Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Monday, January 17, 2011

Gelagat orang pemalas dengan orang rajin

     Gelagat orang pemalas dan orang rajin, saksikan aksi yang direka dirakam oleh otak aku yang superb ni...


MAKAN
Pemalas: "jom ke mamak wey, lapar la"
Rajin: "jom ke mydin beli sayur ke apa yang patut, nak suruh mak aku masak la wey"

TIDUR
Pemalas: "tidur petang best la, tidur je lah"
Rajin: "tidur petang tak bagus orang tua2 cakap, so aku tidur dari petang sampai malam je la"

COMPUTER GAMES
Pemalas: "susah la nak habiskan level ni, tukar game lain la"
Rajin: "dah masuk waktu solat ke? issh.. game ni tak habis lagi, baik aku habiskan level ni dulu, esok2 boleh solat lagi"

MENGEMAS RUMAH
Pemalas: "aku tak boleh kemas rumah la wey, aku ada asma, nanti aku sakit sape yang susah, korang gak.."
Rajin: "Ok, biar aku yang kemas rumah hari ni, korang just bagi aku sorang rm20 je, senang kan?"

BERSUKAN
Pemalas: "malas la aku nak join korang jogging tu, dah la penat, berpeluh2 pulak tu, bukan aku ada sakit apa2 pun..."
Rajin: "jom la wey jogging kat tasik tu, situ ada banyak awek siot, seksi giler baban.. mana tau sangkut sorang dua.. hehe..."

BALIK KAMPUNG
Pemalas: "malas la aku nak balik kampung, dah la jauh, buat penat aku je naik bas buruk tu..."
Rajin: "baik aku balik kampung, kalau aku balik kampung dapat la gak mak bapak aku bagi duit nanti, diorang kaya apa aku kesah..."

MENABUNG
Pemalas: "aku nak menabung?  duit aku nak makan pun tak cukup, nak aku simpan2 lak..."
Rajin: "aku nak simpan duit banyak2, hujung bulan ni boleh la aku beli iphone5.. boleh tunjuk kat awek2 ngan membe2 aku, kompem diorang dengki punya...hehhehhehehe..."


Ok, sebelum korang maki aku apa2 baik aku jelaskan dulu, hee.. babak2 kat atas ni adalah gelagat orang rajin dengan pemalas, tapi korang perasan tak yang kedua2 rajin dan pemalas ni berunsur negatif? hee, yelah, betul la tu, aku just nak cakap yang bila otak korang dah penuh dengan perangai dan fikiran negatif tu korang secara automaki automatik akan bertindak macam keadaan kat atas tu, bila rajin ke, malas ke, sama je semua... kalau tak percaya try korang tengok kat sekeliling korang, orang2 kat sekeliling dan korang sendiri, selalu bersikap negatif ni, try la korang perati.. kalau korang tak percaya gak... emmm... nak wat camne lagi, aku tak kesah pon,, heeee....


P/s- so, sentiasa la befikiran positif tak kira di mana jua hampa semua berada no... jangan dok negatif2 sangat, sat lagi aku tibai baru tau, heee...:D

2 comments:

Azie Azra said...

orang malas xbyk ckp sbb malas nak buka mulut.kalu kat klas bkn malu bertanya tapi mulut berat nak bukak.muahahaha

Al Meister Ex a.k.a MASTERX said...

betul2.. malas bukan malu..

mencari segala hasil leteran aku di sini