Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Monday, January 31, 2011

5 kereta termahal di dunia

      Semua ni kereta termahal pada tahun 2010 mengikut ranking... kalau la aku dapat sebijik, memang aku tayang kat budak yang naik inspira tadi, berani dia potong aku sesuka hati, haha... jom usha..









1. Koenigsegg Trevita- harga 2.21 Millions
trevita bermaksud putih tiga? haha. bodoh kan maksud dia, ni la kereta gila yang direka oleh orang yang gila.. Berkuasa enjin 4.7 liter biofuel v8.. paling mahal di dunia ni, gila la kalau dapat sebijik.. memang gila.. hee

shining dia macam diamond lak.. fuhhh..

2. Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport- harga 2.0 juta
Buat masa sekarang, kereta ni adalah kereta yang terlaju di dunia yang pernah dibawa di atas jalanraya, dalam banyak-banyak automobil kat dunia ni, ni la yang menjadi impian aku, hee... aku dah test kereta ni dalam mimpi aku semalam, memang power habis!

impian masa depan aku, haha


3. Pagani Zonda Cinque Roadster - harga 1.8 juta
Chasis kereta ni dibuat dari carbon titanium, dikatakan kelajuan setanding dengan Bugati Veyron.. tapi aku belum try lagi, maybe esok aku try, dah ada kat rumah aku.........dalam pc je la. hehe..




4. Lamborghini Reventon Roadster - harga 1.56 juta
Rekabentuk kereta ni adalah dari konsep stealth aircraft. kereta ni sangat ringan, body pun dibuat dari carbon fiber...



5. Lamborghini Reventon - harga 1.42 juta
Rekabentuk dari fighter aircraft, memang model lamborghini yang mahal-mahal ni suka ambil konsep jet pejuang kan.. dari beli kereta kebal baik beli kereta ni, dah macam kereta kebal yang sporty... memang digunakan untuk perang pon, ni model yang sebelum dari yang ada kat atas tu la... aku tengok sama je, beza yang ni aku bawak g perang, yang atas untuk aku bawak awek jalan-jalan... ngeee... 
tengok, siap ada askar lagi tolong promosi, gila lah gempak!



p/s- ok, malam ni aku nak berangan naik salah 1 kereta kat atas, giler best macam baru lepas malam pertama kahwin! hehehh...:D

Friday, January 28, 2011

Rumors: Nikon DSLR bakal menjadi projector







     Wahhh, mantap benar... Lepas ni mungkin para photographer2 yang menggunakan high-end kamera tu akan boleh terus view foto dan video terus melalui kamera ke skrin atau dinding, senang untuk presentation..



Berdasarkan gambar di atas, projector ni boleh dipancar melalui lens? mungkin teknologi kamera bersama dengan projector ni tidak asing lagi buat nikon, dan sebelum ni pun Nikon telah pun mengeluarkan kamera kompak yang mempunyai projector, Nikon Coolpix S1100pj. Tetapi projector dipancar dari lens? wow! sangat hebat dan mungkin ini akan menjadi produk nikon yang paling berbaloi dibeli! Tetapi masih lagi rumors.. jadi tunggu la dengan hati yang tenang..

sumber- engadget dan Nikon rumors..


P/s: aku pon nak beli 1 la, senang nak view gambar2 yang aku shoot hari2... hee...

Friday, January 21, 2011

sebab musabab mengapa mereka suka menyanyi

     Ok, aku rasa dalam dunia yang fana bana ni ramai manusia2 yang menggelarkan diri mereka sebagai penyanyi... rata2 manusia yang bersuara sedap boleh dilihat berkerumun di pusat2 karaoke, setelah aku menjalankan sedikit kajian, heh, kajian la konon, aku pergi karoke je la... aku dapat membuat beberapa sebab mengapa manusia suka menyanyi walaupun terbukti ia hanya menghabiskan masa lapang yang berharga, baik isikan dengan membaca al-Quran... tapi nak buat macam mana kan, dah lumrah manusia ni kan.. benda baik benda tak baik semua sapu.. tapi bukan la aku cakap karaoke tu tak bagus, tak pasal2 pulak nanti aku kena kejar dengan kaki2 karaoke kat seksyen 7 Shah Alam ni.. ahaha..

ni gelagat membe aku tengah karok,
beliau mengkaroke spenuh hati
walaupun beliau sedar suara dia tak setanding aku..
hahahahaha

ok2, aku tamau cakap banyak2 aku nak bagi fakta macam selalu tentang sebab musabab mengapa orang suka menyanyi walaupun suara depa nih tak merdu macam suara aku.. kalo korang dengar aku karok mesti korang pengsan 18 hari... wahahhaha...

fakta #1
Orang yang karok ni dia akan rasa suara dia sedap dan merdu sangat2.. ni macam orang muda2 kata syok sendiri la.. suara macam katak pun dia ingat suara sedap macam Ana Rafali...  aku dengar pun sakit hati.. nasib baik bukan anak aku, kalau tak dah lama aku label derhaka.. 

fakta #2
Orang yang suka sangat menyanyi a.k.a karok ni sangat suka meluahkan perasaan... korang perasan tak kebanyakan lagu2 dalam dunia ni semuanya lagu yang meluahkan perasaan seseorang, tak kira la genre apa pun, pop, punk, rock ,balada, country, dan macam2 lagi kebanyakan lirik lagu2 ni banyak yang meluahkan perasaan, tak terhad kepada perasaan cinta tapi macam2 lagi, sampaikan bosan pon orang boleh buat lagu.. punyalah nak meluahkan perasaan, nanti aku nak berak aku nak buat lagu tentang berak la, best sikit, luahkan perasaan boleh, luahkan najis dalam magkuk tandas pun boleh.. hehe..

fakta #3
Orang yang karok ni sebenarnya mempunyai sifat suka bersedekah, betul, kalau korang tak percaya la, try korang tanya mana2 membe yang suka berkarok tu, dah berapa banyak duit yang diorang dah derma kat pusat2 karaoke tu, kalau yang taksub ngan realiti tv yang macam2 rancangan nyanyian tu try korang tanya berapa banyak yang diorang habis berSMS bagai nak gila tu... baik hati dan suka bersedekah kan depa ni.. keh3.. aku pun suka bersedekah gak bila aku karaoke kat Bintang seksyen 7.. haha.. tapi aku sedekah sikit2 la, maklum la bergantung harap pada ptptn semata-mata.. 

macam biasa aku bagi 3 je fakta yang aku rasa fakta terbaik yang takkan korang dapat dalam buku sejarah tinkatan 5 mahupun subjek2 di Ipt2 kat Malaysia ni... :D


P/s- Lagi 1 orang yang suka berkaraoke dalam karok jamban tu ramai yang buta, tu yang ada yang meraba-raba tu... kesian kat diorang, derma banyak2 tapi buta sebenarnya... keh3... err... nanti aku nak beli 1 bilik karaoke letak kat rumah aku, tak la nak kena kejar bila aku melalak dalam rumah sewa nih... huaahhahaa....:D

Header baru dah dipasang!!!

    Mai mai semua, mai usha header baru aku ni... dah tak ada private2 lagi... heee...






P/s- bilik kebal master masih dikekalkan.. nanti naik nama aku lak...

Thursday, January 20, 2011

blog baru dalam omputih

     Ok, ni nak kenalkan blog baru yang baru bertapak dalam arena blogging nih.. haha.. hanya blog tentang gambar2 yang aku tembak, malas nak letak kat blog ni banyak2 nanti orang kata terlebih expose.. hahha.. mentang2 la aku da mula nak meng-exposekan diri tanpa sebab lepas dapat 100 follower ni.. apa2 hal pon just enjoy okey....klik je kat gambar di bawah ni:D




http://momentkebal.blogspot.com/




P/s - dalam english okey, grammar tunggang langgang, tapi ada aku kesah... hahahah...

Wednesday, January 19, 2011

panasnya air ni, tapi best

     Tahun 2010, waktu cuti hari tu tak sempat aku nak letak gambar2 yang best2, hehe, biasa la time tu blog ni masih privasi lagi, kononnya lah.. nak tau apa yang aku wat waktu aku tengah cuti semester? apa korang kesah kan? hahaha.. ok2 dulu aku macam tak letak 1 pun gambar aku, tapi sekrang nak letak banyak2 bagi semua reader meluat tahap gaban.. selalu time cuti aku dan rakan2 aku mesti buat satu benda best, hee.. mestila camping, best tau camping dalam hutan ni, macam2 boleh belajar, macam2 boleh nampak... tapi cuti hari tu kami semua just pergi ke kolam air panas je kat kedah. kolam air panas Ulu Lenggong Baling Kedah, agak jauh travel, tapi sangat best, mai2 usha sikit gambar2 jejaka maskulin gagah kat bawah, heee...

kanak2 riang gembira tanpa dosa

kenapakah kabur? hmm

sesi bertapa tanpa sebab

ingat dekat sini tenang, sekali macam tempat kenduri, ramai sangat

baru aku perasan gambar aku ni macam hugh jackman dalam citer xmen.. hahaha, perasan..

haa.. yang ni superhero melayu masih available ye...

khemah yang banyak berjasa

sudah mau pulang maa..

last2 mesti aku la yang pose kan.. hahaha


P/s- kolam air panas ni bagus untuk sel kulit tau.. tapi kalau dah berendam lama sangat boleh mati sel kulit, ye ke tak?  orang yang cakap, apa aku kesah? hahaha....:D

Monday, January 17, 2011

Gelagat orang pemalas dengan orang rajin

     Gelagat orang pemalas dan orang rajin, saksikan aksi yang direka dirakam oleh otak aku yang superb ni...


MAKAN
Pemalas: "jom ke mamak wey, lapar la"
Rajin: "jom ke mydin beli sayur ke apa yang patut, nak suruh mak aku masak la wey"

TIDUR
Pemalas: "tidur petang best la, tidur je lah"
Rajin: "tidur petang tak bagus orang tua2 cakap, so aku tidur dari petang sampai malam je la"

COMPUTER GAMES
Pemalas: "susah la nak habiskan level ni, tukar game lain la"
Rajin: "dah masuk waktu solat ke? issh.. game ni tak habis lagi, baik aku habiskan level ni dulu, esok2 boleh solat lagi"

MENGEMAS RUMAH
Pemalas: "aku tak boleh kemas rumah la wey, aku ada asma, nanti aku sakit sape yang susah, korang gak.."
Rajin: "Ok, biar aku yang kemas rumah hari ni, korang just bagi aku sorang rm20 je, senang kan?"

BERSUKAN
Pemalas: "malas la aku nak join korang jogging tu, dah la penat, berpeluh2 pulak tu, bukan aku ada sakit apa2 pun..."
Rajin: "jom la wey jogging kat tasik tu, situ ada banyak awek siot, seksi giler baban.. mana tau sangkut sorang dua.. hehe..."

BALIK KAMPUNG
Pemalas: "malas la aku nak balik kampung, dah la jauh, buat penat aku je naik bas buruk tu..."
Rajin: "baik aku balik kampung, kalau aku balik kampung dapat la gak mak bapak aku bagi duit nanti, diorang kaya apa aku kesah..."

MENABUNG
Pemalas: "aku nak menabung?  duit aku nak makan pun tak cukup, nak aku simpan2 lak..."
Rajin: "aku nak simpan duit banyak2, hujung bulan ni boleh la aku beli iphone5.. boleh tunjuk kat awek2 ngan membe2 aku, kompem diorang dengki punya...hehhehhehehe..."


Ok, sebelum korang maki aku apa2 baik aku jelaskan dulu, hee.. babak2 kat atas ni adalah gelagat orang rajin dengan pemalas, tapi korang perasan tak yang kedua2 rajin dan pemalas ni berunsur negatif? hee, yelah, betul la tu, aku just nak cakap yang bila otak korang dah penuh dengan perangai dan fikiran negatif tu korang secara automaki automatik akan bertindak macam keadaan kat atas tu, bila rajin ke, malas ke, sama je semua... kalau tak percaya try korang tengok kat sekeliling korang, orang2 kat sekeliling dan korang sendiri, selalu bersikap negatif ni, try la korang perati.. kalau korang tak percaya gak... emmm... nak wat camne lagi, aku tak kesah pon,, heeee....


P/s- so, sentiasa la befikiran positif tak kira di mana jua hampa semua berada no... jangan dok negatif2 sangat, sat lagi aku tibai baru tau, heee...:D

100 kah??

      Sekarang aku dah macam kurang update blog.. rasa malas? tak ada masa? keadaan tak sesuai? tapi bila aku tengok follower dan trafik yang makin bertambah terus aku rasa semangat, semangat apa? semangat nak tidoq... huahahahaha.. gurau je, tengok follower aku yang dah cecah 100 tu terus aku rasa sangat best macam baru lepas seminggu kahwin dengan Lisa Surihani, hee... korang dengki? ada aku kesah? hehehh..

so, pendek kata aku nak ucap ribu-ribuan terima kasih kepada yang mem-follow aku dan baca apa yang aku merepek kat sini, aku memang suka merepek, nak merepek kat depan orang nanti kena marah, merepek kat sini tak de pon orang nak marah, kalau marah pun aku tak kesah, bukan sakit pon, lagipun boleh dapat extra money, nak harap kerja part time aku mana boleh jalan waktu semester baru ni, so blog pon boleh jadi extra money la kan, insyaallah, tamak kan? biasa la manusia kan dilahirkan tamak haloba, penuh prasangka, kah kah kah.. tengok, aku merepek lagi.. huuu..

header sekarang ni akan ditukar kepada yang baru, mau letak muka aku yang comel gitu.. haha.. dalam bulan ni gak aku akan tukar header yang ni>>


header sekarang


 kepada yang ni>>
header baru

wahh, header baru ni ada muka aku lahh, blush blush... hehehh.. uwekkss.. nanti aku nak tunjuk kat someone dulu header lama ni, kat membe lama aku juga seorang blogger, baru aku letak header yang baru, menandakan kematangan blog aku gitu... heee.. matang la sangat kan.. Tamau merepek meraban panjang2, sekarang aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada korang yang selalu usha blog ni, hee... tQ...:D



P/s- ada ke orang usha blog aku? tepuk dada tanya line internet... (line tenet kat umah sewa aku macam semut dok jogging)







Wednesday, January 12, 2011

tiket percuma ke sunway Lagoon

     Yehaaa... semalam adalah hari yang sangat best.. tiba2 macam bulan jatuh ke riba.. betul ke tak perumpamaan aku ni.. haha... semalam dapat tiket free ke sunway lagoon... hepinya aku, bukan senang nak dapat habuan macam ni, bukan tebuan tau, habuan.. ahaha.. apa tah aku merepek.. sorang membe aku kat U dapat tiket free ke sunway lagoon, so, memandangkan tiket tu terlalu banyak, aku pun dijemput la untuk memeriahkan suasana, hehe.. kami semua pun berkonvoi la beramai-ramai ke sunway.. memandangkan aku belum pernah menjejakkan kaki ke sunway lagoon, aku pun teramatlah excited yang terlampau sampai aku terpaksa memonteng 3 kelas dalam 1 hari.. hee.. ni yang aku serba salah nak bagitau ni.. tapi tak pe, tak kisah pon,, ahhaaha... lagipun kelas awal2 semester ni bukan ada lecturer nak masuk pun..

Memang aku tak pikir panjang apa kesan kalau aku tak ke kelas, kira aku setuju atas sebab nak have fun kat sunway je, apa la.. hehe.. so, hari ni aku dapat masalah dengan pendaftaran salah satu subjek, konklusi kat sini lebih baik jangan ponteng kelas yea.. tak bagus untuk kesihatan dan pointer korang.. ahahah.. tapi tu tak penting, yang penting aku dapat memori yang berharga semalam, nak je aku huplod gambar2 semalam kat sini, tapi gambar tak pulak ada degan aku, lagipun follower aku belum sampai 100 lagi, hehe, nanti2 la aku upload.. nak tidur tengah hari dulu, tido tengah hari ni bagus korang tau tak.. tapi jangan sampai ke petang lak, hehe (tengah hari apa wey, da pukul 4 petang da pon, hehe)...

P/s- tinggal kelas korang takut, tinggal solat korang tak kisah lak... apadaaa...

Sunday, January 9, 2011

its doesn't work!

     wo hoo.. ada orang coba2 memahami aku.. cehh.. just some explanation..
dont try to understand me..
its doesn't work..
just a little reminder..
toksah la nak paham2 bagai ni..
coz aku pon tak paham diri aku..
buat penat badan je..
beware of your body sudah..
hee...:D



P/s- kepada yg faham sila diam, yang tak paham buat2 je la paham, ada ku kesah? hoho.. understood? x paham bg lutut... ahahaha.. 

Wednesday, January 5, 2011

Blog Aku, Bukan Privasi Lagi



Ok, kali ni aku join segmen dari bro shaofie ni... hee..
nak kena describe blog aku nih..
 simple je, blog aku ni blog yang bersifat peribadi tapi amat mengalu-alukan pengunjung..
kira tak berapa nak peribadi, tapi akan menjadi lebih 'open house' bila follower aku cecah 100..
usha  entri ni >> header baru.. nanti korang akan faham segala-galanya.. chewahh..
aku rasa tak ada apa sangat nak merepek kot.. takat ni je.. hee..

ni aku tag 5 orang nih secara random..
kyu
kim
mamairfan

Blog baru penuh info

     Kali ni aku nak memperkenalkan blog baru yang penuh dengan info.. info tentang apa? korang kena la tengok sendiri.. di blog baru ni juga semua boleh berkongsi ilmu pengetahuan yang ada tersimpan dalam hati sanubari dan akal fikiran korang, jangan malu2 nak luahkan.. mari kita berkongsi segala benda di blog baru ni.. teruskan mengklik di sini >> seni kebal 




P/s- Ok. jangan malu2, jangan segan2.. pakat mai ramai2 usha blog yang berinfo ni...:D

Tuesday, January 4, 2011

filem baru Mamat Khalid- Apokalips

  
     Filem ini dibintangi Jehan Miskin, Iqram Dinzly, Peter Hugh Davis, Zoe Tan, Vasanth, Pekin, Adam AF2 serta Miera Leyana Kasmi.. filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal tanah air iaitu encik Mamat Khalid yang stylo mylo.. Dengar cita bukan takat pecah panggung macam filem 2Alam DDR, tapi klcc pun hancur.. hehe.. efek CGI ataupun betul2 klcc hancur tu yang kita tak tau.. tapi mesti gempak kan.. tamau cakap banyak2 meh layan image yang aku pinjam dari encik google..












P/s- Walaupun filem ni dikatakan tak ada identiti kerana meniru budaya jepun tapi aku harap ni hanya permulaan kepada usaha untuk filem fighting2 ni, lepas ni Mamat Khalid tolong la buat filem yang ada unsur2 budaya melayu, mesti gempak, tak payah la katana2 tu.. keris lagi bagus kan, tekpi pun ada jugak... lawan ala2 silat tapi dalam kategori moden.. mesti gempak...:D



menjadi cikgu

    Setelah sekian lama aku tak mengajar budak2... 
sekarang aku kembali mengajar.. walaupun bukan yang ekstrem..
cukuplah sekadar cikgu tuisyen.. duit masuk.. hati seronok mengajar kanak2...
pahala dapat inyaallah..


P/s- agak penat mengajar sebenarnya, tapi seronok...hee...:D

Sunday, January 2, 2011

Karam Sigh Walia mencaci orang melayu

Ok, sebelum aku bermula jangan nak marah tak tentu hala, aku pun masih belum dapat berita penuh lagi tentang isu ni... just nak share dengan korang. ni boleh jadi isu perkauman kalau dibiarkan ni.
tak tahu mana satu yang salah tapi berdasarkan video ni aku nak komen sikit la, buat apa orang melayu nak tunjuk gangster sangat, serang orang tak menentu. satu je yang boleh aku utarakan, memang memalukan la.. kedua-dua pihak memalukan..

terima kasih kepada orang2 di atas kerana telah memalukan bangsa melayu dan warga singh..


P/s- tak mustahil lepas ni akan timbul isu perkauman yang melampau atas tindakan orang2 separa matang macam mereka ni, bukan setakat yang memaki hamun, namun pihak karam singh juga bersalah atas tindakan dia.. sia-sialah slogan 1Malaysia....:(

Saturday, January 1, 2011

Tahun baru azam baru

Ok, selamat tahun baru untuk semua..
macam orang lain aku pun ada gak azam tahun baru..
hee...

~antaranya ialah~

-nak kahwin
-nak dapat anugerah dekan
-nak kumpul duit dari kerja part time
-nak upgrade kamera
-nak beli external hdrive yang baru
-nak jadi seorang yang lebih berani lagi daripada sekarang
-nak hilangkan malas
-nak melancong puas2
-nak camping puas2 sambil main unggun api
-nak solat tepat pada waktu

ni je kot, nanti2 tambah lagi, banyak2 takut tak sempat nak tunaikan, ni janji pada diri sendiri ni.. kena laksanakan juga..hee


P/s- yang atas sekali yang aku potong tu kena tunggu lagi beberapa tahun lagi kot, ehehe...:D

mencari segala hasil leteran aku di sini