Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Monday, December 27, 2010

3 fakta tentang ucapan terima kasih

     Dalam dunia ni ramai makhluk yang bernama manusia macam kita pernah kena tolong, yeahh,, bila dah kena tolong ramai la yang ucap terima kasih... ramai, bukan semua, ada gak sebilangan kecil yang tak reti bahasa dan buat2 macho ala shah rukh khan kononnya yang tak mau ucap terima kasih ni.

aku buat muka comel ala tamil ni
tak payah le aku ucap terima kasih ye...
Tapi yang pasti dalam Malaysia ni  tak wujud shah rukh khan ataupun amita belacan, so kita sebagai rakyat malaysia yang digelar 1Malaysia kononnya mestilah ada sifat pemurah, yeahh,, pemurah untuk membalas dengan ucapan terima kasih kepada orang yang menolong kita.
Terima kasih ataupun orang putih sebut Thank you ataupun warga cina sebut Xiexie ni adalah ucapan yang wajib diucap kecuali orang tu bisu, itupon boleh pakai bahasa isyarat ataupun body language, tak susah pun la wey nak ucap Terima kasih.

Ok, ni macam biasa aku nak bagi fakta tentang ucapan Terima Kasih ni...

1- Terima kasih diucapkan selepas kita mendapat pertolongan dari orang, tapi ada jugak yang saja dok buat syirik dengan dok ucap terimak asih dekat jin2, setan ataupun makhluk yang orang panggil halus mulus ni, siap  puja dan jamu makan lagi, jangan jamu pizza ngan Kenny Rogers roarsters sudah..

2- Terima kasih mempunyai bahasa pendek ataupun bahasa geli-gelinya, contohnya, maceh, trimas, maseh, makasih, dan macam2 lagi yang biasanya sangat inovatif tapi tak kreatif.

3- Ucapan Terima kasih jika diucap dan tak diucap pada sesuatu waktu pasti akan mendatangkan cemuhan dan menimbulkan kegeraman dan kepanasan kepada sesetengah pihak, contohnya selalu berlaku dikalangan pelajar, situasi seperti ini, bila orang meniru bulat2 asignment yang kita buat sepenuh hati kononnya tanpa mengucapkan ucapan terima kasih, dan bila ucap terima kasih pun dah kompem2 lagi membakar api di dada.. tu yang berlaku pergaduhan dan kes bunuh dalam kampus tu, ngee, ngeri kan?

Ok, macam biasa, 3 je fakta yang aku bagi dengan sepenuh hati, nak lagi silalah jangan segan bertanya encik google yang pemurah dan baik hati lagi bijaksana.


P/s-fakta ni muncul dalam otak aku 8 tahun sekali, sila jangan tanya lagi coz aku pasti lupa lagi..:)



4 comments:

BajinganCinta said...

terima kasi untuk entri ini...kekeke

Al Meister Ex a.k.a MASTERX said...

ahaha,, lepas ni macam kena buat fakta tentang ucapan sama-sama lak..:)

BajinganCinta said...

ko kena buat la.aku tunggu okeh.TITIK.
akakakaka

Al Meister Ex a.k.a MASTERX said...

hee,, akan diusaha... tp jgn terlalu mnunggu..NOKTAH..ahahaha:)

mencari segala hasil leteran aku di sini