Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Wednesday, December 29, 2010

Piala Suzuki AFF 2010 milik Malaysia

    Tahniah kepada skuad negara atas kemenangan yang dimiliki mereka, hehe, ramai2 orang sekarang baru nak berbangga jadi rakyat Malaysia,  banyak post2 kat fesbuk macam tu, "aku berbangga jadi anak Malaysia", "Bangga hidup di Malaysia", " Congrats Harimau Malaya, bangga sangat", "proud to be Malaysian" dan yang paling best tadi aku tengok "aku anak Malaysia Bukan Indonesial".. hahaha, macam2 status yang aku tengok, kemain banyak yang puji Malaysia (diri sendiri) dan ramai gak la yang mencemuh Indonesia, tak ramai juga yang simpati kat negara jiran kita tu. Apa2pun pandangan yang penting Malaysia adalah juara Piala Suzuki AFF 2010. kita tak pakai power ultraman, bomoh, artis seksi nak tunjuk aurat dan macam2 lagi hanya kerana nak menang, tapi pasukan negara kita telah buktikan kemenangan mereka atas hasil usaha dan kerja keras mereka.

Sekali lagi aku ucapkan tahniah buat skuad negara, bukan saja untuk Khairul Fahmai Che Mat yang menahan gol, tetapi untuk semua pemain dalam skuad negara kita, korang memang the best la, bukan kat fesbuk tapi aku nak bagitau kat sini yang aku memang BANGGA SANGAT-SANGAT MENJADI ANAK MELAYU yang hidup di Malaysia ni, bukan Malingsia tau rakyat Indonesia, kepada rakyat indonesia tu, kalau ada yang terbaca la, aku tau bukan semua yang membenci Malaysia, fikirlah dulu sebelum mempertikaikan sesuatu dan aku yakin pasti ada pihak ketiga yang penuh hasad dengki yang cuba memecahbelahkan kita sebagai negara jiran ni, biasa la adik-beradik bergaduh, aku dengan abang aku pun selalu bergaduh, so, pada yang cuba buat hal tu berenti la, macam bodoh je tindakan korang, dalam kubur nanti dapatlah korang merasa 'hasil' dari tindakan celaka yang korang buat tu. kalau korang tak mau berenti gak, aku pun tak tau la nak cakap apa lagi, buat penat je, tapi, aku tak kesah pon, hehehe (macam biasalah)

Ok, banyak2 aku cakap, taip? pun ntah tak ada orang nak dengar, hehe, aku tak kisah pun, Jadi sampai sini sajalah aku mengarut malam ni. heee..


P/s- sekali lagi kasi panas......AKU BANGGA JADI ANAK MELAYU YANG BOLEH BERSORAK BILA SKUAD NEGARA AKU MENANG!!! ulang 10x

1 comment:

armouris said...

tahniah Malaysia! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

mencari segala hasil leteran aku di sini