Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Saturday, December 18, 2010

Selepas menjalankan misi

    Seperti yang aku bagitau dalam entri aku sebelum ni, aku telah menjalankan misi selama 4 hari di dalam ceruk hutan, misi?? hahaha, sebenarnya hanya satu kem yang aku kendalikan iaitu aku sebagai salah seorang fasilitator dan exco keselamatan di kem tersebut. Aku yang bertanggungjawab menjalankan misi bagi menyampaikan segala apa yang perlu kepada peserta2 kem yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Heh, sebenarnya tugas sebagai seorang fasi ni sangat sukar bagi aku yang mempunyai emosi yang kadang kala tak terkawal, tapi aku tetap mencuba yang terbaik bagi anak2 buah yang perlu aku didik sepanjang kem tersebut. SANGAT PENAT  tu yang dapat aku sampaikan, tapi SANGAT BERHARGA bagi segala memori yang aku dapat! sangat sesuai la dengan nama kem, kem sahsiah dan jati diri. nak bina jati diri dalam diri orang bukan senang, para fasi pun tak perfect sangat, biasalah kami pun manusia biasa..

sangat penat sangat sekarang untuk aku terus mengarut dalam blog aku nih, so, akunak menjalankan aktiviti tidur awal, 4 hari, memang tak tido, dapat tido pun sekejap sangat, cheewaahhh,, ayat seorang fasi yang prihatin kononnya, hehe..



P/s- budak2 dalam group yang aku kendalikan sangat cute dan pemalu, cita2 budak2 sekarang pun hebat2, nada yang nak jadi pilot, novelist, cikgu, mekanik? dan macam2, dulu zaman aku budak2 nak jadi polis ngan bomba je yang kami tau,, heheee...

No comments:

mencari segala hasil leteran aku di sini