Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Monday, December 13, 2010

Bila manusia tak mampu

     Selalu kalau aku demam aku akan teringat macam2, waktu demam2 ni memang aku akan teringat banyak benda, masalah yang lama2, masalah yang baru, masalah dunia, huhu, sebab aku ni jenis yang bila aku ada masalah aku akan buat dek ja, kecuali la kalau aku ada masalah yang melibatkan orang lain. Pemahaman aku ialah bila aku ada masalah ataupun kecemasan, baik aku buat tak tahu, ataupun jangan fikir sangat, kalau aku fikir kompem2 aku nervous semacam, dan selalu penyelesaian terbaik aku ialah tidor sekejap, bangun2 terus makan takpun aku p jogging, lepas tu masalah aku selalunya kompem2 akan selesai, memang selalu macam tu, owhh!! dan tak lupa juga lupa ambil wuduk dan sembahyang kalau dah masuk waktu..^_^

Tapi dari semalam sampai hari ni lain sangat, yeahh, macam aku cakap tadi, bila aku tengah demam aku memang terpaksa memikir segala masalah yang ada, maybe sebab aku susah nak bergerak sangat kot, dan tadi aku terfikir masalah yang sangat besar, err,, pada aku je kot, yeahh,, bila manusia tak mampu nak menggerakkan badan mereka, tak boleh nak melakukan aktiviti macam biasa, maksud aku lumpuh, aku yang baru demam panas ni pun dah susah sangat nak gerakkan badan, macam mana la orang yang lumpuh 1 badan ataupun sebahagian badan tu boleh hidup dengan tenang tanpa banyak cakap? aku bersyukur sangat2 la pasal aku demam ja, xde sampai lumpuh2 ni, huhu..

konklusinya aku harap esok baik la aku, tamau aku nak memikirkan masalah2 yang membebankan aku lagi, banyak lagi aku nak kena buat dalam minggu ni, nak kena uruskan kem sahsiah dan jatidiri yang macam pengurusannya agak kucar kacir, kerja freelance aku yang semakin bertambah, semuanya dalam minggu ni, huhu.. harap2 esok aku pulih la, stronger as before, x payah nak memikir masalah yang bukan2 lahi,, amiinnnnn....



P/s- 50% tujuan entry ni ditulis adalah nak suruh korang doakan aku pulih dari demam...:P

No comments:

mencari segala hasil leteran aku di sini