Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Friday, January 21, 2011

sebab musabab mengapa mereka suka menyanyi

     Ok, aku rasa dalam dunia yang fana bana ni ramai manusia2 yang menggelarkan diri mereka sebagai penyanyi... rata2 manusia yang bersuara sedap boleh dilihat berkerumun di pusat2 karaoke, setelah aku menjalankan sedikit kajian, heh, kajian la konon, aku pergi karoke je la... aku dapat membuat beberapa sebab mengapa manusia suka menyanyi walaupun terbukti ia hanya menghabiskan masa lapang yang berharga, baik isikan dengan membaca al-Quran... tapi nak buat macam mana kan, dah lumrah manusia ni kan.. benda baik benda tak baik semua sapu.. tapi bukan la aku cakap karaoke tu tak bagus, tak pasal2 pulak nanti aku kena kejar dengan kaki2 karaoke kat seksyen 7 Shah Alam ni.. ahaha..

ni gelagat membe aku tengah karok,
beliau mengkaroke spenuh hati
walaupun beliau sedar suara dia tak setanding aku..
hahahahaha

ok2, aku tamau cakap banyak2 aku nak bagi fakta macam selalu tentang sebab musabab mengapa orang suka menyanyi walaupun suara depa nih tak merdu macam suara aku.. kalo korang dengar aku karok mesti korang pengsan 18 hari... wahahhaha...

fakta #1
Orang yang karok ni dia akan rasa suara dia sedap dan merdu sangat2.. ni macam orang muda2 kata syok sendiri la.. suara macam katak pun dia ingat suara sedap macam Ana Rafali...  aku dengar pun sakit hati.. nasib baik bukan anak aku, kalau tak dah lama aku label derhaka.. 

fakta #2
Orang yang suka sangat menyanyi a.k.a karok ni sangat suka meluahkan perasaan... korang perasan tak kebanyakan lagu2 dalam dunia ni semuanya lagu yang meluahkan perasaan seseorang, tak kira la genre apa pun, pop, punk, rock ,balada, country, dan macam2 lagi kebanyakan lirik lagu2 ni banyak yang meluahkan perasaan, tak terhad kepada perasaan cinta tapi macam2 lagi, sampaikan bosan pon orang boleh buat lagu.. punyalah nak meluahkan perasaan, nanti aku nak berak aku nak buat lagu tentang berak la, best sikit, luahkan perasaan boleh, luahkan najis dalam magkuk tandas pun boleh.. hehe..

fakta #3
Orang yang karok ni sebenarnya mempunyai sifat suka bersedekah, betul, kalau korang tak percaya la, try korang tanya mana2 membe yang suka berkarok tu, dah berapa banyak duit yang diorang dah derma kat pusat2 karaoke tu, kalau yang taksub ngan realiti tv yang macam2 rancangan nyanyian tu try korang tanya berapa banyak yang diorang habis berSMS bagai nak gila tu... baik hati dan suka bersedekah kan depa ni.. keh3.. aku pun suka bersedekah gak bila aku karaoke kat Bintang seksyen 7.. haha.. tapi aku sedekah sikit2 la, maklum la bergantung harap pada ptptn semata-mata.. 

macam biasa aku bagi 3 je fakta yang aku rasa fakta terbaik yang takkan korang dapat dalam buku sejarah tinkatan 5 mahupun subjek2 di Ipt2 kat Malaysia ni... :D


P/s- Lagi 1 orang yang suka berkaraoke dalam karok jamban tu ramai yang buta, tu yang ada yang meraba-raba tu... kesian kat diorang, derma banyak2 tapi buta sebenarnya... keh3... err... nanti aku nak beli 1 bilik karaoke letak kat rumah aku, tak la nak kena kejar bila aku melalak dalam rumah sewa nih... huaahhahaa....:D

9 comments:

kay yea said...

aku ske karok gak..tpi sedar diri sore x sdp..wakakaka!

Al Meister Ex a.k.a MASTERX said...

sama la kita suara tak sedap...
tp tetap suka karok... hahaha

MAPPIAU said...

hehehe akak suke karok kat dalam bilik ayaq jer, sampai slalu kene sound ngan papairfan sebab bertapa kat dalam bilik air lame hahahaha, padahal tengah test skill sore dalam tuh wakakaka :P

mE said...

shukeeeeeeeeee sangat mengarok kan diri...sebab?
kawan mempengaruhi..diaorg kate sore leh tahan tapi sbnrnya sore ala budak kecik..
mula2 malu lama2 MAHU...haha

Al Meister Ex a.k.a MASTERX said...

hahaha.. akak ajak la papairfan join karok skali skala...:D

mE; ala budak kecik pon ok ape.. lagi kecik lg menusuk kalbu gituw.. hahaha

mE said...

hahaha...macam tu boleh ke??adoi...jangan sampai takleh tido malam sudah...

Al Meister Ex a.k.a MASTERX said...

bila nak stay lewat malam nyanyi je... kompem xley tido...:D

bintangku beena said...

tue bukan angah *che mat * ka???

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad said...

yup.. angah..

mencari segala hasil leteran aku di sini