Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Friday, December 31, 2010

tips untuk jadi berani

     Ok, kali ni meh tengok tips untuk nak jadi berani, ramai orang nampak je berani tapi bila nak membentangkan sesuatu masa presentation ataupun disuruh nak bagi ucapan mulalah menggelabah, hehe, aku pun macam tu gak kadang2.. yelah mau taknya kita seorang kat depan, kat belkang bukan main ramai.. dalam fikiran dah kusut masai, macam2 fikir, So, tamau cakap banyak meh aku tunujuk tips nak berani  bila nak presentation...

1- Rehersal! yeah.. latihan dan pengulangan amat penting.. sebelum nak membentangkan sesuatu mestilah membuat latihan dan mestilah diulang sekurang2nya tiga kali.. kalau lebih lagi baik..

2- Jangan tengok mata orang ramai! sebaik2nya alih la pandangan korang kat dinding ataupun sekejap je usha2 penonton.. ni untuk menghilangkan rasa nervous korang tu..

3- Perlu ada bantuan! percayalah, korang bukan ada super power ke apa nak ingat macam2 dalam kepala otak, untuk penyelesaian bawaklah seditkit nota untuk membantu ingatan kamu, bukannya bawak nota tebal2, dan kalau korang menggunakan slide, isilah slide tu seringkas dan sebaik mungkin..

4- Jangan terlalu mengulang perkara yang sama! kadang2 kita bila dah blur mesti akan terulang benda yang sama, ye lah point dah hilang kan.. So, lebih baik korang berhenti dari mengulang point yang korang dah cakap atau jelaskan, kalau aku pun bosan nak dengar.. haha

5- Sentiasa bergerak! percayalah, kalau korang asyik berdiri satu tempat je mesti korang akan gugup, baik korang bergerak sedikit, contohnya berjalan ke arah depan sambil berinteraksi dengan orang ramai, so, tak adalah orang tidur masa pembentangan korang..

6- Doa dan zikir! yeah.. yang ni paling penting, bacalah doa apa yang patut.. mintak tolong dekat tuhan sebelum korang nak bentang sesuatu ataupun bila korang terlupa sesuatu, percayalah, dulu aku tak pernah nak baca doa time presentation, tu yang gugup semacam.. sebab kita hanya percaya pada kebolehan sendiri je, jangan kita lupa setiap apa yang dibuat tu semua mesti ada izin Nya.. walaupun korang nak makan nasi kena berdoa, apatah lagi nak presentation kat depan orang ramai..inilah satu2nya kekuatan kita.. ada dalam doa tu..

Ok, kali ni aku bagi 6 je tips, hehe, korang layan je la, kalau korang rasa boleh pakai gunakanlah ke jalan yang benar.. ahahaha.. kalau korang rasa tak boleh pakai..... macam biasa aku tak kesah pun. hehe.. so, selamat beramal..


ni bokeh ataupun blur yang aku shoot..
jangan korang blur pulak time presentation..
hehehe..


P/s- Entri kali ni aku bagi tips je, bukan fakta macam selalu.. tapi apa beza fakta ngan tips eh?? nak tau? nantilah... hehe...:D

4 comments:

wunny said...

mnrik2.. mmg neves tiap kali prsntation.. wee:))
gud info.. thnx;)

Al Meister Ex a.k.a MASTERX said...

so, jgn neves2 lg k...:D
(padahal ak pon slalu neves)

PriNcesS SunShine said...

nak share..bleh???
lar...dah tershare pn..hahah

Al Meister Ex a.k.a MASTERX said...

boley...:D

mencari segala hasil leteran aku di sini