phantom Menace kembali 3D di pawagam 12 February 2012


     Peminat-peminat setia star wars terutamanya darth vader pasti akan melonjak keriangan dengan berita terbaru ni, efek oleh Fox, Lucasfilm and Industrial Light & Magic sudah pasti amat membanggakan, tengoklah nanti macam mana efek2 3D tu akan direalisasikan... tak sabo eden nak tunggu ni jah... hehe... ushalah video review yang lepas ni... yang 3D nanti pasti lagi gempak gila baban kan....








P/s- aku lagi minat Obi wan Kenobi dari Darth Vader.... err... sebenarnya aku lagi minat Legolas dan Aragon~ tiba2 masuk cita  Lord of The Ring... ahahahah...:D

Akuma Production~ still under construction...

     Yeah,, kali ni nak promote sikit blog baru ni, ni blog untuk tugasan master yang baru, sila-silakan la follow blog ni, sebenarnya markah tugasan ni bergantung kepada berjaya atau tak blog dan media promosi yang lain, blog ni masih belum siap lagi, dalam jangkamasa beberapa bulan harap-harap blog ni akan dapat ramai follower... kali ni master bersama dengan 4 orang rakan yang lain buat animation dan komik, genre komik dan animasi ni akan diberitahu kemudian.... harap-harap rakan bloggers sekalian dapat tolong like page dalam facebook ni dan follow blog ni... ajak la rakan-rakan semua, ni kira nak minta pertolongan ikhlas la dari kamu semua bloggers....jangan lupa, follow kami dan kami akan hiburkan semua dengan segala media kreatif kami....:)

Silalah follow kami di sini..
rupa2 makhluk dalam team akuma, yang baju biru dan yang pakai topeng tu menyibuk je, hahahh...


P/s- jasa baik kamu semua amatlah dihargai.......muaahhhh,,, ahhahha...:D

Projek baru Akuma Production

cooming soon...


P/s- harap-harap semua pembaca blog ni dapat menyokong projek baru master bersama rakan-rakan ni... akan datang... tunggu....:D

Thursday, March 3, 2011

Gendorowo







     Sebenarnya ni salah 1 assignment aku, malas nak publish apa2 tentang assignment kat sini, tapi kali ni lain sikit... ni lah poster untuk filem Gendorowo yang tak akan keluar kat pawagam Malaysia.. watak hantu Gendorowo dalam ni ialah membe aku, sila la ke blog dia kalau nak kenal lebih lanjut... yang watak kat belakang tu dukun atau bomoh a.k.a aku la tu... hehe..


Genderuwa (dalam pengucapan Bahasa Jawa: "Genderuwo") adalah mitos Jawa tentang sejenis bangsa jin atau makhluk halus yang berwujud manusia mirip kera yang bertubuh besar dan kekar dengan warna kulit hitam kemerahan, tubuhnya ditutupi rambut lebat yang tumbuh di sekujur tubuh. Genderuwa dikenal paling banyak dalam masyarakat di Pulau Jawa, Indonesia. Orang Sunda menyebutnya "gandaruwo" dan orang Jawa umumnya menyebutnya "gendruwo".  nak tau lebih lanjut sila ke Genderuwa

dan untuk memudahkan sebutan dan nak komersial kan filem ni, aku bagi la nama Gendorowo, yang pasti Lisa Surihani actor filem ni, hehehh...

p/s: malas nak cerita lagi detail, hahahah

Wednesday, March 2, 2011

Gempakstarz yang sangat best

      Sehari di Gempakstarz.. nasib baik lecturer aku bagi assignment macam ni, boleh la nak bertemu dengan artis2 kat gempakstarz tu, tapi malang sungguh, Zint dan puppetteer tak ada kat situ, diorang ni freelance ja, tapi dapat jumpa kaoru, kenny dan jo pun dah ok siap dapat otograf lagi, owh! tak lupa gak Apoh a.k.a zuan, walaupun tak sempat nak sign... hehe..

berposing kat gempakstarz.. hehehh

Memang satu pengalaman yang berharga, kalau boleh nak ja lepak kat sini selama seminggu... nak tengok lagi gambar-gambar meh la ke sini.... moment kebal

mencari segala hasil leteran aku di sini