Dah masuk lepak kat sini pandai-pandai la follow yea...

Friday, December 31, 2010

Khairul Fahmi Che Mat, twitter beliau dah mencapai kelima tertinggi di dunia

    Wah, hebat lah encik penjaga gol skuad Malaysia ni, baru beberapa hari namanya dah melonjak naik, bangga la dengan anak Melayu nih.. aku saja je wat entri ni memandangkan ramai la gak bloggers yang buat entri nih, aku tak mau ketinggalan.. hehe, maybe lepas ni aku kena main bola sepak posisi gol keeper je, tangkap bola banyak2 mesti ramai yang minat, lepas tu blog aku pun terus la banyak pengunjungnya, hehe..

gambar dicilok dari google
dikatakan beliau sangat popular dan hensem gak la, hehe.. nasib baik dia dah ada awek, kalau tak mesti ramai makcik2 kat luar tu yang nak buat dia menantu, bertuah badan, sejuk hati mak mertua dia.. hehe.. tapi memang ramai pun aweks2 yang aku rasa nak pikat dia walaupun dia dah ada bakal tunang.. cantik lak tu bakal tunang dia dan beliau seorang bloger yang semakin bertambah follower2nya. bertuah badan eh dapat boyfren macam ni.. heee... Khairu Fahmi you r the best la.. teruskan lagi usaha untuk memartabatkan sukan bolasepak di Malaysia kita ni. kepada yang iri hati tu sila la buang niat2 kotor kamu, serta dengar kata FAM ada tambah ganjaran untuk wira2 kita yang menang piala suzuki ni.. dan parti2 yang nak mengambil kesempatan dengan agenda politik apatah tu sila la jangan merosakkan arena bolasepak Malaysia nih, nanti semangat wira2 kita yang baru naik ni rosak pulak.. Ok.. harap2 kejayaan skuad bolasepak negara akan terus menyerlah sampai bila2... mana tahu MU nak beli Khairul Fahmi ni ganti Van De Sar... aminnn...



P/s- lepas ni mesti ramai awek yang suruh pakwe diorang main bola lak lepas ni.. posisi mesti la gol keeper, hot la para gol keeper kat kampung sekalian... hehe..

maksud sombong

Pengertian sombong- menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bong­kak: Jangan berkawan dgn orang yg ~. menyombong berkelakuan atau ber­laku sombong: Jangan hendak ~ kpd aku. menyombongkan me­nyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kekayaanmu. ~ diri me­ninggi-ninggikan (memegahkan) diri. kesombongan sifat sombong; keangkuhan. penyombong orang yg sombong.
~sumber dari kamus dewan online~


Jadi sombong membawa maksud menghargai diri sendiri secara terlampau la, pendek kata obses pada diri sendiri, terlalu megah diri.. itu maksud sombong rupanya..
Dulu masa aku mula masuk uitm waktu MMS, ada sorang ni kata aku sombong,
padahal belum pun dia cakap dengan aku,
tak berborak pun dengan aku..
sikit pun tak bercakap..tup tup member dia cakap dia kata aku sombong..
 jadi mana dia tau aku sombong?
itulah persoalannya hari ni, hehe..

maybe masa MMS (minggu mesra siswa) tu aku agak diam,
maklumla aku ni kan pemalu gak la kalau nak diikutkan dari penampilan.. haha
bukannya aku tak nak berborak tapi topik tak ada..
baik diam kan dari kita merepek meraban walaupun aku memang suka merepek..
maybe sebab tu aku digelar sombong?
haha.. lawak. aku tak kisah pun sebenarnya..
just tiba2 nak buat entri tentang sombong..
cari punya cari dah tau maksud yang sebenar (budak sekolah rendah punya level la tu pun tak tau.. cihh)
kira aku tak sombong la,
just pemalu je, hehe..
aku lak jarang nak tegur orang kecuali orang yang mulakan dulu perbualan,
samalah dengan rakan2, sahabat maupun kazen2 aku..
so, anyone yang nampak aku tak bercakap atau buat muka ala2 poyo tu
bukan aku sombong tapi aku malu je, maklumla kita ni pemalu. hee..



P/s- entri ni dibuat untuk menegaskan yang aku sebenarnya bukanlah seorang yang sombong tapi hanyalah seorang yang pemalu yang mempunyai kemaluan....kahkahkah... gelak sampai pukul 2 pagi...

tips untuk jadi berani

     Ok, kali ni meh tengok tips untuk nak jadi berani, ramai orang nampak je berani tapi bila nak membentangkan sesuatu masa presentation ataupun disuruh nak bagi ucapan mulalah menggelabah, hehe, aku pun macam tu gak kadang2.. yelah mau taknya kita seorang kat depan, kat belkang bukan main ramai.. dalam fikiran dah kusut masai, macam2 fikir, So, tamau cakap banyak meh aku tunujuk tips nak berani  bila nak presentation...

1- Rehersal! yeah.. latihan dan pengulangan amat penting.. sebelum nak membentangkan sesuatu mestilah membuat latihan dan mestilah diulang sekurang2nya tiga kali.. kalau lebih lagi baik..

2- Jangan tengok mata orang ramai! sebaik2nya alih la pandangan korang kat dinding ataupun sekejap je usha2 penonton.. ni untuk menghilangkan rasa nervous korang tu..

3- Perlu ada bantuan! percayalah, korang bukan ada super power ke apa nak ingat macam2 dalam kepala otak, untuk penyelesaian bawaklah seditkit nota untuk membantu ingatan kamu, bukannya bawak nota tebal2, dan kalau korang menggunakan slide, isilah slide tu seringkas dan sebaik mungkin..

4- Jangan terlalu mengulang perkara yang sama! kadang2 kita bila dah blur mesti akan terulang benda yang sama, ye lah point dah hilang kan.. So, lebih baik korang berhenti dari mengulang point yang korang dah cakap atau jelaskan, kalau aku pun bosan nak dengar.. haha

5- Sentiasa bergerak! percayalah, kalau korang asyik berdiri satu tempat je mesti korang akan gugup, baik korang bergerak sedikit, contohnya berjalan ke arah depan sambil berinteraksi dengan orang ramai, so, tak adalah orang tidur masa pembentangan korang..

6- Doa dan zikir! yeah.. yang ni paling penting, bacalah doa apa yang patut.. mintak tolong dekat tuhan sebelum korang nak bentang sesuatu ataupun bila korang terlupa sesuatu, percayalah, dulu aku tak pernah nak baca doa time presentation, tu yang gugup semacam.. sebab kita hanya percaya pada kebolehan sendiri je, jangan kita lupa setiap apa yang dibuat tu semua mesti ada izin Nya.. walaupun korang nak makan nasi kena berdoa, apatah lagi nak presentation kat depan orang ramai..inilah satu2nya kekuatan kita.. ada dalam doa tu..

Ok, kali ni aku bagi 6 je tips, hehe, korang layan je la, kalau korang rasa boleh pakai gunakanlah ke jalan yang benar.. ahahaha.. kalau korang rasa tak boleh pakai..... macam biasa aku tak kesah pun. hehe.. so, selamat beramal..


ni bokeh ataupun blur yang aku shoot..
jangan korang blur pulak time presentation..
hehehe..


P/s- Entri kali ni aku bagi tips je, bukan fakta macam selalu.. tapi apa beza fakta ngan tips eh?? nak tau? nantilah... hehe...:D

Thursday, December 30, 2010

seorang diri melayani kebosanan

     Agak bosan tadi, menunggu superbike buatan malaysia aku belum sampai, so aku pun naik tren tros ke subang jaya, dan merewang sorang2, lapar beli croisant dan makan, lepas tu usha barang kat Empire balik subang parade, lpas tu nak naik tren balik rumah beli nasi lemak tepi jalan, baru aku perasan aku da beli barang dapur yang boley tahan banyak, huuu.. kalo hari2 bosan macam ni mau habis duit aku jejalan, dah la sorang2..

P/s- entri ni ditulis sebab aku bosan, kalo korang bosan tak payah baca, so pendek kata aku bosan...

Wednesday, December 29, 2010

Piala Suzuki AFF 2010 milik Malaysia

    Tahniah kepada skuad negara atas kemenangan yang dimiliki mereka, hehe, ramai2 orang sekarang baru nak berbangga jadi rakyat Malaysia,  banyak post2 kat fesbuk macam tu, "aku berbangga jadi anak Malaysia", "Bangga hidup di Malaysia", " Congrats Harimau Malaya, bangga sangat", "proud to be Malaysian" dan yang paling best tadi aku tengok "aku anak Malaysia Bukan Indonesial".. hahaha, macam2 status yang aku tengok, kemain banyak yang puji Malaysia (diri sendiri) dan ramai gak la yang mencemuh Indonesia, tak ramai juga yang simpati kat negara jiran kita tu. Apa2pun pandangan yang penting Malaysia adalah juara Piala Suzuki AFF 2010. kita tak pakai power ultraman, bomoh, artis seksi nak tunjuk aurat dan macam2 lagi hanya kerana nak menang, tapi pasukan negara kita telah buktikan kemenangan mereka atas hasil usaha dan kerja keras mereka.

Sekali lagi aku ucapkan tahniah buat skuad negara, bukan saja untuk Khairul Fahmai Che Mat yang menahan gol, tetapi untuk semua pemain dalam skuad negara kita, korang memang the best la, bukan kat fesbuk tapi aku nak bagitau kat sini yang aku memang BANGGA SANGAT-SANGAT MENJADI ANAK MELAYU yang hidup di Malaysia ni, bukan Malingsia tau rakyat Indonesia, kepada rakyat indonesia tu, kalau ada yang terbaca la, aku tau bukan semua yang membenci Malaysia, fikirlah dulu sebelum mempertikaikan sesuatu dan aku yakin pasti ada pihak ketiga yang penuh hasad dengki yang cuba memecahbelahkan kita sebagai negara jiran ni, biasa la adik-beradik bergaduh, aku dengan abang aku pun selalu bergaduh, so, pada yang cuba buat hal tu berenti la, macam bodoh je tindakan korang, dalam kubur nanti dapatlah korang merasa 'hasil' dari tindakan celaka yang korang buat tu. kalau korang tak mau berenti gak, aku pun tak tau la nak cakap apa lagi, buat penat je, tapi, aku tak kesah pon, hehehe (macam biasalah)

Ok, banyak2 aku cakap, taip? pun ntah tak ada orang nak dengar, hehe, aku tak kisah pun, Jadi sampai sini sajalah aku mengarut malam ni. heee..


P/s- sekali lagi kasi panas......AKU BANGGA JADI ANAK MELAYU YANG BOLEH BERSORAK BILA SKUAD NEGARA AKU MENANG!!! ulang 10x

Sampai sudah, bermula semula kembara si mamat dalam bilik kebal

 Wah, sampai2 je terus update blog, selalu sebelum ni aku update status fesbuk aku dulu, hehe
sekarang blog macam dah jadi benda wajib untuk aku, rasa macam ada masa terluang je terus update blog,
walaupun punggung ni masih lagi terasa kehangatan suam2 sejuk kusyen bas ekspres tadi tapi semangat nak buat entri baru jelas terasa, cess,, apa aku mengarut tah..

Selama cuti semester ni banyak yang aku pelajari, belajar cara nak hidup sebagai seorang kuli, belajar nak kendalikan budak2 yang ramai, belajar cara nak ngorat awek walaupun aku dah ada awek nama Lisa Surihani, hehehe, belajar mengajar, belajar mencari duit, belajar macam mana nak bercakap depan orang ramai, belajar makan, belajar mengenal yang mana satu sahabat, dan tak lupa belajar mengenal tuhan. apa punya banyak belajar da..

macam biasa, aku memang akan mengarut dengan banyak, tapi aku nak pendekkan ceritalah hehe, moral yang aku nak cerita just kalau waktu cuti  semester macam ni lah yang aku paling seronok, boleh buat apa yang kita suka, tapi bila aku balik pada kehidupan sekarang baru aku sedar yang aku perlu jadikan cuti semester tu satu permulaan bukan penghabisan, permulaan untuk aku menempuh onak duri ombak badai dan segalanya yang akan melanda aku pada semester baru ni, bukan sekadar omongan kosong, tapi kena kuat nak melangsaikan hutang, hutang pada keluarga yang memberi kasih sayang dan masyarakat yang secara tak langsung membantu aku memberi pinjaman dari hasil titik peluh mereka, apa tu? ptptn larhh.. yang penting...
 MY LIFE START HERE AGAIN!



P/s- yeaahhhhh,, enjin baru sudah dihidupkan, bersedialah asignment, group work, kerja2 studio dan outdoor dan macam2 lagi yang menanti, aku akan tempuh sampai selesai, hehehe.... bermula!

Tuesday, December 28, 2010

Nak berangkat dengan penuh keberatan

Kejap lagi tepat pukul 10pm aku akan meninggalkan bilik aku dekat rumah di kampung yang aku amat sayangi ni, aduhh, baru nak rasa macam bercuti tapi dah nak masuk semester yang baru, so terpaksalah aku meredah lebuhraya untuk pulang ke kota, cisshh,, macam aku lak yang drive bas tu.. hehe..

Naik bas tengah2 malam ni memang bahaya, tapi memandangkan bas yang tinggal hanya pukul 10pm hari ni so terpaksalah aku naik, kali ni aku dapat tempat duduk yang agah kedepan, so tak payahlah aku nak berlompat2 macam bas yang aku naik dulu, coz aku dok kat seat last, macam apa tah tingginya.huuuu..

so, macam biasa aku malas nak merepek, nak sambung packing barang2.. nak menghabiskan sisa2 terakhir aku ni di atas katil sambil mempacking barang, hehe, nanti da sampai rumah sewa memang xdapatnye nak merasa katil2 ni, toto nipis tu je la jawabnya, tapi best gak, ahahaha..


P/s- hujan lak malam ni,,, doakan aku selamat sampai ke destinasi yeahh....:D

Terlepas cakap, tapi tak bermaksud

      Tadi aku telah melakukan sesuatu yang mungkin akan merenggangkan atau merosakkan hubungan antara dua manusia, apa yang telah aku lakukan? aku terlepas cakap perkataan yang akan menimbulkan kesengsaraan pada orang lain, mungkin pada aku sendiri juga, kalau hubungan antara anak Adam dan Hawa ni berkecai mungkin aku yang bersalah, tapi mungkin ini satu pengajaran, pada aku, mereka dan pihak yang terlibat....



P/s- moral dari kejadian ni, selalulah menjaga percakapan anda, moga2 Allah s.w.t memperbaiki kesalahan yang aku dan mereka lakukan... (entri ni bersifat peribadi, korang bosan? ada aku kisah? huahahahahahah...:D)

Monday, December 27, 2010

3 fakta tentang ucapan terima kasih

     Dalam dunia ni ramai makhluk yang bernama manusia macam kita pernah kena tolong, yeahh,, bila dah kena tolong ramai la yang ucap terima kasih... ramai, bukan semua, ada gak sebilangan kecil yang tak reti bahasa dan buat2 macho ala shah rukh khan kononnya yang tak mau ucap terima kasih ni.

aku buat muka comel ala tamil ni
tak payah le aku ucap terima kasih ye...
Tapi yang pasti dalam Malaysia ni  tak wujud shah rukh khan ataupun amita belacan, so kita sebagai rakyat malaysia yang digelar 1Malaysia kononnya mestilah ada sifat pemurah, yeahh,, pemurah untuk membalas dengan ucapan terima kasih kepada orang yang menolong kita.
Terima kasih ataupun orang putih sebut Thank you ataupun warga cina sebut Xiexie ni adalah ucapan yang wajib diucap kecuali orang tu bisu, itupon boleh pakai bahasa isyarat ataupun body language, tak susah pun la wey nak ucap Terima kasih.

Ok, ni macam biasa aku nak bagi fakta tentang ucapan Terima Kasih ni...

1- Terima kasih diucapkan selepas kita mendapat pertolongan dari orang, tapi ada jugak yang saja dok buat syirik dengan dok ucap terimak asih dekat jin2, setan ataupun makhluk yang orang panggil halus mulus ni, siap  puja dan jamu makan lagi, jangan jamu pizza ngan Kenny Rogers roarsters sudah..

2- Terima kasih mempunyai bahasa pendek ataupun bahasa geli-gelinya, contohnya, maceh, trimas, maseh, makasih, dan macam2 lagi yang biasanya sangat inovatif tapi tak kreatif.

3- Ucapan Terima kasih jika diucap dan tak diucap pada sesuatu waktu pasti akan mendatangkan cemuhan dan menimbulkan kegeraman dan kepanasan kepada sesetengah pihak, contohnya selalu berlaku dikalangan pelajar, situasi seperti ini, bila orang meniru bulat2 asignment yang kita buat sepenuh hati kononnya tanpa mengucapkan ucapan terima kasih, dan bila ucap terima kasih pun dah kompem2 lagi membakar api di dada.. tu yang berlaku pergaduhan dan kes bunuh dalam kampus tu, ngee, ngeri kan?

Ok, macam biasa, 3 je fakta yang aku bagi dengan sepenuh hati, nak lagi silalah jangan segan bertanya encik google yang pemurah dan baik hati lagi bijaksana.


P/s-fakta ni muncul dalam otak aku 8 tahun sekali, sila jangan tanya lagi coz aku pasti lupa lagi..:)



Sunday, December 26, 2010

500 BLOG !


     Salam,, hoho, kali ni aku nak join segmen bro Ben Ashaari ni lak, 500 BLOG!. Blogger yang nak join tu, jangan segan2 klik dekat gambar banner bro Ben kat atas ni ye, tak pun klik je kat link yang aku bagi ni.

hehe, 1st skali blogger yang join mestilah menulis serba sedikit tentang diri sendiri dan tujuan jadi blogger ni, memandangkan aku dah bernazar tak akan mendedahkan identiti aku selagi belum cukup 100 follower, so aku boleh dedahkan isu2 yang tak sulit je mengenai aku ni, (chewaahh, dah macam secret recepi artis la pulak, cesshh) Ok, 1st, aku ni student kat universiti orang melayu, universiti orang melayu? tak tau? uitm la, hehe, aku student 2nd year kat UiTM Shah Alam. umur sangatlah muda, hehe, baru 20an.. Tujuan aku jadi blogger ni mestilah nak menulis, aku nak tulis macam2 yang aku rasa aku nak tulis dan merepek kat blog aku nih, di samping tu kalau nuffnang nak bagi income sikit pun oklah, mana ada orang yang nak tolak kalau dapat hasil dari sesuatu yang kita buat dengan sepenuh hati.... sepenuh hati? yeah, apa2pun yang kita buat walaupun time lunch mestilah kita bersungguh2 sepenuh hati, hehe, dah keluar ajaran aku nih, kejap lagi habih sesat blogger2 lain nih, ahaha..macam biasa, aku tamau berceloteh panjang2, nanti korang bosan, so, sampai sini je kot.. hehe, bosan ke? kalo korang bosan pun ada aku kesah?? haha..*joke..
apa2pun, selamat menyertai segmen bro Ben Ashaari nih.. rajin dia ni nak membantu bloggers baru macam aku ni, hehe.. TQ bebanyak..


P/s- buat masa ni gelar je aku ngan panggilan MasterX... nanti dah cukup 100 follower korang akan dibosankan dengan nama sebenar aku lak,, hehe..selamat..

Friday, December 24, 2010

Masih belum stabil

      Asyik batuk2, selsema pun ada jugak, aduhh,, nampaknya masih belum masa aku nak buat aktiviti2 yang berat2 lagi, 
nak jogging? malas, badan asyik lemah je ni,
nak workout? jangan harap, lagi malas dengan batuk2 ni,
demam pun macam nak jadi balik ni, suhu naik balik, 
oww,,,
x boleh jadi...
aku kena rajin..
jangan jadi harimau yang patah taring??
apa tah aku mengarut..
cuti dah nak abis..
owhh..
nak masuk kelas balik..
oooohhh..
lagi MALAS..
pendek kata..
sekarang ni penyakit lama dah muncul..
paling bahaya kat dunia ni..
KEMALASAN
kemalasan membuat aku ketepuan?
ntah le..
owwhhh...
uhuk2..
batuk lagi..



p/s- bila aku kurang sihat je, aku jadi x menentu.. adoooii.. macam demam hari tu.. tapi hidup kena teruskan, sisa2 cuti kena habiskan..heee..

Wednesday, December 22, 2010

iphone 4 ke Blackberry Torch

nilah banner tuan punya blog
pilihan antara dua

     Ok, ni aku nak join contest brader syed muzzamir nih, antara nak memilih iphone 4 ataupun blalckberry touch, pada aku la, aku akan pilih IPHONE 4, kenapa?? sebab pada aku buat masa ni iphone 4 adalah henfon yang aku rasa paling menawan di dunia ni, sebab apa? coz design dia yang nampak sangat elegen dan mahal, design yang simple dan terbaik pada pandangan aku selaku seorang student design nih, chewahh,, lagi sebab ialah henfon ni sangat praktikal, tak perlu ada slide2 ataupun banyak button macam blacberry ataupun nokia, so, nak cakap memang banyak lagi, tapi aku rasa henfon ni memang terbaik dan harga pun terbaik, hohoho, agak mahal sikit, tapi dekat dunia ni yang kualiti memang la mahal, yang kurang kualiti tu yang murah, tapi bukan blacberry touch ni tak ok, just Iphone 4 lagi best, hee.. so, itu aje kot, tQ.






P/s- Nak lagi best tunggu la Iphone 5, kompem lagi menawan, hee..

9 jenis anak syaitan

Tengah layan download movie aku terjumpa artikel ni, saja nak kongsi, hee,, jom tengok jenis2 anak setan ni  yea...




anak setan ni dicilok dari google..
Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



dicopy n paste dari syok.org



Tuesday, December 21, 2010

bina rumah atas pokok

BEIJING: Seorang bekas petani di China membina sebuah rumah – lengkap dengan dapur dan bilik air – di atas pokok setinggi 15.24 meter. 

Xiong Yuhu, 63, dari perkampungan Xingping di daerah Yaojiang wilayah Hunan berkata dia mendapat inspirasi daripada Stadium Olimpik Sarang Burung di sini.
“Stadium Sarang Burung kelihatan seperti sarang burung di atas tanah. Saya terfikir mengapa kita tidak boleh membina sarang burung sebenar di atas pokok,” ujarnya. – Agensi

image dari google semata2
giler kreatif orang ni, aku time kecik2 dulu pun ada buat 'rumah' atas pokok, tapi just letak papan dua tiga keping pun aku dah panggil rumah, hehe, yang mamat ni siap macam rumah betul, gler best!!


P/s- kalau ada orang nak sewa rumah macam ni kat malaysia aku nak sewa 1 lah, hehe

masa lapang

     yeahh,,  masa aku untuk aku free kan diri dah tiba, post ni aku membebel je, korang bosan? apa aku kesah,, hahaha,, no more work, ley la aku update blog, hehe,, balik dari kem terus aku setlekan kerja aku yg dah bertambah, beres satu hal, lappy wat hal lak, nasib baik dia tak buat hal time aku nak siapkan work untuk customer, kalo tak meraban aku. Minggu depan mau balik shah alam, adoiii,, baru nak rasa lepak kat kampung ni... huuu...

Saturday, December 18, 2010

Selepas menjalankan misi

    Seperti yang aku bagitau dalam entri aku sebelum ni, aku telah menjalankan misi selama 4 hari di dalam ceruk hutan, misi?? hahaha, sebenarnya hanya satu kem yang aku kendalikan iaitu aku sebagai salah seorang fasilitator dan exco keselamatan di kem tersebut. Aku yang bertanggungjawab menjalankan misi bagi menyampaikan segala apa yang perlu kepada peserta2 kem yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Heh, sebenarnya tugas sebagai seorang fasi ni sangat sukar bagi aku yang mempunyai emosi yang kadang kala tak terkawal, tapi aku tetap mencuba yang terbaik bagi anak2 buah yang perlu aku didik sepanjang kem tersebut. SANGAT PENAT  tu yang dapat aku sampaikan, tapi SANGAT BERHARGA bagi segala memori yang aku dapat! sangat sesuai la dengan nama kem, kem sahsiah dan jati diri. nak bina jati diri dalam diri orang bukan senang, para fasi pun tak perfect sangat, biasalah kami pun manusia biasa..

sangat penat sangat sekarang untuk aku terus mengarut dalam blog aku nih, so, akunak menjalankan aktiviti tidur awal, 4 hari, memang tak tido, dapat tido pun sekejap sangat, cheewaahhh,, ayat seorang fasi yang prihatin kononnya, hehe..



P/s- budak2 dalam group yang aku kendalikan sangat cute dan pemalu, cita2 budak2 sekarang pun hebat2, nada yang nak jadi pilot, novelist, cikgu, mekanik? dan macam2, dulu zaman aku budak2 nak jadi polis ngan bomba je yang kami tau,, heheee...

Tuesday, December 14, 2010

Empat hari menjalankan misi

    Hehe,, tajuk mau suspen je, ahaha, esok sampai hari sabtu aku akan mengikuti satu kem di sebuah resort dalam ceruk hutan, hehe,, ni bermakna yang blog aku ni takkan terupdate sampai hari tu, blog aku memang takdak auto2 update tuh, so, sape yang dok tunggu update aku tu kira tak dapat la yok selama 4 hari ni, ada orang dok tunggu ke? ada ke yang nak baca entry aku? hehe, kalau tak de pon ada aku kisah? ahahaha, dah macam trademark aku dah ayat tu semenjak berblog bagai nih, haha... harap2 ada la yang terpesona dengan kutukan coretan aku dalam blog ni.. ok! selamat beramal!!!




P/s- patut tido awal, tapi pukul 1 pagi baru awal bagi aku,, hehe..

3 sebab manusia mesti mengumpat!!!

     Kalau korang rajin dok perati kat mana2 pun kat Malaysia yang kita cintai ni, rata2 orang kita suka bersembang, tak kira kaum apa pun, jiran sebelah rumah korang, makcik kat pasar, tok wan kat kedai kopi, budak2 muda kat kedai mamak, remaja kat kfc lecturer kat dalam IPT, dan macam2 lagi,, dalam diorang dok bersembang tu try korang dengar betul2 apa topik yang sedang hangat diperkatakan tu, kalau bukan isu freemason dengan illuminati  nak membesarkan diri sendiri mesti isu tentang orang lain, bukan satu masalah pun bagi diorang nak sembang isu apa2 pon, dan bukan semua dari yang aku sebut tadi macam tu, tapi kebanyakan dari diorang PASTI sedang mengumpat, yeah MENGUMPAT!!!


ni aku macam biasa nak bagi fakta tentang orang Melayu yang suka mengumpat ni, tak banyak 3 fakta je, memang aku reka, tapi dari hasil pemerhatian mata aku yang tak berkaca mata ni la.

1- Orang yang suka mengumpat ni dia nak tutup kesalahan diri, tu yang dia dok mengumpat mengata orang, padahal 99% umpatan dia tu ada kat diri sendiri, dalam fikiran dia kalau dia mengata menunding jari kat mana2 manusia kat muka bumi ni, orang akan ingat dia tak salah, dan dia memang suka dosa fitnah2 orang ni. 

2- Orang yang suka mengumpat ni selalunya bersifat dengki tahap gaban, tak boleh tengok orang berjaya atau senang mulalah dia nak start dia punya hobi, mengumpat sampai kalau boleh orang yang dia dengki tu mati pun dia dok mengumpat lagi, (kejadian ni berlaku dalam sanak saudara aku).. kira mengumpat ni lagi power dari santau semua tu la,, kalah bomoh2 yang pakai jin setan semua tu, haha

3- Ok, yang ni last, 3 fakta cukup kot, sebenarnya banyak lagi, tapi banyak sangat la pulak so, ni je lah yeah, Last, orang yang suka mengumpat ni dah tak de idea nak bersembang dengan orang lain, dia rasa dengan mengumpat mengata orang tak tentu hala diri dia akan diterima ramai, sebenarnya ramai yang tak perasan dia tengah mengumpat untuk menarik perhatian orang demi berkawan dengannya, atau mungkin saja buat2 tak tahu, kejadian ni boleh dilihat di mana2 IPT, selalu orang kata kaum perempuan je selalu buat macam ni, tapi dari pemerhatian aku, lelaki pun tak kurang jugak mulut dia, yang jantina samar2 tu lagi la gempak dia punya mulut, walaupun mulut tak sebesar Angelina Jolie tapi mengata orang macam mulut dia besar saiz mulut dinasour.




P/s- ramai orang x sedar yang diorang tengah mengumpat atau pendek kata mengata orang lain, aku pun tak terkecuali, macam sekarang, aku tengah mengumpat orang yang kuat mengumpat..

Monday, December 13, 2010

Bila manusia tak mampu

     Selalu kalau aku demam aku akan teringat macam2, waktu demam2 ni memang aku akan teringat banyak benda, masalah yang lama2, masalah yang baru, masalah dunia, huhu, sebab aku ni jenis yang bila aku ada masalah aku akan buat dek ja, kecuali la kalau aku ada masalah yang melibatkan orang lain. Pemahaman aku ialah bila aku ada masalah ataupun kecemasan, baik aku buat tak tahu, ataupun jangan fikir sangat, kalau aku fikir kompem2 aku nervous semacam, dan selalu penyelesaian terbaik aku ialah tidor sekejap, bangun2 terus makan takpun aku p jogging, lepas tu masalah aku selalunya kompem2 akan selesai, memang selalu macam tu, owhh!! dan tak lupa juga lupa ambil wuduk dan sembahyang kalau dah masuk waktu..^_^

Tapi dari semalam sampai hari ni lain sangat, yeahh, macam aku cakap tadi, bila aku tengah demam aku memang terpaksa memikir segala masalah yang ada, maybe sebab aku susah nak bergerak sangat kot, dan tadi aku terfikir masalah yang sangat besar, err,, pada aku je kot, yeahh,, bila manusia tak mampu nak menggerakkan badan mereka, tak boleh nak melakukan aktiviti macam biasa, maksud aku lumpuh, aku yang baru demam panas ni pun dah susah sangat nak gerakkan badan, macam mana la orang yang lumpuh 1 badan ataupun sebahagian badan tu boleh hidup dengan tenang tanpa banyak cakap? aku bersyukur sangat2 la pasal aku demam ja, xde sampai lumpuh2 ni, huhu..

konklusinya aku harap esok baik la aku, tamau aku nak memikirkan masalah2 yang membebankan aku lagi, banyak lagi aku nak kena buat dalam minggu ni, nak kena uruskan kem sahsiah dan jatidiri yang macam pengurusannya agak kucar kacir, kerja freelance aku yang semakin bertambah, semuanya dalam minggu ni, huhu.. harap2 esok aku pulih la, stronger as before, x payah nak memikir masalah yang bukan2 lahi,, amiinnnnn....



P/s- 50% tujuan entry ni ditulis adalah nak suruh korang doakan aku pulih dari demam...:P

Demam

     Demam, pergilah kau jauh, susah aku nak wat apa2, suhu naik lagi, hmm,, tido dulu, malas nak update blog lagi... zzzzzz

Sunday, December 12, 2010

Roswell theme song

     Tv series yang aku tidak boleh lupa, dari sekolah rendah lagi aku tengok, cerita alien yang terbaik lah bagi aku...Paling tak boleh lupa lagu tema siri nilah, memang terbaik dari ladang... Video boleh tengok bawah lirik, tapi lagu dia dah lain sikit la, yang lama lagi best.







Dido-Here With Me (Roswell tv series)







I didn't here you leave

I wonder how am I still here

I don't want to move a thing

It might change my memory

Oh I am what I am

I'll do what I want

but I can't hide

I won't go

I won't sleep

I can't breathe

until you're resting here with me

I won't leave

I can't hide

I cannot be

until your resting here with me

I don't want to call my friends

they might wake me from this dream

and I can't leave this bed

risk forgetting all that's been

Oh I am what I am

I'll do what I want

but I can't hide

I won't go

I won't sleep

I can't breathe

until you're resting here with me

I won't leave

I can't hide

I cannot be

until your resting here with me


Saturday, December 11, 2010

Saiful Nang

     Kali ni mesti ramai pengemar photography yang kenal nama yang letak untuk title post kali ni, yeahh, Saiful Nang, aku pasti korang dah kenal, tapi mesti ada juga yang kurang mengenali beliau, so, aku nak kenalkan kat korang, Saiful Nang ialah seorang anak seni yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi olehnya, bidang apa? tentulah fotografi, tamau cita panjang2, tapi work beliau memang sangat best dan boleh jadi rujukan orang ramai, hehe, aku ikut cita dia dari zaman fotopages sampai sekarang makin popular dan makin menjadi-jadi hotnya, sampaikan orang yang bukan gemarkan fotografi pon kenal nama dia, yealah, hasil usaha dia dari susah sampai jadi jutawan fotografi yang mashur giler, Anak melayu yang berjaya la wey, bukan jutawan MLM xpon jutawan online fesbuk, hehe.

 Saiful nang dan team fotografinya candid syndrome merupakan official photographer untuk wedding angkasawan negara kita yang lepas, dan beliau juga dah jadi macam selebriti lepas menang AYA award 2010. Bertambah-tambah la rezeki beliau lepas ni, nice, dalam wedding photography memang beliau menjadi rujukan aku la dalam nak research tentang wedding ni, asyik tengok fotografer luar negara je, fotografer dalam negara pun banyak yang hebat2 dan terkenal di peringkat international, oklah, macam biasa tamau cakap banyak (taip banyak), korang usha je kat link yang aku bagi kat bawah untuk mengenal beliau dengan lebih lanjut, ahaks

saiful nang time dekat AYA awards 2010
ketemu saiful nang di-


P/s- gambar beliau aku cilok dari google jek, korang nak tengok lagi? masuk je fesbuk dai nih,, lagi banyak gambar yang best2.. nanti nak kenalkan dengan korang architectual photographer yang hebat lak...^_^

Friday, December 10, 2010

Blog Pilihan Malaysia Perlu Dikekalkan Kerana..

    Entry ni dibuat untuk AzmanRoslan  dan Blog Pilihan Malaysia.
Aku rasa ramai yang dah tau ni untuk apa, hee.. aku nak join gak..^_^


klik kat sini pon boleh



Ok ni 10 sebab blog pilihan malaysia perlu dikekalkan-

1- Para bloggers2 boleh mengetahui mana blog yang terhangat pada masa sekarang.
2- Komuniti blogers2 ni boleh bersatu padu.
3. Memudahkan proses suai kenal antara bloggers.
4- Memberi kelebihan untuk bloggers2 baru macam aku ni nak naikkan trafik.
5- Blog2 yang terceruk tu boleh la dikenali.
6- Tentulah bila dah ramai bloggers berkumpul tu, maka lagi meriah la dunia blogging ni.
7- Dapat mengetahui kelebihan sesuatu blog.
8- Akan muncul lagi banyak blog2 yang pelik2 dan hebat2 di masa akan datang.
9- Menarik minat ramai bloggers termasuk la aku yang baru nih.
10- Ok, last skali, aku suka lah benda2 macam ni, kerana boleh la aku join contest macam ni, hehe

Ok, ni je la ye Azman Roslan, masukkan aku dalam list tau, hehe, TQ banyak2 bagi aku join...

Gaji sudah masuk

    Yey!! gaji a.k.a upah aku untuk kerja freelance dah masuk, saving sikit lepas tu nak p enjoy sikit!!! babai blog, babai internet untuk separuh hari... hehe..

image dari google,,
xdelah aku dapat banyak macam ni,
cukup2 je nak enjoy sket, hehe
P/s- Lepas ni kerja lagi, panjang lagi cuti, lepas tu nak urus kem pulak, huu, letih jugak cuti ni, tapi best...

Thursday, December 9, 2010

The professional photographer-FarisFakri

     Ok, hari ni sekali lagi aku nak perkenalkan seorang fotografer dari kaum melayu yang dikatakan termasuk dalam golongan pro, walaupun beliau bermula dengan freelance tapi sekarang bisnes fotografi beliau telah berjaya dan yang penting karya-karya beliau sangatlah hebat, meh usha brader nih kat sini - http://www.farisfakri.com ataupun korang klik je kat gambar beliau kat bawah ni.

nilah rupa FarisFakri, hensem kan,   work dia sangat awesome gitu.. photo2 dia memang feveret akulah, tu yang aku mcam terikut stail foto dia sket, hehe pengaruh je..:))

Oklah, nanti aku akan perkenalkan dengan korang dengan orang yang aku rasa akan menjadi tokoh penting dalam pelbagai bidang, yang aku rasa dia layak diketengahkan la, cheewaahh,, dah macam nak bagi award lak, hehe.


P/s- Hope someday I will be the same as they were, so awesome!!!

Petanda apakah?

     Orang melayu ni ada macam2 adat dan pantang larang, ok, pada yang otai tentang petanda apa semua tu, aku ada soalan, apakah petanda kalau biawak masuk rumah?? tadi biawak masuk rumah, penat aku nak halau, tiba2 hilang, macam dia menyorok kat mana2 ntah, kalau korang tau la kan, apa petanda tu?? nak dapat awek baru ke? (lisa surihani nak letak kat mana?), dapat pointer bagos ke semester ni? apa2 je, try korang bagitau aku, jangan yang khurafat sudah, hehe..

Bilik kebal

Kenapa Bilik Kebal??
     soalan yang aku dapat dari seorang rakan tadi, walaupun hanya seorang yang tanya, tapi aku kena juga jawab, so aku jawablah kat sini..

ha,, kat sini la,,


......takdir......
....tuttt....

terima kasih


P/s- tapi serius la, memang aku spontan je dapat nama bilik kebal tu nak letak kat header tu, hehe, jangan marah, kalau marah klik je kat belah kiri dan kanan blog aku, hehehe....:)))

Header baru!!!

Header baru,, hehe, nanti bila cukup 100 follower akan ditukar lagi...

bila cukup 100 follower baru aku letak muka aku banyak2, sampai korang meluat, ngee..



P/s- Bilik kebal ada maksud tu, nanti nak buat blog ajar ilmu kebal lak... ngehehehe...:))) 

Wednesday, December 8, 2010

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU


Entry ni untuk bloglist bro Ben Ashaari... hehehe,, saja nak try promote blog...:))) 
sapa2 nak join klik je la kat banner atas tuh...

Sunday, December 5, 2010

jogging untuk kesihatan

    Hari ni memang panas, jogging sorang diri, huhu, tunggu punya tunggu awek aku x datang, sangat panas, mendidih dah otak aku nih, dah tu, ingatkan ramai awek-awek cun nak jogging kat taman ni, kalau x boleh cuci mata, hehe..

Aku sebenarnya malas nak usha awek lain ni, tapi yang masalahnye awek aku si Lisa surihani ni cakap dia ada shooting lak ari ni, ni yang panas ni, janji ngan aku, tapi ley censel time last pulak, nak dijadikan cerita, tengah aku berjogging sambil menunjukkan badan aku yang TAF nih, aku pun ternampak awek cun lagi seksi ni, so, aku pun lari lah sebelah dia dalam kelajuan 40km/j. aku tegur dia, sembang punya sembang baru dapat tau nama dia Miley cyrus, hehe..

ha,, ni lah awek tuh, aku yang belah kiri tu,, aku saja je nak
tunjuk otot aku kat awek2, tu yang x pakai baju, keh3.
Ok, konklusinye aku sangat bosan walaupun banyak kerja malam ni, tu yang keuar citer ala-ala 2 Alam ni, hohoho.. jangan korang terpedaya dengan muslihat aku, tapi kalau korang nak percaya pun aku x kisah, hahaha.. ok, lain kali awek2 yang nak jogging petang2 tu ajak la aku yea, boley jogging sambil tayang badan kat korang, ahahaha..

P/S- citer ni semua tipu belaka, tapi yang aku tunggu Lisa surihani tu memang aku tak tipu..:))

Blank... honey and clover


    ..... hari ni agak rileks, aku da lepas dari azab buzy kerja2 outdoor aku, so sekarang aku dalam mood blank....
aku macam dah tatau nak buat apa, padahal ada banyak lagi album2 yang aku kena edit, huuuhh.. nak jugak update blog walaupun aku dah macam tatau nak taip apa.. lawak kan? huhu...
Aku agak bosan, malas nak megedit album, malas nak design, letih sebenarnya, haha, so, aku menggodek external aku, kot2 ada movie yang best, so, aku terjumpa drama yang aku copy dari membe aku sbelum cuti semester ari tu, yeaahhh,, ada pon benda best, jangan salah anggap yeahh, bukan movie yang x elok, aku jumpa drama jepon, ahaha, Honey and Clover!!!

Dah lama dah drama ni, tapi aku baru nak tengok, boleh tahan dari segi jalan cerita, not bad lah, kisah bebudak seni dekat kolej, yang menarik citer ni diadaptasi dari anime.. best, walaupun ramai yang cakap citer ni kureng~ ni peminat animenya lah cakap, tapi plot dia sangat bagus bagi aku, aku bagi rank 4/5. So, macam biasa, aku tamau merepek banyak, jom layan.. err,, aku je yang ketinggalan kot, citer lama ni, ahaha..
ni bukan drama jiwang semata-mata ok, ni kisah budak seni,
tetiba aku teringat zaman aku diploma, buat painting macam diorang, huhu..
karakter yamada yang paling aku suka, comel, ggrrr..hehhehh

P/s- ok, jom layan...grrrr


Saturday, December 4, 2010

Harga Petrol naik, Harga gula pun naik

     Tamau cakap banyak hari ni, letiih dengan kenaikan harga petrol, gula pun naik harga jugak, bagi student macam aku memang tak berapa nak terasa tapi bagi pekerja dan peniaga mesti diorang membebel, ahaha, mungkin lepas ni kedai makan yang aku selalu lepak bila aku bosan akan naik harga? huiisshh,, xley jadi ni, air kosong jangan la kau naik harga...:))

KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak lima sen seliter serta lima sen bagi setiap kilogram (kg) bagi gas asli cecair (LPG) berkuat kuasa tengah malam tadi.
Berikutan kenaikan itu, harga petrol RON 95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter manakala LPG RM1.90 satu kg.
Turut diumumkan naik ialah gula sebanyak 20 sen kepada RM2.10 bagi setiap kg.
Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri semalam.
sumber- kosmo online

Harga Petrol naik, Harga gula pun naik

     Tamau cakap banyak hari ni, letiih dengan kenaikan harga petrol, gula pun naik harga jugak, bagi student macam aku memang tak berapa nak terasa tapi bagi pekerja dan peniaga mesti diorang membebel, ahaha, mungkin lepas ni kedai makan yang aku selalu lepak bila aku bosan akan naik harga? huiisshh,, xley jadi ni, air kosong jangan la kau naik harga...:))

KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak lima sen seliter serta lima sen bagi setiap kilogram (kg) bagi gas asli cecair (LPG) berkuat kuasa tengah malam tadi.
Berikutan kenaikan itu, harga petrol RON 95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter manakala LPG RM1.90 satu kg.
Turut diumumkan naik ialah gula sebanyak 20 sen kepada RM2.10 bagi setiap kg.
Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri semalam.
sumber- kosmo online

Thursday, December 2, 2010

BILA SI DIA BERTANYA



walaupun aku agak lewat nak join, tapi ni tajuk best, aku nak join jugak, TQ Ben Ashaari.:))

Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?
Pada pendapat aku la kan, dalam Blog ni perlu la ada isi, hehe, isi apa-apa pun x jadi masalah,
selagi ia sebuah blog dan blog nya ditulis oleh manusia di atas mukabumi ni,
selagi tu la aku anggap blog tu blog, hehe,
*tapi kalau alien yang tulis blog pun aku anggap blog tu blog.. keh3



Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
Setakat ni aku hanya mempromosikan blog aku melalui facebook dan blogwalking je, 
aku baru lagi dalam blog ni,
lagi 1 join Ben Ashaari punya segmen pun salah satu cara aku nak promosi blog ni.
so, tunggu apa lagi,
selalu-selalu la melawat ya..:)


Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
Blog lucah dan berunsurkan politik murahan!! kenapa? 
sudah tentulah blog lucah sangat tidak bermoraldan tak berfaedah,
blog politik murahan pula sangat tidak disukai kerana tidak membina fikiran yang baik,
dan hanya membuat fitnah!!!


Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
Sudah tentulah posting atau entry yang terbaru...:)))


Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
Teruskan dengan niat korang nak berblog,
jangan mudah berkecil hati dengan kritikan-kritikan yang diterima,
setiap kritikan ada la sebabnya,
dan dari kritikan baru lah kita boleh tahu sejauh mana kemampuan kita dalam penulisan,
lagi 1, untuk pengkritik yang hanya nak menjatuhkan blog lain,
silalah ke blog lain, jangan masuk blog aku,
tapi kalau nak masuk dan kritik pedas pun,
AKU TAK KISAH,
hehehe..:))


Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..
Blog yang entrynya aku rasa datang dari diri dia sendiri,
tak mengcopy dari mana2,
sejuk mata memandang,
tidak lucah,
ada unsur-unsur humor yang spontan walaupun dalam bentuk penulisan,
blog yang memberi banyak maklumat dan pengajaran,
pendek kata semua blog la kecuali blog yang tak bermoral...:))

Wednesday, December 1, 2010

Aku sudah dapat

      hahahhaaha,, gelak aku kegembiraan yang amat sangat, yea,, aku dah pun ada 50 orang follower, hehe, lawak bukan, selalu orang seronok bila ada 500 ataupun 1000 follower, tapi aku dah dapat 50 pun aku dah bersyukur. Ini satu pencapaian yang baik untuk blogger baru macam aku ni, x sampai sebulan pun lagi.. bersyukur kepada tuhan, aku masih lagi hidup dan boleh berblog lagi.. sangat hepi, walaupun letih dengan shoot wedding tadi, tapi berbaloi bila aku tengok belog picisan macam aku ni da bertambah followernya.. Terima kasih Uols,, korang semua la cahaya aku untuk terus berblog, cheewaahh,, ayat macam drama RTM la pulak,, ahahaha..



P/s- nampaknya x lama lagi kena la aku tunjuk muka yang sebenar...:))

Tuesday, November 30, 2010

KLCC dari sudut kaca mata aku

     Ok, malam ni aku macam kebuntuan idea sikit nak post apa kat belog aku nih, so, aku nak berkongsi gambar KLCC yang aku shoot ntok saje2.. ni KLCC dari pandangan mata aku yang comel nih,, ahhaha, dari sudut pandangan korang x tau la macam mana.. so enjoy it...:)






P/s- gambor2 ni xdelah cantik sangat pun, tapi aku saja je nak berkongsi dengan korang, yang otai2 tu tolong2lah komem yea..nak mengutuk pon boleh sukahati je, p mampos lah kalo nak kutuk. Hehehe.. peace..:))

Nasi Lemak 6 kupang

     Huisshh,, apa nak jadi ni, tengah2 malam ni tiba2 teringat nasi lemak ni, kempunan nasi lemak kat depan jalan keluar rumah aku la ni.. Pergghh,, esok pagi mesti aku p beli nasi lemak. Baru suruh mak aku kejut awal esok, opss,, kantoi susah nak bangun pagi,, ceh, aku bangun la wey, lepas subuh aku tido balik cukup, ahaha..

Ok, berbalik kepada isu nasi lemak tadi, apa yang bestnya nasi lemak dekat area aku ni, hehe, mesti korang nak tau kan, ni yang nak habaq mai nih, memandangkan aku dah balik belah utara ni memang perlu la aku nak beli nasi lemak kat kampung aku ni, ye la, mana aku nak cari nasi lemak yang betul2 ori kat shah Alam tu, dah cuti2 semester ni dapat la aku melantak puas2.. heheh

Orait, ni ada beberapa fakta penting tentang nasi lemak belah utara nih-

1- Harga yang murah, dekat kampung aku ni yang paling best harga la, 
harga paling murah aku rasa kat malaysia ni,(kalau ada lagi murah sila betulkan yeah)
 60 sen je sebungkus, 6 kupang la orang utara panggil, tapi aku selalu mintak yang seringgit, lagi banyak lauk ayam pun boleh, ahahah, dekat Shah Alam jangan harap la..

2- Nasi lemak kat kampung ni memang sangat sedap,
aku rasa santan dia memang cukup best la,
lemak kampung la katakan, ahaks.

3- Fresh giler baban, ahahha, aku pun tak tau kat mana yang segar tu,
tapi ni ayat membe aku la, dia asyik cakap ayat ni,
waktu aku sekolah dulu la, dulu 30sen pon boleh dapat sebungkus. 

4-Sebab Nasi Lemak dia memang nasi lemak bukan
nasi tomato ataupun nasi beriani.
faham? x paham??
aku pun da x paham,,
ahahaha,

5- Nak lagi ke fakta??
korang layan aku merapu watpe tah??
motif aku nak beli nasi lemak je esok,
wahahahaha, 
padan muka korang penat baca..hahaha


Oklah, korang layan aku pun wat pe, dah, jom usha gambar yang dicilok dari encik google nih, nasi lemak yang sodap gitu..ahaha..

yang ni terbaik

yang ni siap dengan sayur yang sedap gitu

yang ni standard, tapi puas la kalo dapat nih, hehe






hehe, tapi yang ni?? coconut rice?? huahahah

Monday, November 29, 2010

Blog yang menarik untuk sama-sama belajar tentang photography

     Ok, kali ni aku nak promote blog orang lak, memandangkan salah satu hobi tegar aku ialah menembak gambar, so aku nak berkongsi satu blog yang berkongsi maklumat tentang photography nih. Aku tau ramai antara korang yang mempunyai kamera kompak dan kamera DSLR dan ramai yang hebat-hebat menangkap gambar nih, ramai jugak la antara korang yang buat part time job dalam photography ni tapi dari sudut pemerhatian aku yang x berapa pandai sangat ni pun, cuma nak berkongsi, aku tengok ramai yang mengabaikan asas photography itu sendiri. cakap banyak tarak guna, kalau korang nak tau apa tu asas dan elemen dalam photography bolehlah korang jenguk-jenguk blog ni, maybe ramai yang dah tau, tapi AKU NAK BAGITAU JUGAK!!.. hehe,, tuan punya blog ialah bro NORIZAM SABRAN. korang klik lah untuk ke blog dia.

aku sebenarnya sangat menyanjungi orang-orang yang macam ni, berkongsi ilmu, buat kerja amal, dan tak sombong, wahhh,, banyak dah aku puji brader ni. hehe.. papehal pon orang kata nak menuntut ilmu tu jangan separuh jalan, teruskan la walaupun banyak halangan yang korang akan tempuh,, cheewaahhh,, bermadah pujangga lak aku hari ni.

Lepas ni aku pulak nak berkongsi ilmu-ilmu yang aku ada, walaupun agak cetek jika nak dibandingkan dengan otai-otai di luar sana...:P

P/s- Sebenarnya banyak blog2 dan web2 yang ajar photography ni, tapi aku nak promote yang ni coz bro nih suka wat kerja amal, dan aku pernah ikut salah 1 program dia.... Klik je la ye kat link tu, jangan malas-malas nak klik yeaaa...:))

mencari segala hasil leteran aku di sini