Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Thursday, November 11, 2010

Budak lima tahun bela katak gergasi

KATAK, binatang yg paling disayangi ditakuti oleh aku.. haha, bukan takut ok, tapi geli je kot, hahaha, ni merupakan kelemahan terbesar aku, yg lain aku memang perfect?... sudah, daripada layan aku mengarut baik korang layan berita harian yg konon aku bace hari2... semua sumber memang dari bharian nih..


2010/11/1

MOHD Muqri seronok bermain bersama katak gergasi yang dijumpai bapanya di belakang rumah di Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas, semalam.
MOHD Muqri seronok bermain bersama katak gergasi yang dijumpai bapanya di belakang rumah di Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas, semalam.
PASIR MAS: Seorang budak berusia lima tahun tanpa menghiraukan perasaan geli atau takut, membela seekor katak gergasi seberat kira-kira 1.3 kilogram yang ditemui ayahnya ketika membersihkan gerai keluarga dekat Chicha Tinggi, di sini. 

Mohd Muqri Ramli, 5, berkata dia sangat menyayangi katak bersaiz badan 0.3 meter yang jarang ditemui dan kini diberi nama timangan `chica'."Saya sayang dan tidak takut digigit walaupun ia besar dan pelik. Katak ini juga tidak melompat seperti katak lain, walaupun saya bermain dengannya setiap hari," katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung itu, semalam.
Mohd Muqri berkata, dia cuba memberi katak terbabit nasi dan roti tetapi katak berkenaan tidak menyentuh makanan berkenaan. 

Bapanya, Ramli Jaafar, 53, berkata katak gergasi itu ditemui dalam keadaan tidak bergerak kira-kira jam 3 pagi berhampiran gerainya sebelum diambilnya untuk dibela kerana kelihatan pelik. 

"Pada hari pertama ditemui, katak itu memiliki berat 1.3 kilogram dan ia adalah katak terbesar pernah ditemuinya walaupun kulitnya menyerupai katak biasa seperti yang selalu kita jumpa di tepi longkang, sungai atau paya," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Pazil Abdul Patah, berkata katak gergasi itu termasuk dalam spesies Limnonectus sp, yang boleh membesar sehingga 15 sentimeter.

2 comments:

wunny said...

katak???geli..erkk...haha

masterXperfect said...

yeah,, agak geli.. haha

mencari segala hasil leteran aku di sini