Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Wednesday, December 29, 2010

Sampai sudah, bermula semula kembara si mamat dalam bilik kebal

 Wah, sampai2 je terus update blog, selalu sebelum ni aku update status fesbuk aku dulu, hehe
sekarang blog macam dah jadi benda wajib untuk aku, rasa macam ada masa terluang je terus update blog,
walaupun punggung ni masih lagi terasa kehangatan suam2 sejuk kusyen bas ekspres tadi tapi semangat nak buat entri baru jelas terasa, cess,, apa aku mengarut tah..

Selama cuti semester ni banyak yang aku pelajari, belajar cara nak hidup sebagai seorang kuli, belajar nak kendalikan budak2 yang ramai, belajar cara nak ngorat awek walaupun aku dah ada awek nama Lisa Surihani, hehehe, belajar mengajar, belajar mencari duit, belajar macam mana nak bercakap depan orang ramai, belajar makan, belajar mengenal yang mana satu sahabat, dan tak lupa belajar mengenal tuhan. apa punya banyak belajar da..

macam biasa, aku memang akan mengarut dengan banyak, tapi aku nak pendekkan ceritalah hehe, moral yang aku nak cerita just kalau waktu cuti  semester macam ni lah yang aku paling seronok, boleh buat apa yang kita suka, tapi bila aku balik pada kehidupan sekarang baru aku sedar yang aku perlu jadikan cuti semester tu satu permulaan bukan penghabisan, permulaan untuk aku menempuh onak duri ombak badai dan segalanya yang akan melanda aku pada semester baru ni, bukan sekadar omongan kosong, tapi kena kuat nak melangsaikan hutang, hutang pada keluarga yang memberi kasih sayang dan masyarakat yang secara tak langsung membantu aku memberi pinjaman dari hasil titik peluh mereka, apa tu? ptptn larhh.. yang penting...
 MY LIFE START HERE AGAIN!



P/s- yeaahhhhh,, enjin baru sudah dihidupkan, bersedialah asignment, group work, kerja2 studio dan outdoor dan macam2 lagi yang menanti, aku akan tempuh sampai selesai, hehehe.... bermula!

No comments:

mencari segala hasil leteran aku di sini