Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Tuesday, December 14, 2010

3 sebab manusia mesti mengumpat!!!

     Kalau korang rajin dok perati kat mana2 pun kat Malaysia yang kita cintai ni, rata2 orang kita suka bersembang, tak kira kaum apa pun, jiran sebelah rumah korang, makcik kat pasar, tok wan kat kedai kopi, budak2 muda kat kedai mamak, remaja kat kfc lecturer kat dalam IPT, dan macam2 lagi,, dalam diorang dok bersembang tu try korang dengar betul2 apa topik yang sedang hangat diperkatakan tu, kalau bukan isu freemason dengan illuminati  nak membesarkan diri sendiri mesti isu tentang orang lain, bukan satu masalah pun bagi diorang nak sembang isu apa2 pon, dan bukan semua dari yang aku sebut tadi macam tu, tapi kebanyakan dari diorang PASTI sedang mengumpat, yeah MENGUMPAT!!!


ni aku macam biasa nak bagi fakta tentang orang Melayu yang suka mengumpat ni, tak banyak 3 fakta je, memang aku reka, tapi dari hasil pemerhatian mata aku yang tak berkaca mata ni la.

1- Orang yang suka mengumpat ni dia nak tutup kesalahan diri, tu yang dia dok mengumpat mengata orang, padahal 99% umpatan dia tu ada kat diri sendiri, dalam fikiran dia kalau dia mengata menunding jari kat mana2 manusia kat muka bumi ni, orang akan ingat dia tak salah, dan dia memang suka dosa fitnah2 orang ni. 

2- Orang yang suka mengumpat ni selalunya bersifat dengki tahap gaban, tak boleh tengok orang berjaya atau senang mulalah dia nak start dia punya hobi, mengumpat sampai kalau boleh orang yang dia dengki tu mati pun dia dok mengumpat lagi, (kejadian ni berlaku dalam sanak saudara aku).. kira mengumpat ni lagi power dari santau semua tu la,, kalah bomoh2 yang pakai jin setan semua tu, haha

3- Ok, yang ni last, 3 fakta cukup kot, sebenarnya banyak lagi, tapi banyak sangat la pulak so, ni je lah yeah, Last, orang yang suka mengumpat ni dah tak de idea nak bersembang dengan orang lain, dia rasa dengan mengumpat mengata orang tak tentu hala diri dia akan diterima ramai, sebenarnya ramai yang tak perasan dia tengah mengumpat untuk menarik perhatian orang demi berkawan dengannya, atau mungkin saja buat2 tak tahu, kejadian ni boleh dilihat di mana2 IPT, selalu orang kata kaum perempuan je selalu buat macam ni, tapi dari pemerhatian aku, lelaki pun tak kurang jugak mulut dia, yang jantina samar2 tu lagi la gempak dia punya mulut, walaupun mulut tak sebesar Angelina Jolie tapi mengata orang macam mulut dia besar saiz mulut dinasour.




P/s- ramai orang x sedar yang diorang tengah mengumpat atau pendek kata mengata orang lain, aku pun tak terkecuali, macam sekarang, aku tengah mengumpat orang yang kuat mengumpat..

4 comments:

marfieyra said...

agree! hee~tapi slalu ny aorg yang suka ngumpat ni, kalau dia tahu dia kena umpat melatah macam dia tak pernah mengumpat je ;)

♥ nur ♥ said...

salam kenal....
setuju dgn semua point di atas...
nur da kena dgn org cmnie.da ngumpat org,fitnah teruk2..pastu guna nama org lain nk tutup ksalahan dia.tgh hadapi org mcm nie skrg..
sory terkomen lebih lak.hehe...
:)

Al Meister Ex a.k.a MASTERX said...

marfieyra- org macam tu memang tak sedar diri, kena buat sesuatu bg dia sedar..:)

nur- salam kenal juga,
sabar la ye, hadapi dgn tenang,
just kena buat something bg dia sedar,,
tp jangan belasah dia lak, ahaha..:)

alynna said...

blogwalking~ ;-)

mencari segala hasil leteran aku di sini