Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Monday, January 31, 2011

5 kereta termahal di dunia

      Semua ni kereta termahal pada tahun 2010 mengikut ranking... kalau la aku dapat sebijik, memang aku tayang kat budak yang naik inspira tadi, berani dia potong aku sesuka hati, haha... jom usha..









1. Koenigsegg Trevita- harga 2.21 Millions
trevita bermaksud putih tiga? haha. bodoh kan maksud dia, ni la kereta gila yang direka oleh orang yang gila.. Berkuasa enjin 4.7 liter biofuel v8.. paling mahal di dunia ni, gila la kalau dapat sebijik.. memang gila.. hee

shining dia macam diamond lak.. fuhhh..

2. Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport- harga 2.0 juta
Buat masa sekarang, kereta ni adalah kereta yang terlaju di dunia yang pernah dibawa di atas jalanraya, dalam banyak-banyak automobil kat dunia ni, ni la yang menjadi impian aku, hee... aku dah test kereta ni dalam mimpi aku semalam, memang power habis!

impian masa depan aku, haha


3. Pagani Zonda Cinque Roadster - harga 1.8 juta
Chasis kereta ni dibuat dari carbon titanium, dikatakan kelajuan setanding dengan Bugati Veyron.. tapi aku belum try lagi, maybe esok aku try, dah ada kat rumah aku.........dalam pc je la. hehe..




4. Lamborghini Reventon Roadster - harga 1.56 juta
Rekabentuk kereta ni adalah dari konsep stealth aircraft. kereta ni sangat ringan, body pun dibuat dari carbon fiber...



5. Lamborghini Reventon - harga 1.42 juta
Rekabentuk dari fighter aircraft, memang model lamborghini yang mahal-mahal ni suka ambil konsep jet pejuang kan.. dari beli kereta kebal baik beli kereta ni, dah macam kereta kebal yang sporty... memang digunakan untuk perang pon, ni model yang sebelum dari yang ada kat atas tu la... aku tengok sama je, beza yang ni aku bawak g perang, yang atas untuk aku bawak awek jalan-jalan... ngeee... 
tengok, siap ada askar lagi tolong promosi, gila lah gempak!



p/s- ok, malam ni aku nak berangan naik salah 1 kereta kat atas, giler best macam baru lepas malam pertama kahwin! hehehh...:D

3 comments:

mencari segala hasil leteran aku di sini