Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Tuesday, November 30, 2010

KLCC dari sudut kaca mata aku

     Ok, malam ni aku macam kebuntuan idea sikit nak post apa kat belog aku nih, so, aku nak berkongsi gambar KLCC yang aku shoot ntok saje2.. ni KLCC dari pandangan mata aku yang comel nih,, ahhaha, dari sudut pandangan korang x tau la macam mana.. so enjoy it...:)






P/s- gambor2 ni xdelah cantik sangat pun, tapi aku saja je nak berkongsi dengan korang, yang otai2 tu tolong2lah komem yea..nak mengutuk pon boleh sukahati je, p mampos lah kalo nak kutuk. Hehehe.. peace..:))

Nasi Lemak 6 kupang

     Huisshh,, apa nak jadi ni, tengah2 malam ni tiba2 teringat nasi lemak ni, kempunan nasi lemak kat depan jalan keluar rumah aku la ni.. Pergghh,, esok pagi mesti aku p beli nasi lemak. Baru suruh mak aku kejut awal esok, opss,, kantoi susah nak bangun pagi,, ceh, aku bangun la wey, lepas subuh aku tido balik cukup, ahaha..

Ok, berbalik kepada isu nasi lemak tadi, apa yang bestnya nasi lemak dekat area aku ni, hehe, mesti korang nak tau kan, ni yang nak habaq mai nih, memandangkan aku dah balik belah utara ni memang perlu la aku nak beli nasi lemak kat kampung aku ni, ye la, mana aku nak cari nasi lemak yang betul2 ori kat shah Alam tu, dah cuti2 semester ni dapat la aku melantak puas2.. heheh

Orait, ni ada beberapa fakta penting tentang nasi lemak belah utara nih-

1- Harga yang murah, dekat kampung aku ni yang paling best harga la, 
harga paling murah aku rasa kat malaysia ni,(kalau ada lagi murah sila betulkan yeah)
 60 sen je sebungkus, 6 kupang la orang utara panggil, tapi aku selalu mintak yang seringgit, lagi banyak lauk ayam pun boleh, ahahah, dekat Shah Alam jangan harap la..

2- Nasi lemak kat kampung ni memang sangat sedap,
aku rasa santan dia memang cukup best la,
lemak kampung la katakan, ahaks.

3- Fresh giler baban, ahahha, aku pun tak tau kat mana yang segar tu,
tapi ni ayat membe aku la, dia asyik cakap ayat ni,
waktu aku sekolah dulu la, dulu 30sen pon boleh dapat sebungkus. 

4-Sebab Nasi Lemak dia memang nasi lemak bukan
nasi tomato ataupun nasi beriani.
faham? x paham??
aku pun da x paham,,
ahahaha,

5- Nak lagi ke fakta??
korang layan aku merapu watpe tah??
motif aku nak beli nasi lemak je esok,
wahahahaha, 
padan muka korang penat baca..hahaha


Oklah, korang layan aku pun wat pe, dah, jom usha gambar yang dicilok dari encik google nih, nasi lemak yang sodap gitu..ahaha..

yang ni terbaik

yang ni siap dengan sayur yang sedap gitu

yang ni standard, tapi puas la kalo dapat nih, hehe






hehe, tapi yang ni?? coconut rice?? huahahah

Monday, November 29, 2010

Blog yang menarik untuk sama-sama belajar tentang photography

     Ok, kali ni aku nak promote blog orang lak, memandangkan salah satu hobi tegar aku ialah menembak gambar, so aku nak berkongsi satu blog yang berkongsi maklumat tentang photography nih. Aku tau ramai antara korang yang mempunyai kamera kompak dan kamera DSLR dan ramai yang hebat-hebat menangkap gambar nih, ramai jugak la antara korang yang buat part time job dalam photography ni tapi dari sudut pemerhatian aku yang x berapa pandai sangat ni pun, cuma nak berkongsi, aku tengok ramai yang mengabaikan asas photography itu sendiri. cakap banyak tarak guna, kalau korang nak tau apa tu asas dan elemen dalam photography bolehlah korang jenguk-jenguk blog ni, maybe ramai yang dah tau, tapi AKU NAK BAGITAU JUGAK!!.. hehe,, tuan punya blog ialah bro NORIZAM SABRAN. korang klik lah untuk ke blog dia.

aku sebenarnya sangat menyanjungi orang-orang yang macam ni, berkongsi ilmu, buat kerja amal, dan tak sombong, wahhh,, banyak dah aku puji brader ni. hehe.. papehal pon orang kata nak menuntut ilmu tu jangan separuh jalan, teruskan la walaupun banyak halangan yang korang akan tempuh,, cheewaahhh,, bermadah pujangga lak aku hari ni.

Lepas ni aku pulak nak berkongsi ilmu-ilmu yang aku ada, walaupun agak cetek jika nak dibandingkan dengan otai-otai di luar sana...:P

P/s- Sebenarnya banyak blog2 dan web2 yang ajar photography ni, tapi aku nak promote yang ni coz bro nih suka wat kerja amal, dan aku pernah ikut salah 1 program dia.... Klik je la ye kat link tu, jangan malas-malas nak klik yeaaa...:))

perarakan gay di india?? uikkss..


      Berita hari ini di kosmo online.. huh,, gay nak diterima masyarakat?? penyakit apakah ni? tamau cakap banyak mai baca news nih..

NEW DELHI - Ribuan orang menari, menyanyi dan bersorak di beberapa batang jalan raya di sini semalam dalam perarakan pertama gay, lesbian dan pondan di India.
Seramai 2,000 aktivis gay termasuk penyokong cara hidup bebas itu menjerit pelbagai slogan dan membawa poster semasa mereka berarak.
"Hari ini merupakan hari untuk menyatakan bahawa kami merupakan gay dan kami berasa bangga. Kami tidak pergi ke mana-mana, kami merupakan sebahagian daripada masyarakat," kata salah seorang penganjur, Amit Agrawal.
Perarakan itu dilakukan sejak gay dibenarkan berdasarkan undang-undang India. - Reuters
hoh?? ini sudah bahaya..
-Gambar dan berita diambil dari Kosmo online.

P/s- kalau kat negara kita jadi macam ni macam mana?? mesti geng2 gay a.k.a anak ikan emas kt Malaysia ni gembira sepenuh2 hati,, tatau la apa nak jadi dengan masyarakat sekarang ni. X tahan poster dalam gambar tu "my hero is Homo".. haqqqq tuuuiihhh!!! geli i bang...:))

Sunday, November 28, 2010

Bahaya!! zombie menyerang kembali!!!

Heheh,, entry kali ni tentang filem terbaru Mamat Khalid yang pastinya bergenrekan lawak berisi, Hantu kak Limah balik Rumah, sekual ke-2 dari filem Zombie kampung pisang, sebuah cerita yang membuatkan aku tergelak sampai sakit six pek aku,, ahahaha.. movie ni bukan lah movie lawak yang merugikan duit aku semata-mata seperti filem 2 Alam..??.. 2 Alam lawak ke?? aku pun tak tau, coz aku x p tengok pun, ahahaha.. yang penting dalam poster filem Hantu Kak limah Balik Rumah ni tak ada pun gambar produser ataupun pengarahnya... Sori ye Dr Rozmey, bukan nak mengutuk tapi mengata je.. ahahaha, apa hal pon jom layan trailer filem ni..




Poster filem ni pun boleh tahan,, x macam 2 Alam yang terlebih gempak mengalahkan Exorcism, hehehh

teknik manipulasi untuk poster filem ni pun boleh tahan, sangat klasik.

P/s- kalau 2 Alam dah pecah panggung, yang ni mesti meletup terus panggung tu kan? hehehh

Saturday, November 27, 2010

Kenapa aku tak letak gambar muka aku yang sebenar kat profile??

     Soalan yang aku dapat petang tadi dari seorang rakan.. "Awat hang x letak gambaq betul hang kat blog?? nanti orang x kenal".... aku agak terkedu mendengar soalan ni, ahaks.

Ok, jawapan aku dari soalan tadi, sebab aku x mau letak gambar muka aku yang ala2 fahrin ahmad  ni because of,
1- aku nak banyakkan follower aku dulu, target aku bila follower aku cecah 100, aku akan letak gambo aku yang x hensem nih.. hahaha (skill nak suruh orang follow ramai2)
2- aku sebenarnya mula2 nak buat blog aku ni macam blog yang secret, yeah, tapi aku seorang yang susah nak berahsia, so aku akan letak gak gambo2 aku suatu hari nanti.
3- aku nak buat kejutan untuk seseorang, siapa? rahsiaaaaa...(baru cakap susah berahsia da nak berahsia, adeehh,,hehe)
4- aku pada mulanya nak jadikan blog ni dalam bentuk grafik bergambar, yela, aku nak melukis semua watak dalam blog ni, tapi bila aku teringat citer blogger boy, terus x jadi, bukan apa, nanti jadi semacam satu plagiat lak, macam x tau mulut manusia kan? eh silap dalam ni semua bloggerian, x pakai mulut, so sekali lagi, macam la x tau tangan blogger ka?? hahaha
&.....
5- ..........................SUKAHATI AKU LA NAK LETAK GAMBAR AKU KE TAK!! BUKAN AKU REMBAT DUIT NUFFNANG KAU PUN!!!......................................

hahahaha,, tamat sudah riwayat persoalan yang ditanya kat aku tadi, harap2 terjawab la yek orang yang bertanya tu, jangan ada yang berkecil hati yea, kalau ada pun sila ulang ayat yang aku taip besar2 kaler merah kat atas tu....:)))


p/s- silalah follow aku bg cukup seratus yea, kompem aku letak gambar aku banyak2 sampai korang meluat,, cepat follow2... sambil komen banyak2 tau.... ahahahhahaa...:)))

Syahrini mahukan suami yang boleh jadi imam?? lawak paling teruk abad ini!!!

sumber dan gambar ni dicedok dari kosmo online, news yang teramat lawak dari seorang wanita yang digelar artis yang amat seksi..:)


PENYANYI yang seorang ini seakan sudah berada dalam pakej yang lengkap. Cantik, seksi dan masih solo membuatkan wanita berusia 29 tahun ini sentiasa didekati kumbang.
Menurut Syahrini, ramai jejaka yang mahu mendekati dirinya bahkan ada yang menyuarakan isi hati untuk meminangnya.
"Yang berusaha dekat memang ada. Yang mahu meminang juga ada. Bohonglah kalau saya kata tiada. Tetapi adakah mereka cukup kuat untuk berhadapan dengan pekerjaan saya sekarang? Kalau sudah menikah kelak, pilihan hati saya itu harus menjadi imam dan saya sangat berharap agar mendapat lelaki yang baik," ujar Syahrini jujur.
Lebih lanjut lagi, penyanyi yang mesra disapa dengan panggilan Rini ini menyatakan bahawa dia mahu terus menyanyi walau pun sudah mendirikan rumahtangga kelak.

"Kalau diizinkan, saya tetap mahu berkarya. Saya jenis yang tidak boleh duduk diam di rumah. Untuk permulaan perkahwinan mungkin boleh tetapi selepas itu saya mahu pasangan saya mendokong kerjaya saya,"pinta Syahrini.

memang lawak kan?? kan?? macam ni ke nak suami yang kononnya beriman dan boleh jadi imam??
macam ni?

macam ni nak laki2 yang boleh jadi imam?
macam ni ke?? mampu ke nak jadi walaupun makmum ??
buat malu orang islam je dia punya kenyataan.


p/s- kalau macam ni la kononnya, jangankan harap nak suami yang soleh boleh jadi imam, mat rempit pun x mau lah jadi imam kat dia ni...

kenangan bermula!

sekian lama,
berjumpa kembali akhirnya,
dalam fesbuk tempat terjumpa,
hati tertutup terbuka semula ,
adakah ingin kembali bermula,
bibit-bibit rahsia,
dari malaikat mulia,
ataupun mainan durjana,
mainan syaitan si celaka,

ni yang nak jadi berbunga-bunga nih..


p/s- entri ni sedikit jiwang (jangan termuntah yea, hahaha)

Friday, November 26, 2010

Pulau Yeon Pyeong Korea Selatan diserang Korea Utara

Beberapa hari lepas Pulau yeon Pyeong di korea selatan telah diserang oleh korea utara.. hmm.. nampaknya peperangan mungkin akan tercetus tidak lama lagi, dan kemungkinan besar akan melibatkan kuasa-kuasa besar yang lain.. Adakah akan berlaku perang dunia? selamatkah kita yang aman damai di Malaysia ni? wallahualam.. aku pon xtau.. apa2 pun kalau nak tau lebih lanjut masuklah ke blog Tok Esah ni...

klik je link ni, senang kan?? hehe..
http://taq6889.blogspot.com/2010/11/situasi-tegang-di-semenanjung-korea.html

Rokok ataupun pampers, mana lebih penting??

      Pengalaman dijadikan idea!! yea,, aku mendapat pengajaran dari pengalaman bekerja di mini mart @ bahasa melayu kedai runcit, nak cerita la sikit yea, berdasarkan moment berharga ni..

seorang lelaki masuk ke kedai dimana aku bekerja, dipercayai bapa orang berdasarkan usia lanjutnya yang tidak menampakkan ke'teruna'annya.
aku : lu mau beli apa pak cik? (slang cina coz tiru pelat bos aku)
bapak orang : bagi aku pampers, xmau yang sebungkus tau, aku xde duit, bagi 4 keping je.
aku : baik pakcik, tunggu kejap.
aku pun pegi ambik dan bagi kat dia.
aku : wey orang tua, nah ambik ni, p bayar kat kaunter, 70sen sekeping tau..(lagak aku ala2 mafia)
dia pun p kat kaunter bayar kt tokey dengan penuh ketakutan
bapak orang : tokey, nah kira, eemmm............ bagi aku rokok donhell sekotak, ahh!! 2 kotak la, malam ni aku nak perabih 2 kotak sekaligus sambil dodoi anak & layan astro..
tokey : waa,, hebat la u ni orang tua, isap 2 kotak sekali, orang isap rokok u isap kotak.. kah3 (dalam hati je)
aku : orang tua bangang!!! isap rokok ada lak duit!!! (ni pon dalam hati aku je)
bapak orang : Ok, bungkuskan, aku nak balik, nak tengok Astro chanel 999.
tokey : ok.
yang ni ada kot kat kedai2

yang ni pon ada gak kot

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                                                                      TAPI.....................




yang ni susah nak jumpak!! RARE nih!!

selama 3 hari aku bekerja ni aku perasan ada bapak orang datang ke kedai dan mintak pampers anak, tak banyak dia beli, dalam 4 keping pampers je, diulangi, bukan 1 bungkus pampers tapi 4 atau 5 keping pampers saja!!! dan kejadian ini kerap berlaku.

bukan aku nak kata apa, aku tau la selalu orang yang beli sikit-sikit ni coz x mampu nak beli 1 bungkus, yang tu aku x kisah la, TETAPI the problem sekarang bila diorang beli pampers bila nak bayar diorang akan mintak 1 benda lagi,, yea!! ROKOK!! hahahha, yang menjadi problem sekarang ialah rokok tu belinya sampai sekotak, ada yang beli dua kotak terus, pampers punyalah berkira, tapi rokok sanggup beli berkotak-kotak. esoknya muka tu juga yang beli rokok ngan pampers. kalau dia x beli rokok tu dah tentu la sah2 dia dapat beli 2 bungkus pampers sekali gus!! kesian la kat anak sama wei, nasib baik aku x maki dia time tu. aku segan je nak maki. takut kot dia nangis.

Moral of this cerita ialah, kalau dah tau diri tu xde duit jangan la merokok, baik beli pampers anak takpun bagi kat aku, tokey aku kedekut, gaji sikit je dia bagi.. hohoho


p/s- untuk perhatian, kedai aku bekerja hanyalah kedai runcit biasa, tapi tokey dia boley upah 3 orang pekerja dalam 1  masa, siap boley melancong kat singapore dan mana-mana lagi yang dia mau. Jadi jangan anggap kedai runcit tak untung banyak tau!!! - nanti bila aku kahwin dengan awek aku (Lisa Surihani) kan, aku nak bukak pasaraya lak, baru gempak...:D


Tuesday, November 23, 2010

Halaman Asmara

     Dulu time aku masih zaman muda remaja, cesshh,, mcam sekarang aku bukan remaja.. haha, masa tu aku sangat meminati seorang artis ni. yeahh, awie.. dan lagu ni yang paling aku teringat sampai sekarang. Waktu tu impian dan cita-cita aku bukan nak jadi artis, bukan designer, bukan arkitek, bukan perdana menteri, bukan pramugara, bukan photographer, tetapi aku NAK JADI AWIE. yeahh, aku nak jadi AWIE...lawak kan?? gelak la puas2, aku tak dengar pun.. hahaha

     Kalau korang tak kenal Awie, dan korang adalah penduduk malaysia, baik korang tanam kepala dalam bumi cepat!!! aku x kisah pun, janji dia memang idola aku zaman aku kecik2,, berbalik pada zaman sekarang aku dah jarang dengar lagu2 macam ni, cuma sekarang bila aku p karaoke, aku mula terjebak balik dalam kancah lagu2 rock kapak AWIE ni...

      ya... walaupun sekarang aku remaja yang dilanda alunan dari paramore?, love me butch, prana, linkin park, one buck short, katy perry, colbie caillat, daughtry, green day, avanged svnfold, bunkfoss? dan yang seangkatan dengannya tetapi sekarang aku dah terjebak balik dengan rock kapak bawaan AWIE wings ni.. kenangan beb! aku rasa korang yang pernah mempunyai feel yang sama macam aku akan memahami perasaan ni, perasaan yang makin hilang ditenggelami zaman yang kononnya moden kepala bapak kau moden.


     Ok, berbalik kepada lagu AWIE ni, lagu nyang paling aku suka ialah bila AWIE berduet dengan ZIANA ZAIN,, yeahhh,, korang mesti layan.. walaupun aku penat baru balik kerja, tapi aku terus layan lagu ni, hilang terus penat aku...

     korang kalau nak layan lagu halaman asmara ni klik je kat link ni, bukan payah pun... hehe
  http://www.youtube.com/watch?v=2ROXQ_dUknc&NR=1

awie dalam ingatan aku walaupun dah samar2

walaupun aku x jadi awie sekarang,
tapi aku bersyukur aku jadi diri aku
dan aku yakin lagi menarik dari awie yang aku nak jadi dulu
--cesh, ayat konon bagos-- 

p/s - tu belum zaman orang tua kita yang layan P.RAMLI,, ini ikon lagi legend...:))


Monday, November 22, 2010

Kempunan nak tonton Harry Potter...


                 Huh!! hari ni memang aku macam kempunan, yea, kempunan nak tengok harry potter, dah sampai pawagam tadi tapi movie Harry potter postpone,, ceshh,, apa punya pawagam daa, (pawagam mana cari sendiri)... yang available cuma 2 Alam, huh, so, nak tengok ke? hahha, jangan buat lawak, tak mungkin ok, takkan nak tengok filem orang angkuh si DrRozmey yang giler glamor baban bogkak. Tapi tu lah siapa suruh tak tengok jadual dulu, selalu sebelum ke pawagam mesti usha, ni main bedal je pergi. Sebenarnya kalau x silap memang hari ni ada lagi.. hmmpphh,, entah la.. esok lah pulak pegi tengok budak magic tu.. nasib badan...
awek aku pun sedih gak x dapat tengok Harry Potter ini tipu semata-mata


p/s- nasib baik bukan Lisa Surihani jadi actor, kalo x da lama aku bakar pawagam tu..

Thursday, November 18, 2010

Gunting Rambut

Bersempena raya Aidiladha ni, aku telah mengorbankan rambut kesayangan aku yg ala2 afro ni,, huhu,, terpaksa la buat style yang baru...
kali ni macam nak buat gaya rambut yang sedikit mantap dari curly ala afro yg 'comel' ni,, comel?? uwweeekkk!!!..

adakah macam ni?

atau yg ni?

*ni bukan potong, ni tambah rambut namanya,, haha

ni kot, jambu sikit

or yg ni je, seksikot..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
hahahahahaha

seksi sampai ada yg nk jilat,, eeeuuu,, x senonoh!!

ok, sedikit petua untuk yang mempunyai masalah rambut, GUNAKANLAH KHASIAT KELAPA

jika rambut kerinting tahap gaban, korang ambik sebiji kelapa tua parut, dan perah perahan pertama dalam air suam, lepastu korang telan campurkan dengan limau nipis dan simpan dalam peti sejuk, buat macam pencuci rambut, sapu dan biar selama 2 minit,  pakai dalam seminggu dan lihat hasilnya, insyaallah rambut akan lurus jika diamalkan dengan ikhlas.

Lagi 1 untuk rambut beruban gunakan santan pekat didihkan sampai dpt minyak, minyak itu dicampur dengan darah nyamuk sepinggan halba, gunakan setiap hari, dan isyaallah akan berkurangan, yang penting kena ikhlas.

p/s- gambar dicilok dari google, petua2 ni dipercayai turun-temurun dan jika was2 jangan la mecuba, lagi 1, ini bukan agenda freemason ataupon illuminati... hahaha









Harry Potter!!!

mau tengok movie nih!!! mesti mau tengok!!! jom ramai2 serbu pawagam yg berdekatan cepat!!

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha dari masterX

Gambar ditembak di masjid Shah Alam>>:)

Lepak

            Petang semalam rakan aku call, suara macam cemas,
Mr J : "bero, cepat bero, datang cepat!"..
Dengan salam x bagi
Aku :"hang pasaipa? sadis semacam je?".
Mr J : "Datang la cepat, please"
Dia balas balik tanpa menjawab persoalan aku, anak haram betul,
Aku : "kat mana?"
Mr J : "kt Gua"
Aku : "ok2 5 minit lagi aku sampai".

,,,,Gua tu salah 1 pusat peranginan kt area kg aku.. Aku pun pergi la naik superbike aku Ducatti monster... kali ni aku bawak laju gila, 200km/j, selalu aku bawak 20-50 km/j je, punya la nak kasi orang kampung jeles, nak dipendekkan cerita, sampai je aku kt Gua, aku tengok mr.J rilek je duk kt atas bangku simen sambil dok ngorat awek kampung yang dok lalu lalang,

Aku : "awat hang suruh aku mai? macam emergency gila?"
Mr J : " mne ada, aku nak ajak kau lepak2 je, tadi tu saja je nak suh kau datang laju2, hahahah"
Aku :..........................................................
Mr J : " Eh? naper diam? merah muka ko, marah ke? gahahahahahhaha(gelak jahat)".
________________________________________________________________________________
    dipendekkan cerita esok tu memang Mr.J masuk hospital, kerana dipercayai dibelasah rakan karibnya..

Moral of da story- jangan buat rakan-rakan bersusah payah kerana hanya nak lepak, takut nanti kena sepak dan sepak!!!
salah 1 adengan time aku belasah membe aku
muka aku time tu

p/s- kedua2 image ni dipercayai dicilok dri google...:)

Salah ke menyanyi?

     Ramai orang yang kononnya alim,
sampai menyanyi pun dikatanya haram,
ceteknya ilmu..:(
korang boleh tengok video kat bawah dari Ustaz Kazim Elias, menurut penerangannya
 menyanyi menjadi haram apabila:
1-lirik bertentangan dengan syarak, 
2-diiringi dengan muzik yg menaikkan syahwat, 
3-berlaku pembaziran, 
4-cara penyampaian yg bertentangan dengan syarak
5-bercampur lelaki dan perempuan.

Oleh itu, renung-renungkan la ye bloggers yg beragama islam sekalian..
jom layan video ustaz, best. 
*maybe ramai yg da tengok..




Kenangan Bersama sahabat


     Huhhhh,,, masa cuti sem ni teringat pula dekat rakan-rakan seperjuangan di Universiti, walaupun ada juga berhubung melalui sms dan kerap berpesbuk facebook, tapi bila bersama dan bersua muka lagi terasa seri kegembiraaan tu. Walaupun baru kenal beberapa semester tapi da macam 1 family. Tapi bab bergaduh tu biasa la, otak lain2, pendapat pun lain2, so, mustahil la kalau tak berbalah pendapat, tapi bila masa dekat U teringat pula rakan dekat kampung, lepas tu teringat rakan zaman diploma, zaman sekolah, bukan takat tu, teringat pula rakan zaman tadika dan rakan zaman baru lahir. Ok, disebabkan kerinduan pada rakan2 so ada sedikit hasil seni yang x seberapa ni.. dipersilakan rakan2 bloger mengomen mengutuk.
tekan tikus korang untuk besarkan
p/s- gambar ni diambil di Penang...:)

Sunday, November 14, 2010

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU

             selamat berblogging...;D

Isu gambar Nabil cium mulut

    Nabil... nabil.... hmmpphhh

Gambar Nabil? comolot...

hah!! muka Nabil marah benar tuh,,
kalo betul kena fitnah baik
saman je saper yg buat nih,
memang pendengki giler. 


    Lagi persoalan 
   Betul ke ni superimpose? 
                 Bukan dia kantoi ngan awek dia ke? (kes kena serbu kt apartment dia)
                  Hensem sangat ke Nabil macam Fahrin Ahmad?
         Adakah ni konspirasi Freemason?
          Agenda yahudi laknatullah?

Apa2 pun, hanya tuhan yg maha mengetahui.......
                              
                        

mai layan binatang kt i-city shah alam

       Yeah, entry kali ini aku nak jamu mata korang dengan keindahan binatang dekat i-city seksyen 7 Shah Alam, semua gambar ni di shoot ngan kamera murahan, tak banyak sangat gambar,..  ermm, perhatian ye, binatang ni x hidup ok,, hahahha,,  jom enjoy.


klik pada gambar untuk enlarge

Saturday, November 13, 2010

Dua follower awal yang dikasihi

             Ok, kali ni aku sangat happy kerana aku da ada 2 follower. Hahaha, yeah DUA follower, walaupun hanya 1500 DUA follower, tetapi mereka berdua ni la follower yang tak akan aku lupa... 2 follower yang terawal blog ni ialah Wunny_2012 dan Azman Rozman. Korang is the best, yeah... Terima kasih yg tak terhingga kepada mereka dan harap-harap mereka ni akan terus menfollow blog nih dan harap-harap lg ramai yang akan menyusul lepas ni...
                 Oleh itu aku sertakan sedikit design yg tak seberapa ni untuk korang,,, heheh,, TQ, enjoy..

Friday, November 12, 2010

SKYLINE - Don't look up

Poster film skyline
      Salam,, yeah, Skyline, sebuah movie hebat hasil tangan pengarah dan producer adik-beradik duo bukan trio, Brothers Strause yang memang tidak asing lagi dengan skil special effects mereka. Sebelum ini mereka telah menghasilkan special effects untuk filem popular Iron man, 300 dan Avatar melalui syarikat mereka Hydraulx.
Pada pendapat aku Skyline ni boleh la dikatakan 1 filem alien yg membuatkan aku nak tengok. Petang tadi aku menemani rakan aku ngan awek dia, Mr.M ngan Mrs.E tengok movie nih. 
Heheh, sebenarnya aku dapat tiket free, so aku sangatlah suka hati kembang bontot. Memandangkan aku tengok free, so, aku tak adalah nak komen2 sangat movie nih. Movie ni boleh tahan tapi aku masih tak faham kenapa otak hero dia hebat sangat,, aahhh,, aku citer ngan korang pon komfem korang tak tau, hahaha, tapi aku rasa movie ni haruslah ditonton free jika korang ni sangat menggemarkan cerita-cerita yang agak best efek-efek speSIAL nih...hahaha. 


Efek2 dalam filem ni memang speSial sampai aku pun rasa macam alien tu betul-betul nak serang aku, namun ada la jugak kesilapan-kesilapan yg boleh di detected oleh aku, aku pun tak tahu itu kesilapan ataupun director filem ni saja nak buat macam tu.. salah 1 contohnya ada 1 babak yg high motion, aku x paham kenapa diorang nak lajukan bahagian tuh, ni kutukan pendapat aku saja la, tapi aku rasa korang patut tengok filem ni walaupun macam hanjing aku macam tak suka ending filem ni.. tengok tau.. 
'Don't look up',, tagline movie ni yang dah bosan rakan-rakan aku dengar dari mulut aku..heheh
Nilah actor utama movie nih,
ok ni aku kasi sedikit fakta yg wajib korang tau tentang dia nih (dalam filem)

-otak dia nih power (kaler lain dari otak human yg lain??)
-nama sebenar dia Eric Balfour bukan Balthree atau Barseven
-dia x sehensem MasterX & Fahrin Ahmad
-dia bukan orang melayu
-dia x suka makan belacan 

lagi poster film nih
Ok smpai sini saja, aku malas nk layan dah movie skyline nih, aku nk naik Skyline (tipu) kesayangan aku ni lak,, heheh, bye2...

Thursday, November 11, 2010

Budak lima tahun bela katak gergasi

KATAK, binatang yg paling disayangi ditakuti oleh aku.. haha, bukan takut ok, tapi geli je kot, hahaha, ni merupakan kelemahan terbesar aku, yg lain aku memang perfect?... sudah, daripada layan aku mengarut baik korang layan berita harian yg konon aku bace hari2... semua sumber memang dari bharian nih..


2010/11/1

MOHD Muqri seronok bermain bersama katak gergasi yang dijumpai bapanya di belakang rumah di Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas, semalam.
MOHD Muqri seronok bermain bersama katak gergasi yang dijumpai bapanya di belakang rumah di Kampung Chicha Tinggi, Pasir Mas, semalam.
PASIR MAS: Seorang budak berusia lima tahun tanpa menghiraukan perasaan geli atau takut, membela seekor katak gergasi seberat kira-kira 1.3 kilogram yang ditemui ayahnya ketika membersihkan gerai keluarga dekat Chicha Tinggi, di sini. 

Mohd Muqri Ramli, 5, berkata dia sangat menyayangi katak bersaiz badan 0.3 meter yang jarang ditemui dan kini diberi nama timangan `chica'."Saya sayang dan tidak takut digigit walaupun ia besar dan pelik. Katak ini juga tidak melompat seperti katak lain, walaupun saya bermain dengannya setiap hari," katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung itu, semalam.
Mohd Muqri berkata, dia cuba memberi katak terbabit nasi dan roti tetapi katak berkenaan tidak menyentuh makanan berkenaan. 

Bapanya, Ramli Jaafar, 53, berkata katak gergasi itu ditemui dalam keadaan tidak bergerak kira-kira jam 3 pagi berhampiran gerainya sebelum diambilnya untuk dibela kerana kelihatan pelik. 

"Pada hari pertama ditemui, katak itu memiliki berat 1.3 kilogram dan ia adalah katak terbesar pernah ditemuinya walaupun kulitnya menyerupai katak biasa seperti yang selalu kita jumpa di tepi longkang, sungai atau paya," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Pazil Abdul Patah, berkata katak gergasi itu termasuk dalam spesies Limnonectus sp, yang boleh membesar sehingga 15 sentimeter.

TAIK LEMBU!!!

       Sebenarnya hari ni patut ak menguploud gambar yang kena dengan tajuk aku ke dalam blog ni, tapi disebabkan aku telah kehilangan charger lappy kesayangan aku, hmmmpphhh, terpaksa la menunggu masa untuk membeli charger yang baru... (coz jangkamasa aku nk wat posting sangat pendek)
Sebenornye aku tak harap pun nak buat posting yang mengarut dan terlebih mencarut sangat hari ni, aku cuma nak kongsi dengan korang kisah ni......

         ....pagi tadi lepas aku pergi ambik motor kesayangan aku Ducatti monster 696 dekat post office, aku memang terkesima bila aku nengok superbike kesayangan aku & kesayangan kucing aku tu tergores sikit dekat cover dia,, punyalah bengang aku macam nak angkat jari tengah dekat 'makcik' yang jaga kaunter post office tu. Nasib baik otak aku dapat memikir jugak time tu, (ye la, bukan dia yg calarkan moto aku)..
dengan hensem x sedar diri aku terus beredar dari situ dengan membe baik aku MR.M.. huu... kitorang pun belahlah dengan selamber macam mat rempit baru dapat Ducatti. Aku dengan amarah yang terlampau terus mengajak mr.M nih makan dekat restoran ayam cap orang tua merah yg konon feymes kt malaysia nih. Punyalah bertambah amarahnye aku bila aku dapat layanan yg teruk dari kat situ, udah lah meja x kemas, orang bukan main ramai, tu pon nk marah? 
Ok, tadi tu mukadimah je, cerita aku yg sebenarnye ialah time lepas makan tu aku pegi karaoke, punyalah sedap aku nyanyi lagu awie dengan meet pakcik hussain, ada pulak atok ngan nenek sape ntah main game arked betul-betul depan bilik aku karoke, lepas tu kitorang pon tengah berduet tu tergelak beruk la, hahahahaahha,, komfem lawak, atuk ngan nenek bawak cucu, tapi diorg yang main game, tekken kalau x silap aku, hahahaha...
Aku yang tengah berkaraoke tu pon tergelak dengan mikrofon di bibir, dan aku rasa diorang dengar dan nenek tu pun mengangkat JARI TENGAH dia kt aku, aiikk,, ape kebenda nenek nih??? tua pon x sedar diri? patut pun main game arked x ingat dunia,, dunia zaman sekarang ni memang dah teruk, orang tua pun dah teruk-teruk, apatah lagi yang muda-muda..
Nilah pengaruh freemason zaman sekarang nih.. hahahaha, yang ni ak mengarut je.. oklah berbalik kepada cerita asal aku, lepas habis karaoke aku pon nak balik la coz hari ni sangat tidak best untuk aku berseronok, haha, so bila nak naik motobike terus aku terbau busuk, aku tanya mr.M, dia kata 'tengok tayar moto kau'....
SHITTTT,,
macam mana la aku boleh langgar taik lembu tgah2 bandaraya ni?? setan betul..  A!@DS@E!@DS!@#$%@
achung jari tengah!!!
*gambar dari google semata2

mencari segala hasil leteran aku di sini